bab 43

Romance Completed 13091

Makan malam dirumah Faez bersama keluarga dia dan aku berjalan dengan lancar. Ibu dan mummy Faez berbual dah macam lama sangat mereka kenal.

Aku hanya banyak diam dan memandang ke arah Faez yang dari tadi makan masakan aku sampai bertambah 2 kali.

Nak tergelak aku tengok dia makan macam orang yang tak makan berbulan-bulan.

“Amboi tadi ada orang tue cakap lauk tue tak sedap kan Warda.”kata Puan Sri Nora kepada aku.
Aku hanya tersenyum memandang ke arah Puan Sri Nora.Faez pulak ralik menghabiskan saki baki lauk daging di dalam pinggannya.

“Sape mummy cakap gitu? sedap betul lauk daging Warda masak nie.”kata Faez cuba untuk menutup malu.

“Entah la sape tadi yek Warda. Kita kenal ke dengan orang tue.”

“Entah la aunty.. mungkin orang tue salah rumah tadi kut.”aku ketawa bila tengok muka Faez dah macam kena cemberut dah.

“Seronok awak kenakan saya yek.”kata Faez dengan perlahan.

“Terasa ke bos.” Dia pandang aku dengan muka tak puas hati.
Selesai makan aku balik dengan ibu dan along. Dalam kereta aku hanya melayan lagu yang dipasang.

“Along dah siap beli barang untuk hantaran ke?”kata ibu.

“Dah ibu semua dah siap.”

“Alhamdulillah...”

“Akhirnya kawen jugak along adik nie. Tak sabo nak ada kakak ipar.”aku berasa seronok bila along cakap nak bertunang dengan kak Lin.

“Tak sia-sia adik kenalkan Along dengan kak Lin.”

“Terima kasih lah kepada adik along nie. Sebab kenalkan along dengan Lin tu. Kalau tak membujang la along sampai ke tua.”

“Sama-sama. Adik dapat rasa kak Lin tue sesuai dengan along tue yang adik berani kenalkan along dengan dia.

“Nie adik along nie bila lagi. Umur pun dah tua kan.”

“Adik lambat lagi yek. Adik muda lagi.”

“Ibu ada calon tok adik.”ibu berkata.

“Ehhh...ibu adik tak nak la ibu nak kenen-kenen kan adik dengan anak kawan bu yek.”kata aku.

“Adik mesti suka punya dengan dia.”kata ibu lagi

“Kalau dia hansem, kaya nanti adik pertimbangkan. Kalau setakat muka pecah rumah baik tak payah.”kata aku sambil ketawa.

“Of course la pilihan ibu yang hansem.”

“Tak nak lah ibu..adik tak puas lagi enjoy biar along dan kak ngah kawen dulu.”

“Apa salahnya kalau adik kawen dulu.”

“Tak nak lah adik nanti langkah bendul pulak.”

“Adik saja la tue ibu dia tak nak kawen awal. Ke adik tunggu Faez masuk melamar adik?”kata along.

“Ehhh...along nie mana ada lah..dia pon dah ada awek la.”

“Mana adik tahu ke dia saja je cakap dia ada awek nak bagi adik jelous dengan dia.”

“Betul la adik pernah Nampak depan mata adik dia berpegang tangan dengan awek dia tue.”

Aku pernah Nampak 2 kali dia berjalan dengan seorang perempuan cantik dan sepadan dengan dia.
Hari nie aku sampai awal di pejabat, macam biasa aku akan bancuh air kopi secawan untuk aku,secawan lagi untuk En Faez dan aku akan letak kat dalam biliknye.

Sedang ralik aku buat kerja, datang seorang perempuan macam aku pernah Nampak dia tapi aku tak ingat dimana.

“Hello..Faez ada dalam bilik.”kata perempuan seksi tue.

“Cik ada buat appoiment ke nak berjumpa En Faez.”

“Ohhh...nak jumpa boyfriend sendiri kena buat appoiment ke?”

“Maaf cik tak kira cik nie siapa kalau nak jumpa En Faez kena buat appoiment dulu.”

“Ooo...okay lain kali I buat appoiment dulu yek.”kata dia sambil berlalu masuk ke dalam bilik Faez.

“Cik..cik nanti dulu.”tak sempat aku nak tahan dia dah masuk ke dalam bilik Faez.
Tak lama kemudian mereka berdua keluar sambil berpegangan tangan dan Faez berhenti di depan meja kerja aku dan dia berkata.

“Warda saya nak keluar kalau ada ynag cari saya cakap saya ada meeting kat luar.”

“And one more thing kalau lepas nie kalau dia nie datang suruh aje dia masuk bilik saya terus tak payah buat appoiment.”kata Faez sambil memandang girlfriend nye yang terlentok elok kat bahu dia.

“Baik bos.” Nyampah pulak aku tengok gelagat betina tak cukup kain tue.
Mereka berlalu tanpa hraukan staf lain yang melihat gelagat mereka.

“Kalau tahu dek Puan Sri Nora la perempuan tue datang ke opis nie mau perang ank beranak tue.”kata beberapa staf di situ.

................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience