bab 51

Romance Completed 13091

Genap sebulan kami bertunang macam-macam berlaku, Kami asyik bergaduh sampai satu tahap aku rasa nak putus tunang aje.

Faez langsung tak nak bagi kerjasama dengan aku. Ada aje alasan dia berikan bila mummy dia suruh pergi fitting baju pengantin.

Bila nak pergi beli cincin pun sama dia hanya bagi kad kreditnya pada aku dan suruh aku beli sendiri pilih sendiri.

Dia selalu berjumpa dengan Dahlia,Dahlia pun semakin kerap datang ke pejabat jumpa Faez. Mereka berjalan siap berpegangan tangan, tapi aku buat tak Nampak.

‘meluat betul tengok mereka berdua nie.’

Sampai satu tahap aku dah tak tahan dia layan aku macam tue aku masuk ke dalam bilik pejabat. Masa tue dia tengah bercakap dengan Dahlia.

“Faez!!”aku menjerit sambil tolak pintu.

“Tak reti masuk ketuk pintu dah ke awak nie.”Faez terkejut.

“Saya nak Tanya apa masalah awak, kita dah nak kawen lagi 3 minggu lagi.”aku masih bersuara lembut.

“Masalah apa nya? Saya tak ada masalah dengan awak.”katanya dengan selamba.

“Tak ada masalah awak kata. Semua saya kena buat sendiri, beli cincin sendiri, beli barang hantaran sendiri, fitting baju sendiri, kursus kawen pon sendiri. Macam saya nie tak bertunang pon.”aku lepaskan amarah aku yang aku pendam selama nie.

“Bukan saya nak kawen dengan awak pon.”

“Saya pon tak nak la kawen dengan awak.”

“Dah tue awak pergi terima pinangan mummy saya buat apa?”

“Takkan saya nak tolak mentah-mentah saya nak jaga air muka mummy dengan daddy awak.”

“Tak ada masalah pon kalau awak tolak pinangan mereka tue.”

“Sakit hati betul cakap dengan awak nie la.”

“Dah sakit hati tak payah la kawen dengan saya.”

“Awak ingat saya nak sangat ke kawen dengan awak. Baik sekarang jugak saya telifon mummy dan ibu suruh batalkan perkahwinan nie.”

“TERPULANG LAH.”

Aku dail nombor ibu dan aku baru nak tekan hijau,laju Faez rampas telifon dari tangan aku dan dia simpan handset aku ke dalam kocek seluarnya.

“Bagi la balik telifon saya.”

“Jangan harap saya nak bagi.”

“Kenapa awak takut saya telifon ibu dan mummy ke? Bukan ke awak jugak yang cabar saya untuk telifon dieorang.”

“Saya tak kisah pun awak nak telifon dieorang tapi jangan cakap alasannya saya yang nak putus.”

“Ego..lelaki memang tinggi ego kan? Kalau saya dah kawen dengan awak saya tak tahu la.”

“Ada saya kisah.”

“Eeee..menyampah saya cakap dengan awak nie.”

“Kalau menyampah sila keluar dari bilik nie, saya nak bercakap dengan kekasih hati saya.”

“Saya pun tak nak duk lama kat sini panas!!”

Aku tarik pintu nak keluar bilik ofis dia. Baru separuh jalan aku patah balik ke arah dia sambil tadah tangan.

“Bagi balik handfon saya.”

“Ohh..saya ingat awak tak nak dah tadi. Baru nak buang dalam tong sampah.”dengan selamba dia berkata begitu.

“Suka hati aje nak buang telifon saya. Ingat saya beli dengan air liur ke?”

“Setakat handfon cam nie saya boleh bagi yang lagi mahal la.”

“Tak payah simpan je la duit awak tue.”aku berkata dengan geram.

“Jual mahal Nampak.”katanya sambil menghulur handfon aku.

“Dah la awak saya dah tak nak teruskan perkahwinan nie. Biar batal sekarang dari kita bercerai lepas kawen nanti. Saya tak nak dapat gelaran ‘janda’.”

“Saya dah penat dengan perangai awak. Kalau awak sayang sangat kat Dahlia awak kawen la dengan dia.”

..........................................................................................................................................................................................

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience