bab 57

Romance Completed 13091

Aku keletihan sampai aku tertidur dekat sofa. Along keluar dengan Faez pergi mana aku pon tak tahu.
Aku sedar-sedar telifon aku berbunyi.

“Assalamualaikum..Warda”

“Waalaikumsalam...nie siapa nie?”

“Awak dah tak kenal saya ke? Sampai hati awak kawen tak ajak saya pon.”

“Awak siapa nie? Nama awak siapa? Kalau awak tak nak bagitahu saya letak telifon.”

“Nie Nazri la. Baru 6 bulan saya tinggalkan awak. Awak dah lupakan saya ke?”

“A...awak dah keluar penjara ke?”

“Kenapa awak terkejut ke saya dah bebas. Sebab awak saya masuk penjara saya janji kali nie saya takkan lepaskan awak.”

“Awak cakap apa nie. Awak yang mula cari masalah dengan saya. Memang patut la awak masuk penjara.”

“Awak tunggu Warda balasan untuk awak. Jangan ingat awak boleh hidup bahagia.hahahaha”

“Gila.”

Aku mengeleng kepala ‘tidak dia tak boleh bebas dari penjara,kenapa awal dia keluar penjara, along adik takut. Air mata aku mengalir laju keluar dari tubir mata aku.

“Warda...Warda bangun.”Faez kejutkan aku.

“TAK AWAK TAK BOLEH BEBAS LAGI. JANGAN KACAU HIDUP SAYA”

“Warda...bangun Warda..kenapa tidur maghrib-maghrib nie?”

Aku terus tersedar aku nampak Faez duduk di depan aku tak semena-mena aku terus peluk dia dan menangis.

“Heii.. Kenapa nie.”Faez Tanya dengan pelik.

“Awak dia dah bebas dari penjara, dia telifon saya dia cakap nak bunuh saya.”

“Siapa yang awak maksudkan nie?”

“Dia la...Nazri.”

“Mengucap Warda...mengucap.”

“Dia takkan dibebaskan awal dia kena penjara selama 5 tahun.”

“Ta..tadi yang telifon saya tadi siapa?”

“Awak mimpi je tue.”

“Haaa...”

“Ye awak mimpi je...tue la tidur lagi waktu maghrib.”
Aku terus bangun dan naik ke bilik untuk mandi dan aku solat maghrib. Aku takut, aku takut kalau mimpi tue jadi kenyataan.

Selepas makan malam aku mula gelisah bila aku memikirkan dekat mana aku nak tidur tak kan nak tidur satu katil dengan Faez.

Aku minta diri naik ke bilik tak lama kemudian aku dengar ketukan kat pintu bilik aku bangun buka pintu dan Faez masuk.

"Waaa...mengantuknya."kata Faez sambil menguap.

"Ehhh...awak nak tidur mana tue. "

"Saya nak tidur sini la. "Faez laju aje duduk dan lunjur kaki di atas katil aku.

" Habis saya nak tidur mana..tue katil saya. awak tidur la kat bawah. "selamba aje aku tolak Faez suruh turun dari katil.

"No way saya takkan tidur dekat lantai. "kata Faez sambil membetulkan baringnya.

"Ishhh...awak nie..tak boleh ke beralah dengan perempuan. "

"Nope. "

'Aku pon ambil bantal letak atas pemandani dan baring. memang tak la aku nak baring sebelah awak.' aku berkata dalam hati.

..........................................................................................................................................................................................

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience