bab 50

Romance Completed 13091

Majlis bertunang berjalan dengan lancar Faez langsung tak nak ambil tahu tentang pertunangannya itu.
Majlis bertunang hanya family terdekat aje yang tahu, semua staf di syarikat Farid Holding tidak tahu aku bertunang dengan Faez.

Dia langsung tak telifon aku Tanya pasal majlis pertunangan semua mummy dia yang sediakan semua. Dari hantaran hingga ke duit hantaran.

Dia ambil keputusan untuk pergi ke Paris untuk settle kan masalah di cawangan syarikat sana.
Aku memakai baju kurung moden berwarna merah jambu dan duduk di mini pelamin. Kalau ikutkan hati aku malas nak buat pelamin tapi ibu dan along paksa aku.

Aku dan Faez betunang selama 2 bulan segala persiapan majlis mummy dan ibu yang buat. Aku pun malas nak ambil tahu pasal hantaran.

Selepas seminggu Faez pergi ke Paris dia pulang ke Malaysia dan dia pun masuk ke pejabat. Reaksi dia macam aku bukan tunang dia.

“Warda come in my room.”

“O..okay bos.”aku terkejut tiba aku dengar suara dia.

Tuk..tuk..aku ketuk pintu bilik dia.

“Masuk.”

“Morning bos.”

“Morning..Warda saya nak tahu macam progress projek dengan syarikat Tan tue? ada apa- apa masalah?.”

“Alhamdulilah...tak ada masalah setakat nie bos.”

Faez hanya mengangguk tanpa memandang kea rah aku. Mata dia ralik melihat laptop di depannya.
“Kalau dah tak ada apa saya keluar dulu bos.”

“Hem..”

Sedikit sebanyak aku terasa hati dengan sikapnya. Sepanjang kami bertunang dia langsung tidak memandang kea rah aku bila kami bercakap.

Aku berjalan dengan kak Lin untuk lunch. Dalam perjalanan kami ke kafe kami terserempak dengan Dahlia girlfriend Faez menuju bilik Faez.

“Ehh...Cik Dahlia datang nak jumpa dengan En Faez ke?”aku bertanya.

“Of course la I nak jumpa Faez takkan I nak jumpa u pulak.”Kata Dahlia dengan angkuh.
“En Faez ada dalam bilik dia.”

“I tahu la. Dia dah bagitahu I tadi.”sambil berjalan dengan lenggang lenggok Dahlia tinggalkan aku dan kak Lin.

“Eeee....nyampah nya tengok dia tak tahu ke yang Faez sekarang dah jadi tunangan aku.”

omel aku sendiri, aku tak teringat yang kak Lin ada di sebelah aku.

“Haiii...ada yang dah ngaku la En Faez tunang dia.”kak Lin peril aku. Cepat aje tangan aku mencubit tangan lengan kak Lin.

“Aduhh..sakit la adik manja.”

“Tue dia makannya pandai nak perli Warda.”

“Hahaha. Dah-dah jom kang lambat habis pulak makanan nanti.”

Sedang ralik aku memandang sekitar kafe aku ternampak Faez masuk ke dalam kafe sambil berpegangan tangan dengan Dahlia.

“Potong stim betul la aku nak makan.”aku mengeluh.

Cepat-cepat aku habiskan makanan aku dan aku cakap kat kak Lin yang aku naik dulu ada kerja yang belum siap dan kena hantar sebelum balik.

Faez tahu aku Nampak dia dan Dahlia masuk ke dalam kafe. Dia saja mahu aku cemburu dan putuskan pertunangan nie.

‘Dia ingat aku nak cemburu ke? Aku bukan suka pun dengan dia. Mummy ko yang nak sangat kita bertunang.’omel aku sendiri sambil menuju ke arah lif dan aku menekan butang lif.

Sampai kat meja kerja aku sibuk kan diri dengan buat kerja. aku tahu yang Faez lalu masuk ke dalam opis bersama Dahlia tapi Aku buat tak Nampak aje.

................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience