bab 42

Romance Completed 13091

“Easy.”kata Faez dia menarik tangannya macam tiada apa yang berlaku tadi.

“Ikut awak la nak buat apa saya ada dalam bilik sana tue.”dia pon berlalu meninggalkan aku keseorangan kat situ.

Lantas tangan kanan yang bersarung itu diayun dengan kuat, bertukar tangan ke kiri sampai la aku puas menumbuk semakin lama semakin kuat tumbukkan yang aku buat.
Aku berhenti menumbuk. Dada berombak kasar. Bagi peluang paru-paru menyedut oksigen masuk secukupnya.

Akhirnya aku terduduk. Penat tapi puas bibir menguntum senyum.

“Are u done?”suara Faez buatkan aku tersentak. Laju kepala aku pusing ke belakang. Nampak Faez dengan langkah machonya datang ke arahku.

“Ya..awak betul, saya rasa puas.thank you”Aku bangun dan berdiri menghadap dia.
“Kalau awak dah puas jom kita pergi terus ke rumah saya.”sambil tangannya menarik perlahan-lahan gloves dari tangan aku.

Aku berdesir sakit “Auchhh..”dia pon memegang tangan aku.

“Rendam tangan ke dalam air sejuk bagi kurang muscle soreness nanti.”pesan nya sambil melepaskan tangan aku.

“Awak saya nak balik mandi dulu...tak kan saya nak pergi dalam keadaan begini.”badan aku lenjun dengan peluh.

Dia mendang kearah aku dan dia berkata “Tunggu sini saya amik baju saya dan pergi mandi dulu.”
Die berlalu pergi ke bilik yang dia tinggalkan aku sebentar tadi. Tak lama kemudian dia kelua membaa sehelai baju tshirt lengan panjangdan kain tuala.

“Nah pergi mandi saya tunggu awak kat situ.”dia menunjuk kea rah sofa.

Aku pon berlalu ke bilik air yang tersedia disitu.aku membuka air pancut dan aku berdiri di bawahnya. Aku merasa sangat segar selepas mandi dan aku memakai baju yang diberikan kepadaku.
“Dah jom pergi.”kata aku sambil berdiri di depan Faez.

Dia pon bangun dan berjalan di depan aku. Aku memandang belakang dia,kenapa tiba-tiba dia berubah baik dengan aku..kalau sebelum nie kemain dingin dia dengan staf.
Sampai aje di tingkat bawah budak-budak tue menegur Faez
.
“Sir, dah nak balik ke?”

“Nanti dah nak balik kemas semua barang-barang jangan lupa tutup lampu.”dia tak menawab sebaliknya dia beri arahan kepada budak-budak tue.

Budak-budak hanya mengangguk dan sambung bersembang.aku dan Faez berlalu pergi.
Di dalam kereta aku hanya berdiam diri dan memandang kearah luar.

“Kalau awak mengantuk tidur dulu nanti dan sampai saya gerak.”katanya.
Aku memejamkan mata dan terus terlena aku sedar bila dia gerak aku.

“Awak bangun kita dah sampai.”Faez berkata sambil membuka seat belt.

Aku memandang ke arah luar dan terpegun melihat sekitar rumah agam milik keluarga Faez.
“Besarnya rumah mummy bos.”

Dia hanya tersenyum senget.dan keluar dari kereta dan bediri di depan aku masih lambat-lambat keluar sebab terlalu terpesona melihat taman bunga mummy Faez.

“Cepat sikit boleh tak.”kata Faez geram melihat aku lambat-lambat keluar.
Aku hanya tersenyum dan berjalan laju kearah Faez.

“Sorry bos.” Dia hanya beriak biasa dan berlalu meninggalkan aku disitu.

“Bos tunggu la.”sambil berlari anak mengejar langkah Faez.

Sebaik sampai di depan pintu umah besar Faez aku terpaku dan berdebar untuk berjumpa dengan Puan Sri Nora.walaupun sebelum nie pernah berjumpa tapi rasa berdebar tetap ada.

Faez memberi salam sambil membuka pintu rumah. Faez dan aku berjalan masuk ke dalam rumah senyap dan sunyi suasana yang aku rasa.

Tak lama kemudian terjengul muka mummy Faez disebalik pintu dapur.

“Assalamualaikum...mummy.”Faez beri salam kemudian dia hulur tangan kea rah mummynya.

“Waalaikumsalam...Ehhh awal nya Warda sampai, aunty tak siap masak lagi.”mummy Faez berjalan menghampiri aku yang berdiri di sebelah Faez dan aku hulur tangan untuk bersalam.

“Taka pa la mummy..Warda cakap dia nak tolong mummy masak tu yang datang awal nie.”
Aku memandang kea rah Faez dengan mata bulat.

“Lah...tak apa aunty boleh buat sendiri lagipun ada assistant aunty ramai kat dapur.”

“Taka pa aunty saya boleh je tolong apa yang patut, takkan datang nak makan je kan.”aku saja menekan ayat ‘kan’ sambil memandang kea rah Faez.

“Ehhh....tak apa Warda pergi je duduk depan tue,segan pulak aunty tetamu datang tapi tolong masak.”
“Taka pa aunty jom Warda tolong.”

“Okay lah kalau Warda cakap macam tue.”aku dan mummy Faez berlalu ke dapur.

Mula aku kekok jugak berada di dalam kawasan dapur, aku cuba buat apa yang aku boleh buat.
Aku minta kebenaran dari mummy Faez untuk masak lauk daging masak kicap versi aku. Sedang ralik aku masak aku tak perasan yang ada orang memandang aku dari pintu dapur.

“Haiii....sedap ke awak masak Warda?”ikut sedap mulut dia je nak berkata begitu.

“Faez kenapa cakap begitu. Tak baik la.”

“Tak apa aunty. Dah biasa dengar dan En Faez cakap macam tue.”

“Faez nie memang mulut dia memang main suka lepas aje.”

“Betul apa..kang tah rasa apa yang Warda masak. Betul-betul sedap ke tue?”

“Of course la sedap”kata aku dengan bangga sekali.

................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience