Bab 62

Romance Completed 13091

Tiba waktu makan malam semua pakat berkumpul dimeja makan. Aku nak tolong bik siti hidang makanan tapi bik siti tak bagi tolong.

Masing² dah ambil tempat aku tengok sebelah Faez aje yang kosong nak tak nak aku terpaksa jugak duduk kat sebelahnya.

'Aduii...aku tak nak duduk sebelah dia nie. Kenapa la meja nie ada 10 aje.'aku bebel sorang².

"Warda duduk la kena berdiri lagi tue."

"Haa...tak ada apa mummy warda nak ambil air masak jap kat dapur."cepat² aku ke dapur ambil air masak dan duduk kat sebelah Faez.

Aku kalau makan kena ada air masak,aku tak berapa bekenan dengan air manis. Abang Long membaca doa makan..

Aku hanya cedok nasi sikit aje dalam pinggan tapi lauk penuh dalam pinggan.

"Nie kenapa makan lauk aje? jadi kucing ke?" tegur Faez tengok aku ceduk lauk ke dalam pinggan.

"Kenapa salah ke saya makan lauk aje?"aku bertanya kembali kepadanya.

"Tak salah tapi dah macam kucing kelaparan dah abang tengok."

"Faez sudah la tue..tak baik cakap kat Warda gitu..dah Warda makan aje jangan dilayan Faez tue."Kata mummy backup aku. Aku pon jelir lidah dekat Faez.

"Awak tunggu nanti saya gigit lidah awak tue."Faez berbisik di telinga aku. Meremang bulu roma aku waktu tue bila dengar dia nak gigit lidah aku.

"Apa lagi tue makan cepat boleh kita solat isyak berjemaah kejap lagi."kata daddy pula.

Aku hanya mengangguk dan makan tanpa memandang ke arah Faez. Tanpa aku sedar Faez letak tangan kirinya diatas peha aku dia saja mahu mengusik aku...

Aku tersedak selamat tak tersembur ke depan. cepat² aku bangun dan pergi ke dapur minum air sejuk bagi hilang perit dekat tekak.

"Warda...okay ke tak tue?" kata mummy risau bila dengar aku masih lagi batuk.

"Faez bangun pergi tengok.."marah mummy Faez lambat² bangun. dia hanya tersenyum bila tengok aku berdiri dekat peti ais.

"Haa...tue baru sikit saya boleh buat. Awak tunggu kejap lagi saya buat yang lain pulak."

Aku masih batuk dan selera makan aku terus terbantut disebabkan tersedak tadi. Aku jalan menuju ke meja dengan sengaja aku menyiku lembut perut dia.

"Auchh...sakit la main kasar nampak."kata Faez sambil gosok perutnya. Bukan sakit mana pun saja aja dia buat lagak macam sakit sangat.

Aku terus jalan nak duduk balik dekat meja makan dan mencapai buah.Lauk yang ada di pinggan tadi aku hanya pandang aje.

Setelah selesai makan kami semua ambil wuduk untuk solat berjemaah.Faez ditugaskan untuk menjadi imam kepada kami semua.

Terpana aku sebentar mendengar dia membaca ayat² di dalam solat. Tak di sangka aku ingatkan dia seorang yang jahil tentang agama.

Setelah selesai solat aku bersalam dengan mummy dan biras² aku. Kemudian aku datang kepadanya dan hulur tangan. Dia terkejut melihat
aku hulur tangan dan dia bertanya

"Nak apa?"berkerut dahi dia menyoal aku pelik.

"Nak salam la kan dah abis solat."aku berkata sambil hulur tangan.

"Ohhh...okay." dia pon hulur tangan ke arah aku dan aku pon menyambut tangannya. Ini kali kedua aku mencium tangannya selepas akad nikah dulu.

..........................................................................................................................................................................

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience