bab 33

Romance Completed 13101

Sebaik saja Faez sampai di hospital dia bertembung denga Azri..

“Assalamualaikum..Faez ,”tegur along yang datang dari arah kafe hospital.

“Waalaikumsalam..Azri” Faez berpaling ke suara yang menegurnya.

“Awak dah sarapan ke?”Tanya along sambil berjalan menuju ke wad warda.

“Belum lagi..along dah sarapan..saya ingat lepas melawat Warda baru nak pergi makan.”

“Boleh la kita makan sama nanti...”kata along

“Boleh jugak.”sambil tersenyum Faez terima tawaran along untuk sarapan bersama.

Tak lama kemudian mereka sampai ke bilik wad warda dan along menolak pintu wad.
“Assalamualaikum…”

“Waalaikumsalam..”semua yang berada di dalam bilik wad jawab salam along.

“Adik along dh bangun?” kata along tersenyum, Faez ikut belakang along.

“Assalamualaikum..”Faez pulak memberi salam.

Kali kedua semua yang ada di dalam wad menjawab.
“Ehh…Faez pon ada sekali?”kata ibu terkejut bila Nampak Faez dibelakang along.

“Saya singgah sekeja mak cik.”kata Faez sambil salam dengan ibu
.
Aku hanya jadi pemerhati.. aku tak ada mood nak bercakap perkara semalam masih berlegar di kepala.
Kak ngah bangun dan memberi kerusi kepada faez.kak ngah duduk diatas katil bersama aku.

“Adik nak makan?”Tanya kak ngah.

“Tak nak akak. Adik tak lapar”dengan nada yang lemah aku menjawab.

“Tak boleh la awak tak makan.. nanti masuk angin dalam perut pulak.”kata Faez lembut je kalau tak dah macam singa cakap dengan aku.siap tukar panggilan pulak awak saya.

“En Faez tak kerja ke hari nie?”Tanya aku sambil betulkan cara duduk.

“Kerja saya singgah sekejap. Untuk lihat staf saya.”kata Faez.

Ayat tak mudah saja la tue nak tunjuk keprihatinan dia tue.kata aku dalam hati.
“Nanti pegawai polis akan datang ambil keterangan dari awak. Kawan saya yang akan ambil kes awak nie. Tolong cerita apa yang berlaku .”kata Faez .

‘Macam la aku nak putar belik cerita sampai bos aku nie cakap gitu. Ke dia takut nama syarokat dia buruk. Sakit pulak hati aku nie.’aku ngomel sendiri tapi kak ngah mendengar apa yang aku omelkan.

“Adik kenapa cakap sorang-sorang?”dalam berbisik kak ngah Tanya.

“Mana adik cakap sorang-sorang.”aku nafikan yang tadi aku yang bercakap.

“Macam la kak ngah tak dengar apa yang adik cakap.”sambil kak ngah tersenyum senget.

“Shuuutt….jangan cakap kat sape-sape.”sambil aku letak jari telunjuk kat mulut kak ngah.
Faez pon minta diri dan along pon ikut sama.

“Tak apa la mak cik saya pergi kerja dulu la nanti petang saya datang balik.”Faez pon berdiri dan bersalam dengan ibu.

“Ibu along pergi kerja dulu.”

“Yelah hati-hati kamu berdua bawak kereta tue.”pesan ibu kepada Faez dan along.

Faez pon berdiri di depan katil aku dan dia berkata.
“Warda saya balik dulu, kalau ada apa nanti call saya.”pesan Faez.

Aku hanya mengangguk dan salam dengan along.

Along dan Faez berjalan ke kereta masing-masing…dieorang sarapan di restoran berdekatan dengan hospital.

“Faez awak tahu ke siapa yang buat macam tu kepada Warda?”Tanya along kepada faez sambil menghirup air kopi.

Kegemaran Along sama dengan arwah ayah yang suka minum air kopi.
“Kes nie masih dalam siasatan..kita tunggu apa jawapan dari Warda..sebab dia tahu siapa dalang kes nie.”Faez teringat kembali apa yang kak Lin cakap kepadanya pagi tadi.kalau ikutkan hatinya mahu saja dia cari sendiri si Nazri dan heret ke balai.

Tapi Negara kita ada undang-undang jadi dia hanya serahkan kepada pihak polis untuk siasat perkara nie.
“Selamat tak sempat nak jadi perkara tak elok kalau tak mati aku kerja kan orang tue.”along marah bila dia teringat balik apa yang kak Lin telipon cakap Warda cedera jatuh tangga.

“Tak apa kita serahkan segalanya kat pihak polis.”kata Faez sambil memandang kea rah along.
‘Awak cuti berapa hari?”Tanya Faez kepada along.

“Saya ambil alih sementara masalah kat sini sementara Warda masih kat dalam wad. Kebetulan ada masalah kat cawangan sini.”kata along sambil memandang ke arah seseorang yang Nampak curiga di belakang Faez.

Mereka habiskan makanan dan mereka menaiki kenderaan masing-masing.
“Aduii…macam mana aku nak pergi ke hospital nie kalau ada polis kat situ.”kata Nazri sambil tepuk meja. Semua orang berada di situ terkejut mendengar ketukan tue.

Nazri terus bangun dari kerusi apabila dia merasa semua orang yang berada disitu pandang ke arahnya..sambil berdiri dia menunduk minta maaf “Maaf-maaf”

Pegawai polis datang ke bilik wad warda untuk ambil keterangannya
“Assalamualaikum..cik Warda. Saya Talha pegawai polis dari Balai Petaling Jaya”kata salah seorang pegawai polis yang datang ke bilik wad.

“Waalaikumsalam…silakan masuk tuan.”kata ibu

Aku pon bangun dan duduk berlunjur dengan bantuan kak ngah.Pegawai polis tersebut minta ibu dan kak ngah untuk keluar sebentar sementara mereka mahu ambil keterangan dari aku.

“Minta makcik dan kakak Warda tunggu diluar sekejap boleh saya mahu merakam keterangan dari mangsa keadaan.”kata Talha kepada ibu dan kak ngah.

“Boleh tuan..jom angah kita keluar dulu.”ibu pon bangun dan tarik tangan kak ngah keluar dari wad.

“Cik Warda boleh saya ambil keterangan dari cik?”kata Talha sambil duduk dikerusi yang disediakan dan seorang lagi pegawai tulis apa yang aku katakana.

Aku cerita kepada pegawai dari mula kejadian sampai la aku terdengar ada orang buka pintu kecemasan tingkat bawah sebelum aku pengsan tak sedarkan diri.

“Okay terima kasih Cik Warda sebab bagi kerjasama kepada pihak kami. Nanti kalau ada info pasal penjenayah tersebut saya akan maklumkan kepada Faez.”kata Talha sambil berdiri.

“Saya minta diri dulu maaf menggangu Cik.”kata Talha sambil senyum kepada aku.

“Terima kasih Tuan Talha.”ucap aku sambil tunduk kepala sikit.

Sebaik saja pegawai polis keluar ibu dan kak ngah masuk ke dalam bilik wad semula. Tak lama kemudian doctor yang merawat aku datang dan periksa keadaan aku.

“Bila saya boleh keluar doctor?”Tanya aku kepada doctor. Bosan duduk dekat wad lama-lama.

“Insya Allah kalau Cik Warda dah tak demam dan emosi cik dah okay esok cik dah boleh discharge.”kata doctor sambil tersenyum hensem.

“Hari nie saya tak boleh keluar ke doctor?”Warda masih cuba nasib nak minta keluar wad awal.

“Kita tengok esok yek..”doctor pon berlalu bersama nurse.

“Aduiii….adik bosan la ibu duduk lama kat wad nie.”

“Sabar la…insyaAllah esok boleh keluar.”ibu pujuk warda.

“Hemmm.”aku mencebik mulut.

Sebelah petang along,kak Lin,Yana datang melawat Wardaa..aku kemain seronok bila ramai datang melawat.

................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience