bab 49

Romance Completed 13101

Warda dapat tahu yang Puan Sri Nora dan Tan Sri Farid akan datang untuk meminangnya. Sekeras-kerasnya Warda membantah tapi ibu dan alongnya telah bersetuju tanpa bertanya kepadanya dahulu.
“Ibu...Adik tak nak kawen dengan dia.”

“Kenapa adik ibu tengok si Faez tue bagus,hormat orang tua,baik suka tolong.”

“Adik tak nak sebab dia tue bos adik ibu, apa kata orang kata pejabat adik kalau adik berkawen dengan dia ibu.”

“Buat apa nak peduli apa yang orang nak kata.”

“Keluarga Faez sendiri yang mahu adik jadi menantu diaorang.”

“Betul ibu, tapi Faez nak ke kawen dengan adik? Dia kan dah ada kekasih hati sendiri.”

“Mummy Faez tak nak perempuan tue jadi menantu dia,dia nak adik jadi menantu dia.”

“Adik tak nak ibu. Adik tak bersedia lagi nak kawen.”

“Adik terima jelah lagi 1 minggu mummy Faez datang meminang.”kata along

“Ibu along bagi adik masa untuk fikir pasal hal nie.”

“Tak payah nak fikir sangat adik. Dah ada orang sudi ambil adik sebagai menantu dia terima aje la.”kata along sambil tersenyum.

“Along cakap senang lah. Yang nak hadapnya adik.”aku mula nak marah bila along kata begitu.

“Faez sendiri ngaku dengan adik yang dia tak nak kawen dengan adik.”

“Nanti pandai la mummy dia pujuk dia nanti, adik terima aje dulu pinangan nie nanti.”

“Hemm..bagi adik fikir dulu la ibu.”

“Jangan lama-lama ibu nak keputusannya esok senang ibu nak buat persiapan nanti.”
“Baik ibu.”dengan lemah aku menawab.

Selepas bercakap berdua dengan Warda. Faez ketemu jalan buntu. Dia minta pertolongan dari abang-abang dan kakak ipar nya supaya pujuk mummy dan daddy.

Tapi keputusan mereka tetap sama.puas berfikir macam mana nak pujuk mummy daddynya supaya terima Dahlia ke dalam Keluarga mereka.

Faez tidak pulang ke rumah mummynya. Dia merajuk sebab mummy dia tetap dengan keputusan mahu tunangkan dia dengan Warda.

“Assalamualaikum. Faez esok mummy dan daddy akan meminang Warda untuk kamu.”

“Waalaikumsalam. Kenapa tergesa-gesa mummy. Tak terlalu awal ke? Bagi la Faez kenal hati budi Warda dulu.”

“Tak apa lepas kamu berdua bertunang nanti kamu boleh kenal hati budi juga. Lagipun kamu kan kerja satu tempat kerja dengan Warda senang nak jumpa kan.”

“Memang lah tapi bagi la Faez masa untuk kenal dia dulu.”

“Dah tak ada alasan dah. Esok pagi mummy masuk minang dia. Terus tetap tarikh untuk bertunang kalau boleh tarikh nikah pun mummy nak percepatkan.”

“Ikut la mummy. Faez bantah pon keputusan mummy tetap sama.”

“Kan bagus kalau kamu setuju dari awal.”

“Yelah mummy...ikut mummy lah nak buat apa.”

“Okay..nie buat mummy sayang anak mummy nie.”

Faez mati kata apabila mummy dan daddynya dah buat keputusan untuknya.

................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience