bab 32

Romance Completed 17258

Warda masih belom sedar doctor terpaksa bagi ubat tidur untuk menenangkan dirinya… dia mengalami trauma dan meronta menjerit bila dia terjaga… warda di letakkan di dalam wad perseorangan…

Selamat tiada kecerderaan yang serius berlaku kepadanya Cuma luka didahi dan terseliuh kaki …..setelah Warda di letakkan di wad Faez minta diri untuk pulang sama juga dengan yana...
sementara keluarganya masih belum sampai kak Lin menjaga Warda di hospital.

“Sianya adik akak sorang nie.siapa la sanggup buat Warda macam nie..tak dapat akak bayangkan macam mana perasaan Wardaa masa tue..

”Ya Allah Kau sembuhkan la adikku ini.”sambil kak lin mengelap muka wardaa air matanya mengalir.

“Assalamualaikum…”ibu beri salam sambil menolak pintu wad yang aku duduki

“Waalaikumsalam”kak Lin menjawab salam terus dia menyalami ibu dan memeluk ibu..ibu menangis dalam pelukkan kak Lin bila ibu melihat keadaan aku.

kemudian kak Lin bersalam dengan kak ngah.along masih belum sampai dia turunkan ibu dan kakngah di lobi kemudian dia mencari parking.

“Ya Allah anak ibu…kenapa boleh jadi macam nie?”Tanya ibu dengan linangan air mata.

“Sabar Makcik..kita kena kuat demi Warda”kata kak Lin.

“Siapa yang buat Warda macam nie?”ibu menangis sambil mengusap kepala aku…

“Polis masih siasat kes nie..nanti dieorang akan inform pada En Faez bos saya.”ibu lemah hamper nak terjatuh kak Lin dan Kak Ngah cepat-cepat papah ibu duduk atas kerusi.

‘’Ibu duduk dulu..jangan macam nie ibu..kita kena kuat demi adik ibu..”kata kak ngah sambil memeluk ibunya.

Daun pintu wad di tolak dari luar kak Lin memandang ke arah pintu along memberi salam

“Assalamualaikum..”semua menjawab dengan pelahan…

Along menghampiri aku dia mngusap kepala dan dia cium dahiku.

“Ya Allah adik kenapa boleh jadi macam nie..siapa buat adik along macam nie..”tanpa disedari air mata along mengalir.

“Awak sabar yek..polis masih siasat perkara nie”kata kak Lin kepada along…along hanya mengangguk…

“Lin,along,kak ngah pergi la balik biar ibu yang jaga adik disini..”taka pa la makcik biar Lin yang jaga Warda sian kat makcik jauh perjalanan tadi.

“Tak pa la Lin mak cik larat lagi…biar la makcik yang jaga Warda mak cik nak dia buka mata nanti makcik ada di depan dia”

“Kalau macam tue biar Lin teman makcik jaga warda..awak ngan angah balik la…berehat sian pulak kat makcik tungu sorang-sorang.”kata kak Lin lembut je..

Along pon setuju dengan cadangan kak Lin “angah jom kita balik ke rumah sewa along…esok pagi kita datang lagi.”kata along.kak ngah hanya mengangguk..mereka berdua bersalam dengan ibu..
Kini hanya tinggal ibu dan kak Lin duduk diatas sofa di tepi katil aku..

“Lin orang mana?lama dah ke kerja di Kuala Lumpur nie?”kata ibu kepada Kak Lin.

“Saya orang Pahang makcik..lama dah saya berkerja di sini dah nak masuk 5 tahun.”

“Ooo…lama dah la yek Lin kerja..”

“Haah mak cik..”

“Jangan panggil makcik panggil je ibu.”

“segan la pulak”

“Tak yah segan la nanti nak jadi family nie jugak kan..”kata ibu sambil senyum kak Lin tertunduk malu
..
“Tolong awak….tolong lepaskan saya”aku meronta di atas katil.ibu dan kak Lin terkejut mereka terus bangun dan pergi ke arah aku.

“Adik….bangun adik…ibu ada kat sini sayang..”

“Warda bangun nie akak nie..” kak Lin dan ibu memegang tangan aku..aku masih lagi meronta-ronta..kemudian ibu memegang bahu aku dan memanggil nama aku.

“NUR WARDA ERYNA!!”ibu berkata dengan nada yang kuat..terus aku terjaga dan memandang sekeliling dan aku memeluk ibu dengan kuat..

”Ibu tolong adik ibu..adik takut ibu.”kata aku dalam tangis.

“Ye…sayang ibu ada nie jangan takut..”ibu pon menangis sama..kak lin keluar untuk panggil doctor dan nurse..

“mak cik boleh tunggu kat luar tak saya nak periksa Warda sekejap”kata doctor suri
“Boleh doctor…Lin jom kita tunggu kat luar”

Tak lama kemudian doctor pon keluar dan bercakap dengan ibu dan kak Lin.

“Mak cik buat masa nie jangan Tanya apa soalan yang boleh buat Warda teringat balik apa yang berlaku kepada nya.”

“Saya takut dia akan trauma kembali dan menjerit meronta..emosi nya masih belum stabil.”
“Baik la doctor”jawab kak Lin.

Kemudian ibu dan kak Lin masuk semula ke dalam wad.aku masih dalam keadaan baring dan tak boleh banyak bergerak kaki dan kepala masih sakit.

“Ibu…kenapa semua nie jadi kat adik.”aku menangis.

“itu semua ujian untuk adik…Allah takkan uji seseorang tanpa kemampuan seseorang tue.”

“Aik takut ibu dia datang balik..adik takut.”

“Adik cuba cerita ngan ibu siapa buat adik macam tue?”

“Ye Warda cuba cerita pada akak dan ibu..mana tahu akak kenal ke orang tue”

Aku menangis aku takut untuk cerita…aku takut Nazri datang balik dan bunuh aku..
“Warda pandang akak dan cerita apa yang sebenarnya berlaku.”Kak Lin pegang tangan aku dia bagi kekuatan kat aku untuk aku cerita.

“Saya ralik buat kerja tak sedar yang jam dah pukul 7 so saya berkemas nak balik masa tue saya tinggal sorang dalam ofis yang lain semua dah balik…

Saya pergi ke lif dan tekan butang tapi butang lif tak menyala dan saya tunggu 5 minit tapi lif masih tidak bergerak saya amik keputusan ikut tangga…sebaik saja saya sampai tingkat 3 kemudian ada tangan menarik tangan saya…

Saya menjerit saya cuba lepaskan tangan tapi makin kuat dia pegang tangan saya…tiba lampu dekat tangga tue menyala dan saya Nampak nazri kak..

Dia cuba nak rogol saya kak..saya sepak kaki dia dan saya turun laju dari tangga sampai saya terjatuh bergolek..saya hanya dengar suara En Faez dan pak Mail.”aku rasa jijik bila pk balik bila ada lelaki yang aku tidak suka sentuh aku…aku menangis semakin kuat…

“Warda menangis lah kalau itu boleh buat Warda lega.”kata kak Lin ibu hanya memandang sambil mengelap air mata nya ….aku menangis sampai tertidur..

Keesokkan harinya pagi-pagi lagi Kak Lin telifon En Faez dan bercerita tentang kejadian itu…
“Assalamualaikum…En Faez…”

“Waalaikumusalam..Kak Lin ada apa akak telifon pagi-pagi nie…saya tengah bersiap nak pergi kerja nie..”

“En Faez Warda dah cerita semuanya dengan saya siapa yang buat dia jadi macam tue..”

“Siapa orangnya ka Lin?”

“Staff syarikat kita jugak.”

“Maksud kak Lin ke?diakan selalu stalk warda?”

“Haah En Faez….Warda sebut nama Nazri…”

“Betul ke nie?”

“Saya pasti…sebab si Nazri memang dia suka dekat Warda dari hari pertama Warda masuk lagi dia cuba mengorat Warda..tapi Warda tak layan dia..mungkin dia marah sebab Warda tolak cinta dia..”

“Okay thanks kak Lin….kak Lin tolong jangan tinggal Warda sorang dalam wad saya takut nanti dia datang dia apa-apakan Warda…”

“En Faez jangan risau. sini ada ibu dan kakak warda jaga dia. Saya kena masuk kerja hari nanti Tan Sri cari saya pulak.”

“Okay kak Lin terima kasih.”

“sama-sama En Faez”

Faez telifon pegawai polis yang ambil kes Warda…kemudian dia menelifon pejabat dan bertanya kepada pak mail.

“Pak Mail…..Nazri ada masuk kerja tak hari nie?”

“Tak ada lagi dia lalu depan nie…kenapa En Faez?”

“Kalau pak Mail Nampak nanti bagitahu saya cepat yek..”

“Baik En Faez.”

Faez cepat bersiap dan dia singgah hospital untuk melihat keadaan Warda..

................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience