bab 39

Romance Completed 13101

Aku terpaksa wasap kak Lin cakap tak jadi nak pergi lunch sama-sama. Baru nak bermanja dengan kak Lin suruh belanja.

Assalamualaikum...Kak Lin Warda tak jadi keluar lunch dengan akak tau. En Faez ajak Warda jumpa Klien kat Hotel Pasific.
-Warda-

Waalaikumsalam tak apa Warda jap lagi along datang ajak akak lunch dengan dia dan ibu.
-Kak Lin-

Ala bestnya dapat pergi lunch sama-sama.
-Warda-

Tak pa lain kali kita pergi lagi.
-Kak Lin-

Okay kak.
-Warda-

Sedang ralik aku buat kerja Faez datang ke meja aku dan dia mengetuk pelahan meja. Walaupun aku terkejut selamat aku tak melatah.

“Jom dah kita keluar awal saya takut karang jalan jem.”

“Kejap bos nak siapkan sikit lagi kerja.”

“Dah la tinggal je esok awak boleh buat.”

“Ishh..mentang la di abos sedap rasa aja dia suruh tinggalkan kerja nie.”

“Apa yang bebel kat situ cepat la..kalau kita sampai lambat kejap lagi saya salahkan awak yek.”

“Apa pulak salah saya bos nie.”

“Salah jalan raya la kalau jem.”

“Dah jom cepat.”kata dengan tegas tapi ada senyuman kat situ.

“Ye ye...saya datang sekarang.”eee geramnya aku dia nie tak reti-reti sabo.

Dalam kereta aku hanya diam membisu dah la aku kena bawak fail aku juga kena tekan button lif langsung tak nak tolong..

Dia pon focus bawak kereta disebabkan jalan jem dia kami menjadi lambat sampai ke Hotel pacific.
“Nie salah awak la nie.”

“Ehhh...apa pulak bos nie suka hati saja nak salah kan saya...salah jalan jem la..”

“Dah cepat bawak fail tue semua”

“Tengok aku lagi yang kena bawak fail nie..Dia sedap melenggang”membebel aku sorang-sorang tanpa sedar dia ada di belakang.

“Awak nie asyik membebel aje kan.”

“Oittt...”selamat tak melambung semua fail yang kat tangan aku nie.”

“Bosss...tolong jangan buat macam tue..ke bos nak saya mati cepat?”

“Ehh..awak nie ke situ pulak.”

Aku dan Faez berjalan beriringan masuk ke dalam hotel dan kami terus menuju ke restoran di dalam hotel terebut.

Faez memilih untuk duduk jauh sikit dari orang ramai.senang nak bincang nanti. Tak lama kemudian Nampak kelibat Dato’ Roslan dengan PA nya.

“Assalamualaikum...Dato’’Faez menghulur salam kepada Dato’.

“Waalaikumsalam..En Faez”kata Dato’ sambil memandang kea rah aku.

“Hai..sweet lady I ingat u tak join sekali.”kata dato sambil menghulur tangan untuk bersalam.
Aku hanya tersenyum dan aku menjawab “Maaf Dato’ saya tak salam dengan orang bukan muhrim saya.”nyampah pulak aku tengok muka si orang tua nie..kalau bukan sebab contract antara syarikat Farid dan syarikat dia tak hingin aku nak jumpa dia.

“Oppss....sorry I lupa pulak.”dengan nada ngada-ngada.

“Its okay.”aku saja manis kan kata aku.

“Jemput duduk Dato’.”Faez pelawa Dato’Roslan duduk.

“Terima kasih.”
................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience