Bab 68

Romance Completed 13101

Hubungan antara aku dan Faez semakin baik. Hari² aku pergi kerja dengan dia naik satu kereta, aku tak faham dengan perasaan aku nie terlalu mudah untuk jatuh cinta.

Walau bagaimanapon aku tetap tidur asing dengan dia, aku takut nak taruh harapan yang dia sayang aku, aku takut nanti aku sendiri yang kecewa.

Faez dapat tahu yang Dahlia curang dengan dia dah lama tapi dia saja mahu tengok permainan yang Dahlia mahu buat.

Satu hari Dahlia kena tangkap khalwat bersama teman lelakinya. Itu semua kerja anak buah Faez mereka mengintip Dahlia dan kekasih gelapnya.

Bila betul² line clear mereka telifon JAIS mengatakan ada sepasang kekasih sedang berdua² di dalam rumah.

Faez datang bersama aku apabila anak buah dia telifon yang sasaran dieorang terkena kali nie.

"Bos sasaran kali nie kena bos."kata salah seorang anak buah Faez yang dia upah untuk intip Dahlia sepanjang masa.

"Dah telifon pejabat agama ke?" tanya Faez kepada anak buahnya.

" Belom bos kami tunggu bos datang."kata shah sambil memandang ke arah rumah Dahlia.

"Korang ada di mana tue?"tanya Faez lagi.

"Kami masih ada di depan rumah Dahlia bos."kata shah.

"Okay tunggu aku datang." Faez terus bangun.

"Baik bos."kata shah sambil melihat sekeliling kawasan tue.

Sebaik saja Faez putuskan talian dia datang ke arah aku yang sedang kemas meja makan.

"Awak jom ikut saya." Faez berkata sambil meletakkan tangan di atas meja.

"Nak pergi mana?"tanya aku pelik nak kata keluar makan nie baru siap makan. perut pon seeh lagi.

"Adalah...jom bersiap sekarang."kata Faez tarik tangan aku.

"Kejap saya nak simpan nie."aku tarik tangan aku semula dah berlalu ke dapur.

"Okay saya tunggu awak dekat sini." kata Faez sambil bersandar di sofa.

"Baik bos."aku berjalan naik ke tangga.

"Apa awak sebut tadi."kata Faez sambil tegakkan badan tangannya diletakkan kat pinggang.

"Baik bos."aku sebut lagi perkataan tue.

"Sekali lagi awak sebut saya cium awak."kata Faez sambil berjalan ke arah aku.

"Argghh...takutnya."aku berlari naik tangga.

"Main² ye. "ketawa Faez tengok gelagat aku.

"Dah cepat bersiap."kata Faez lagi sambil tersenyum.

Faez akui semenjak aku demam hari tue perasaan sayang dan cinta mula hadir. Tapi dia takut untuk luahkan takut aku tolak cinta dia.

Setelah selesai tukar baju seluar aku menepek bedak compact ke muka aku dan aku calit sedikit lipmatte warna yang soft. Aku tak suka nak pakai foundation pakai gincu yang merah menyala, Aku capai seledang yang sedia dah bergosok dan turun ke bawah.

"Amboii...keluar malam pon nak make up jugak ke?"tanya Faez sambil tenung muka tak berkelip mata.

"Mana ada make up pon cuma pakai bedak and lipmatte je."geram pulak aku dengan dia nie, ada jugak aku tak ikut kang.

"Cantik lain macam aje."kata Faez sambil tersenyum senget.

"Dah² jom cepat kalau nak keluar... kalau tak saya naik tidur lagi bagus."aku dah pusing jalan ke arah tangga.

"Jangan lah marah sayang. Okay² jom."dengan selamba badak aje Faez tarik tangan aku.

Dalam kereta Faez muka serius aje pandang ke arah depan. Tak lama kemudian telifon dia berbunyi dan dia menekan button earfon.

"Hello ye shah."Faez menyapa orang yang di talian.

"Saya tengah on the way nie."kata Faez masih lagi serius.

"Okay boleh la awak telifon orang tue."kata Faez lagi.

"Okay baik." Faez putuskan talian dan semakin laju dia bawak kereta.

"Awak kenapa? jangan la laju sangat saya takut lah." Aku beranikan diri bertanya sambil tue tangan aku pegang dekat tempat pemegang.

"Tak ada apa...sorry sayang."kata Faez masih fokus pada pemanduannya. kelajuan kereta di kurangkan.

"Awak kita nak kemana sebenarnya nie?"aku bertanya lagi.

"Nanti awak akan tahu."kata Faez menoleh ke arah aku.

Aku malas nak tanya banyak karang tak pasal² kena marah dengan dia. Aku memandang ke arah luar cantik pemandangan malam dengan lampu sepanjang jalan.

Kami sampai dekat taman perumahan aku masih lagi komfius nak buat apa pulak kat sini. Tiba kereta Faez berhenti di satu rumah.

"Tunggu dalam kereta dulu." Dia buka pintu dan menuju ke arah 2 orang lelaki yang aku tak kenal.

Aku mula takut 'Dah kenapa pulak nie?Faez nak jual aku ke apa nie?' aku pon melangkah keluar dari kereta dan pergi ke arah Faez.

"Bos." shah berkata sambil menjuih mulut ke belakang.

"Kenapa keluar kan saya kata duduk dalam kereta."Faez seakan nak marah bila aku engkar arahan dia.

"Kita buat apa kat sini."aku bertanya nak kepastian kenapa duduk sini.

"Dah masuk kereta jangan banyak tanya."suara Faez agak keras tapi perlahan sambil menarik tangan aku. Aku akur dan masuk semula ke dalam kereta.

Tak lama kemudian sampai satu van yang tertulis perkataan JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR.

Faez pergi berjumpa dengan lelaki yang pakai kopiah, aku menunggu dalam kereta dengan debaran. 'Apa semua nie? Faez nak perangkap siapa nie?'tertanya² aku selepas melihat mereka bercakap sambil menunjuk ke arah rumah tue.

Faez hanya berdiri di sisi kereta, aku pon keluar dari kereta dan berdiri di sebelah Faez tanpa banyak tanya, Takut nanti dia marah aku lagi. Faez pandang ke arah aku dan dia pegang tangan aku sambil memandang ke rumah tue.

Tak lama beberapa orang yang berkopiah menuju ke rumah Dahlia dan memberi salam. Anak buah Faez shah dan aman turut serta orang berkopiah tadi.

"Assalamualaikum...Assalamulaikum...Assalamulaikum" 3 kali orang berkopiah memberi salam baru la pintu dibuka oleh seorang lelaki.

"Waalaikumsalam..ye encik cari siapa?"lelaki tue buka pintu sambil berkain tuala ikat di pinggang.

"Yunk siapa tue malam² datang nie." Dahlia pergi ke ke pintu dengan berkemban.

"Kami dari JABATAN AGAMA ISLAM..kami dapat aduan yang mengatakan dalam rumah nie ada lelaki perempuan yang bukan muhrim tinggal sekali."kata salah seorang lelaki yang pakai kopiah.

"Sila buka pintu dan bagi kerjasama kepada kami." nak tak nak lelaki tadi buka pintu dan meraka semua masuk ke dalam rumah tersebut.

"Boleh bagi saya ic encik berdua."kata pegawai agama tersebut.

Faez tarik tangan aku pergi ke rumah tersebut, aku hanya ikut tanpa bantahan. Sampai aja di depan pintu rumah terkejut aku melihat Dahlia.

Tak semena² aku menyebut nama dia kuat. Aku dan Faez melangkah masuk ke dalam rumah tersebut.

"Dahlia.!! "cepat² aku tutup mulut. Faez memandang ke arah Dahlia dan kekasih Dahlia.

"Faez tolong i nie semua perangkap. ada orang nak kenakan i Faez. " Dahlia cuba bangun tapi dia Kena tegur oleh pegawai tue.

"Cik minta duduk disitu jangan bangun."

"Faez tolong i Faez i kena perangkap. I tak bersalah Faez tolong i.."Dahlia merayu² sambil menangis minta pertolongan dari Faez.

"I tak sangka u sanggup buat i macam nie.. i selama nie setia dengan u walaupon i dah kahwin tapi nie balasan u buat kat i. U curang dengan i, kalau u nak tahu i yang buat report pasal u bawak jantan masuk rumah."kata Faez sambil lepaskan tangan aku.

"Hah...sampai hati u buat i macam nie. I sayang kan u Faez."Dahlia menangis dia tak percaya yang semua nie rancangan Faez.

"Kalau u sayang kat i u takkan curang dengan i.. Dah lama i perati u dengan jantan nie. Dia anak orang kaya kan sebab tue u terhegeh² dengan dia."suara Faez dah naik satu oktaf.

"Tak darling i sayang u sorang aje."

"Terima kasih Dahlia disebabkan u, i dah semakin sayang dengan isteri i. Baru i tahu mana emas mana permata." Faez berkata sambil pegang tangan aku dan bawa aku keluar dari rumah tue.

Aku tercengang bila dengar yang Faez sayang kan aku. 'Betul ke apa yang aku dengar nie?ke telinga aku nie penuh taik telinga sampai salah dengar. ' sambil berjalan aku memandang ke muka dia.

Dalam kereta aku dan dia seribu bahasa sampai lah dia berhentikan kereta di taman permainan. Dia keluar dari kereta tinggalkan aku dalam kereta dan dia duduk di kerusi yang ada disitu.

Aku pon keluar dan pergi ke arah dia kemudian aku duduk di sebelah dia.
"Awak sedih ke?"tanya aku sambil memandang ke arah taman permainan. Seronok tengok budak bermain kat situ. Tak payah fikir masalah² dunia.

"Kenapa tanya macam tue?" Faez tanya balik sambil memandang ke arah aku.

"Kot lah awak sedih dia kan cinta hati awak. "Aku pandang ke arah dia. Aku akui dia sekarang makin hansem.

"Tak la saya rasa lega sangat bila semua nie selesai dengan cepat."Dia pandang ke depan semula.

"Selama nie saya hanya pura² aje suka dekat dia.. Dan selama nie juga saya upah orang untuk intip pergerakan dia."Faez cerita pada aku.

"Kalau dia tak buat hal, awak nak kahwin dengan dia ke? Awak ceraikan saya ke?"aku tanya walaupon aku tahu jawapan yang bakal dia bagitahu mungkin menyakitkan hati aku.

"Tak... Walaupon dia tak buat hal saya tetap takkan kahwin dengan dia. Hati saya sudah terpaut dekat awak."Faez pusing pandang ke arah aku sambil pegang tangan aku.

"Boleh dipercayai ke?"aku tak pandang ke arah dia sebab muka aku dah start merah² malu .

"Of course la." Dia tersenyum memandang ke arah aku.

"Awak lapar tak?"Faez tanya pecah kesunyian antara aku.

"Tak masih kenyang lagi.kenapa awak lapar lagi ke? kalau macam tue jom kita pergi makan saya temankan awak." aku berkata sambil bangun betulkan baju.

"Okay jom."dia pimpin tangan aku menuju ke kereta.

Dalam kereta dia asyik memegang tangan aku dan pandang aku sambil tersenyum², aku rasa sangat bahagia sangat saat tue.

..........................................................................................................................................................................

"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience