bab 53

Romance Completed 13091

Majlis yang ditunggu telah tiba. Aku disolek bagaikan seorang puteri cantik. Rombongan dari belah lelaki sudah sampai untuk upacara akad nikah.

Majlis akad nikah di jalankan di rumah. Aku dibawa turun ke bawah oleh kak Ngah dan aku duduk di atas pelamin yang dihiasi bunga berwarna putih dan merah.

Faez duduk atas kerusi yang telah disediakan di depan pelamin. Dia duduk berdepan dengan tok kadi di sebelah kanannya daddy dia dan di sebelah kiri pakcik aku sebelah ibu, ada beberapa orang lagi lelaki duduk di belakang nya sebagai saksi.

Faez segak memakai baju melayu berwarna peach diganding dengan sampin gold. Aku pon pakai baju warna yang sama.

Faez bersalam dengan tok kadi dan upacara akad nikah bermula.

“Aku nikahkan dikau dengan Nur Warda Eryna Binti Asran dengan berwalikan aku dengan mas kahwinnya sebanyak 300 ringgit tunai.”kata tok kadi sambil henjut tangan Faez.

“Aku terima nikahnya Nur Warda Eryna Binti Asran dengan mas kahwinnya sebanyak 300 ringgit tunai.”Faez berkata dengan lancar dan terang.

Aku dengar tok kadi Tanya orang sekelilingnya “Sah.”
Beberapa orang angguk dan berkata “Sah.”

Alhamdulillah dengan sekali nafas aku sah bergelar isteri kepada Faez Ilham Bin Tan Sri Farid. Air mata aku mengalir bukan kerana gembira tapi sedih sebab aku berkahwin dengan orang yang aku tak cinta.

Faez masuk ke dalam rumah untuk solat sunat. Walaupun dia tak suka dengan perkahwinan nie tapi dia masih juga teruskan.

Sementara menunggu Faez selesai solat aku bergambar dulu dengan kak Lin, Linda dan rakan sekerja aku yang datang melihat melihat aku bernikah.

Tak lama kemudian Faez datang semula ke pelamin untuk acara batal air sembahyang. Jantung aku berdegup laju berdebar-debar melihat dia datang ke arah aku.

“Assalamualaikum.”Faez beri salam kepada aku.
“Waalaikumsalam.”aku menjawab dengan suara yang terketar-ketar.

Faez duduk di sebelah aku sebelum dia mengambil gelang tangan dan dia memakaikan ke tangan aku.
Aku hanya diam tanpa kata. Semua yang ada di situ menyuruh aku salam tangan Faez. Aku teragak-agak untuk pegang tangan dia.

“Tak apa dah halal dah.”aku dengar suara kak ngah cakap.

“Haah..pegang aje dah halal dah.”kak lin pulak menyampuk sambil tersenyum dan beberapa orang makcik dan orang di situ ketawa.

Aku pun menyambut tangan Faez dan aku cium tangan dia. Dia buat riak biasa aje. Kemudian dia cium dahi aku. Aku terpana bila tiba-tiba dia mencium dahi aku.

“Warda.. Faez bangun saya nak ambil gambar nie.”kata jurugambar.

Aku dan Faez pun ikut bangun dan pelbagai gaya yang jurugambar suruh kami gayakan. Aku masih malu-malu dia boleh buat muka selamba.

Setelah selesai sesi bergambar kami pergi makan dan setelah selesai dia dan keluarganya pulang.

Esok majlis bersanding. Kalau ikutkan aku nak buat sekali nikah dan sanding tapi mummy dengan ibu minta buat asing. Khamis malam aku berinai, jumaat malam aku nikah dan bersanding ari sabtu.

Mummy dan ibu nak aku rasa macam mana suasana kenduri sebenar macam kenduri orang lain. Walaupun aku kena kawen paksa.

..........................................................................................................................................................................................

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience