bab 52

Romance Completed 13101

Petang lepas habis kerja along wasap aku ajak keluar makan bersama kak Lin. Aku menolak sebab tak nak kacau daun.

Sedang berjalan di lobi aku ternampak Dahlia sedang duduk dekat sofa di ruang menunggu. Dahlia ralik melihat handfon.

Aku buat tak tahu aje sambil berjalan keluar tiba aku mendengar seseorang memanggil. Aku pusing badan ke belakang dan aku Nampak Faez dan Dahlia berjalan beriringan datang kea rah aku.

“Ada apa bos panggil saya.”dengan nada menyampah.

“Jom saya hantar awak balik.”kata Faez sambil tersenyum senget. Dia tahu aku masih lagi marah kepadanya hal tadi.

“Taka pa la bos saya boleh naik LRT balik rumah.”aku tak pandang kea rah mereka waktu bercakap.

“Ala jom la Warda. Boleh teman kami pergi beli cincin. Faez kata dia nak kawen dengan saya.”kata Dahlia dengan suara mengada dia.

“Haa.”aku pandang ke arah Faez dan Dahlia. Betul ke apa yang aku dengar nie dieorang nak pergi beli cincin.

“T...tak apa la korang pergi la berdua saya balik dulu.”rasa marah aku semakin mendadak naik aku cepat-cepat tinggalkan mereka berdua.

Laju aku berjalan menuju ke arah teksi yang berhenti di depan bus stop. Cepat-cepat aku masuk dan suruh pakcik teksi bergerak sambil aku bagitahu alamat aku.

Aku rasa nak menangis bila teringat apa yang Dahlia kata tadi. Apa la nasib aku nie nak kawen tak lama lagi tapi tunang nak kawen dengan perempuan lain.

Sebaik saja sampai kat rumah, aku terus berlalu masuk ke dalam bilik. Aku bersihkan diri kemudian aku baring atas tilam tanpa aku sedar aku terlelap dengan air mata yang mengalir.

“Ibu adik tak nak kawen dengan Faez ibu.”aku merayu dekat ibu.

“Lah kenapa pulak, tinggal 2 minggu lagi nak sampai tarikh kenduri. Semua persiapan dah di buat kad jemputan dah diedar catering dah di tempah khemah pun dah di tempah. Adik jangan nak malukan ibu dengan along.”

“Adik rasa adik masih belum bersedia untuk jadi isteri orang la ibu.”

“Adik jangan macam-macam adik mana ibu dengan mummy Faez nak letak muka bila majlis nie dibatalkan.”

“Ibu tolong la adik..”

“Tak boleh majlis tetap kena jalan. Adik nak ke tak nak ke adik kena kawen jugak dengan Faez.”marah ibu.

Macam mana nie aku dah buat keputusan paling bodoh dengan setuju pinangan mummy Faez.

Berhari-hari ibu tak bertegur dengan aku. Bila aku pergi ke dapur ibu akan ke depan bila aku keruang tamu ibu lari masuk bilik.

Aku sedih bila ibu layan aku macam tue. aku cuba pujuk ibu tapi ibu tak nak buka pintu bilik.

Along masih tidak tahu yang aku nak batalkan majlis perkahwinan nie.

Kalau along tahu dia pun akan marah dengan aku. Kebetulan along tak ada dirumah dia kena outstation ke perak.

“Ibu buka lah pintu nie. Jom makan dengan adik.”aku pujuk ibu.

“Ibu tak lapar. Adik pergi la makan.”kata ibu dari dalam bilik.

“Jom la ibu. Ibu tak sayang adik dah ke?”aku mula sebak.

“Ibu tak nak.”

“Ibuuu..buka lah pintu nie. Adik janji adik kawen dengan Faez.”suara aku dah bertukar nada.

Ibu senyum di dalam bilik, helah merajuk ibu menjadi bila dengar aku berjanji dengannya.

“Betul nie? Jangan nak ubah pula. Kalau tak ibu tak nak maafkan adik sampai bila-bila.”

“Ye ibu adik janji.”aku angkat 5jari paras bahu tanda sumpah.

“Macam tue la anak ibu.”ibu buka pintu dan peluk aku.
Semua barang untuk hantaran sudah aku beli dengan ibu Cuma tinggal untuk gubah aje.

Belah Faez mummy dia upah wedding planner untuk siapkan hantaran dan majlis resepsi sebelah lelaki.
Majlis tinggal 2 minggu lagi, aku pun dah start ambil cuti.

Kad kawen aku sudah edar ke semua staf pejabat. Mereka semua terkejut termasuk dengan Lydia.

“Biar betul Warda kau nak kawen CEO Syarikat Farid Holdi. . Bertuah kau Warda dapat anak orang kaya.”kata siah sambil membelek kad kawen yang aku berikan.

“Tahniah la Warda kau data jinakkan anak naga kau tue.”kata farah.

“U tipu aje kan Warda. U bukan kawen dengan En Faez Ilham kan.”Kata Lydia dengan muka terkejut.

“Kau nie Lydia kompom la dia kawen dengan En Faez, kau tengok la nama siapa kat kad jemputan tue.”kata farah dengan nada geram.

Aku terima banyak ucapan tahniah dari rakan sepejabat. Aku menuju ke meja kerja aku untuk siapkan apa yang patut.

Setelah selesai aku ketuk bilik Faez.

“Masuk.”

“Bos nie fail yang bos minta.”aku tak memandang kea rah Faez aku Cuma menunduk memandang kea rah lantai.

“Okay thank you.”kata Faez sambil membelek fail tersebut.

“Kalau dah tak ada apa lagi saya minta diri dulu.”kata aku.

“Kejap. Macam mana persiapan sebelah awak dah settle ke?”Tanya Faez sambil memandang ke arah aku.

“Alhamdulillah...dah nak hampir siap.”kata aku dengan malas.

“Bagus lah..jumpa lagi 2 minggu.”

“Hemm..”itu saja aku mampu berkata. Aku tak boleh tengok muka dia. Kalau boleh lari aku dah lama lari tak ingin aku berkahwin dengan dia..


..........................................................................................................................................................................................

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience