bab 46

Romance Completed 13091

Keesokkan pagi Faez datang awal ke pejabatnya. Dengan muka serius bila ada staf yang tegur nya dia buat tak tahu saja berjalan kearah biliknya.

Warda masih belum sampai hari nie dia terlewat pergi ke pejabat, pepagi lagi sakit period pain dia dah datang menyerang.

‘Aduhh.. Habis la aku kena marah jap lagi.’ Aku berkata sendiri sambil menunggu pintu lif terbuka.

“Assalamualaikum...Warda.”tegur kak siti.

“Waalaikumsalam...kak Siti.”aku jawab salam sambil berpaling ke arah suara yang beri salam.

“Kenapa pucat aje muka tue Warda?”

“Hem..pepagi lagi period pain dah datang kak. Fikir kerja saya banyak aje kalau tak saya dah ambil mc dah tadi.”

“Dah makan ubat belum. Macam teruk aje akak tengok.”

“Dah kak sebelum pergi kerja tadi saya dah makan.”

“Kalau tak larat nanti ambil je halfday. Kalau period pain datang melanda makan ubat pon bukan boleh hilangkan sakit tue.”kata kak siti lagi.

“Minta-minta tak teruk la kak..”

Tak lama kemudian pintu lif pon terbuka. Aku melangkah masuk kedalam lif kak siti pon sama.
Aku diam sambil menahan sakit yang semakin lama semakin kuat. Baik je sampai ke meja aku intercom aku berbunyi.

“Warda masuk sekarang.”suara garang yang dah lama aku tak dengar.

“Baik bos.”

Dengan pantas aku ambil planner aku dan aku menuju ke bilik Faez. Aku ketuk pintu dan aku dengar suara dari dalam menyuruh aku masuk.

“Masuk.”

Aku tolak pintu dan ternampakmuka begis Faez.

“Assalamualaikum..bos pagi nie bos ada meeting dengan En faizul dari bahagian sale dan tengahari bos ada temujanji dengan Cik Dahlia.”

“Okay terima kasih.”

“Kalau tak ada apa saya minta diri dulu.”geram pulak aku, aku beri salam tapi dia tak sambut pon.

“Kejap. Awak ada cerita dengan mummy saya ke yang Dahlia ada datang ke sini semalam.”dengan nada tegas.

“Ta..Tak ada bos. Kenapa bos ingat saya ke yang mengadu dengan mummy bos?” aku mula cuak bila dia dengan muka serius pandang ke arah aku.

“Kalau bukan awak siapa yang bagitahu mummy saya. Sampai saya kena kawen dengan pilihan dia.”

“Mana saya tahu bos. Bos tak Tanya mummy bos siapa yang bagitahu dia.”

“Kalau mummy saya bagitahu tak ada la saya Tanya awak.”tegas suara Faez sambil memandang tetap ke arah mata aku.

“Kau boleh keluar sakit pulak hati aku bercakap dengan kau nie.” Faez marah.

Warda keluar aje dari bilik bosnya,menyumpah seranah warda kepada bos nya.

“Buat balik la tue perangai lama. Panas barang tak bertempat. Cuba cakap tue elok-elok.”

Aku pon berlalu ke meja kerja aku. Sampai aje kat meja perut aku semakin sakit sampai tertunduk-tunduk aku menahan sakit.

‘Aduhh..pagi tadi aku dah makan ubat kenapa tak hilang-hilang nie.’

Aku bangun pergi pantry sambil berjalan tekan perut. Aku tak perasan kak Lin ada di dalam pantry.
“Warda kenapa nie?”cemas kak Lin tengok muka pucat aku.

“Period pain kak..tiba kena time kerja. Selalu makan ubat hilang tapi kali nie tak hilang makin teruk pula.”

“Jom akak bawa pergi klinik kang pengsan kat sini sape yang susah.”

“Jap saya bagitahu En Faez dulu.”

“Tak payah nanti dah dapat Mc telifon bagitau dia.”

“Yelah akak.”

Aku berlalu ke meja dan ambil handbeg dan kak Lin bawa aku pergi klinik. Aku dapat Mc 2 hari selepas berjumpa doctor kak Lin hantar aku balik.

Sampai saja aku kat rumah cepat-cepat aku telifon bos aku untuk bagitahu aku Mc 2 hari.

“Assalamualaikum...bos saya Mc 2 hari yek.”

“Waalaikumsalam..kenapa pulak awak Mc tadi saya tengok awak elok aje.”

....................................................................................................................................................

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience