bab 47

Romance Completed 13091

Faez balik ke rumah mummy dan daddy untuk selesai kan masalah. Dia susah hati selagi tidak dapat pujuk mummy dia untuk terima Dahlia di dalam hidupnya.

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumsalam.”

“Mummy sihat?”

“Mummy sihat aja. Kamu sihat ke? Kenapa tiba-tiba datang rumah mummy nie? Kalau mummy tak suruh datang tak adanya kamu nak datang kan. Nie mesti ada benda yang kamu nak cakap nie.”

“Alhamdulillah..Faez sihat aja mummy. Amboi mummy bertanya macam peluru berpandu laju je luncur keluar.”kata Faez sambil tersenyum, bila dia pandang kea rah muka mummy nya terus dia menarik senyumannya kembali.

“Mummy tolong Faez merayu pada mummy tolong terima Dahlia. Faez cintakan dia mummy.”

“Kan mummy dah cakap keputusan mummy muktamad kalau kamu rasa payah sangat nak terima cadangan mummy dan daddy terpulang kepada kamu. Ikut suka kamu la nak buat apa tapi ingat mummy takkan restu hubungan kamu berdua.”

“Mummy jangan la macam tue Faez perlukan restu dari mummy.”

“Kalau kamu nak restu mummy kamu kena kawen dengan pilihan kami.”

“Faez tak boleh mummy Dahlia la satu-satunya perempuan yang boleh bahagiakan Faez mummy.”

“Dah mummy tak nak cakap pasal hal nie lagi, kalau kamu tak nak ikut cakap mummy kamu bukan anak mummy daddy.”

Puan sri Nora terus menapak masuk ke bilik sambil menahan marah. Dia tak nak duduk lama lagi dibawah bersama anaknya. Dia takut tidak dapat menahan kemarahannya nanti.

Selepas kejadian di rumah mummynya Faez puas berfikir macam mana nak pujuk mummy daddynya supaya terima Dahlia ke dalam Keluarga mereka.

Tapi dia ketemu jalan buntu. Dia minta pertolongan dari abang-abang dan kakak ipar nya supaya pujuk mummy dan daddy. Tapi keputusan mereka tetap sama.

Hampir 3 minggu Faez tidak pulang ke rumah mummy dan daddynya. Dia merajuk bila mummy nya beritahu yang mereka ingin meminang seorang perempuan untuknya.

Dia tak nak tahu siapa perempuan yang bakal berkahwin dengannya. Puas dia tentang keputusan yang mummy dia buat untuknya. Tapi mummy dia tekad untuk masuk minang Warda untuknya.

“Assalamualaikum. Faez esok mummy dan daddy akan meminang si dia untuk kamu.”

“Waalaikumsalam. Kenapa tergesa-gesa mummy. Tak terlalu awal ke? Bagi la Faez kenal hati budi dia dulu.”

“Tak apa lepas kamu berdua bertunang nanti kamu boleh kenal hati budi juga. Lagipun kamu juga ckap kan yang kamu tak nak amik tahu siapa pun dia.”

“Memang lah tapi bagi la Faez masa untuk kenal dia dulu.”

“Dah tak ada alasan dah. Esok pagi mummy masuk minang dia. Terus tetap tarikh untuk bertunang kalau boleh tarikh nikah pun mummy nak percepatkan.”

“Ikut mummy la.”

“Kan bagus kalau kamu setuju dari awal.”

“Yelah mummy...ikut mummy lah nak buat apa.”

“Okay..nie buat mummy sayang anak mummy nie.”

Faez mati kata apabila mummy dan daddynya dah buat keputusan untuknya. Sekarang dia terfikir untuk kenal perempuan yang bakal mejadi isterinya.

................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience