bab 38

Romance Completed 17258

Macam biasa Warda pergi kerja masih ada yang tak puas hati sebab selepas kes hari tue Warda pergi dan balik dengan Faez.

Dan sejak itu jugak la mood Faez dah tak macam dulu bercakap dengan staf baik-baik hilang sudah sikap panas barannya.

“Kau tengok tue dengan muka tak malu boleh pulak dia naik dengan bos..aku dengar selama nie die tue memang terhegeh-hegeh dengan bos.”kata minah.

“Haah aku pon dengar benda yang sama jugak.”ida pula menyampuk.

Kalau ikut hati mahu saja aku pergi serang mereka berdua agak-agak la nak berbisik pon sampai aku boleh dengar tue saja la tue nakbagi aku dengar apa yang dieorang cakap.

Baru saja aku nak pergi ke kaunter receptionist aku terasa tangan aku kena tarik, aku pusing belakang dan Nampak kak Lin.

“Biarkan la dieorg tue Warda mulut longkang sibuk nak jaga tepi kain orang..”

“Eeee...geram saya kak saja nak cari pasal kenapa?”

“Biarkan je..dah jom naik ngan akak..akk rindu dengan adik akak sorang nie.”

“Ehhh...bukan kita baru jumpa semalam dah rindu ke?ke akak rindu kat along?”

“Hahahaha...”kak Lin ketawa.

“Apa yang kamu berdua bualkan sampai besar ketawa kamu Lin.”tegur Tan Sri Farid.

“Ermm...tak ada apa-apa Tan Sri..bual kosong je.”

“Warda nanti petang nie ikut Faez balik umah uncle yek..aunty kamu rindu kat kamu dah tue”kata Tan Sri Farid.

“InsyaAllah Tan Sri.”aku malas nak janji aku takut nanti aku tak nak pergi segan.

Ting bunyi lif dah sampai di lobi aku dan kak Lin masuk ke dalam dan Tan Sri berdiri di depan aku.
Pintu lif hampir tertutup aku dengar ada orang dari luar minta tahankan pintu dari tertutup.

“Wait.”

Staf di depan tekan semula button open dan pintu kembali terbuka terpancul Faez dengan gaya nya dia masuk ke dalam lif.

Dia berbual dengan daddynya.hari nie lif di bahagian vvip rosak tue yang mereka terpaksa naik lif untuk staf.

“Faez how progress discussion u with Mr Goh?”

“Alhamdulillah..him so trust with we and him want goes with the project.”

“Wauuu...daddy proud of you..good job son.”

“Thanks daddy.”

Tiba tubir mata aku berair..Aku teringat kat arwah ayah perwatakan daddy Faez sama dengan ayah.cepat-cepat aku lap takut ada yang Nampak aku menangis.

Sebaik saja sampai di tingkat 8 Tan Sri dan Faez keluar jalan beriringan aku pula jalan bersama kak Lin.
“Akak nanti kita keluar lunch sama-sama yek.”

“Okay nanti kak Lin datang ke meja Warda.”

“Okay kak..Jumpa nanti.”

Aku berjalan tanpa pandang depan aku tak perasan yang Faez berenti di depan selepas dia berpisah laluan dengan daddynya.

Aku ingat dia dah ke depan rupanya dia menunggu aku dan aku terlanggar badan dia dan hampir jatuh ke belakang.

“Oiiii....mak badang mana.”aku melatah.

“Amboi sedapnya panggil saya badang.”

“Oppss...sorry bos..kenpa bos tetiba berenti kat tengah jalan nie..”marah aku..

“Hahaha....”dia ketawa.

“Apa yang lawaknya?”geram pulak aku dengar dia ketawa.

“Tak ada apa saja nak gelakkan awak.petang nie ikut saya balik umah mummy saya.”

“Ehhhh...suka suki dia je nak arah orang ikut dia..”

“kalau awak tak nak ikut saya cium awak kat sini nak ke?”

“Oiitt...apa nak cium-cium kita bukan muhrim.”marah aku lagi.

“Saya kena bagitahu ibu dan along dulu kang takut dieorang risau pulak.”

“Pasal tue awak tak yah rsau ibu dan along pon akan join sekali nanti.”

“Ohhh...ye ke..kenapa tiba-tiba ajak saya dan family saya makan kat umah awak nie?”

“Tak ada apa....hari tue kan awak ajak saya dan mummy makan kat umah awak sekarang giliran kami pulak ajak awak dan family datang umah.”

“Oooooooo.”

“Tak yah la panjang sangat ooooo tue.”

“Hihihihi”aku hanya ketawa kecil bila die cakap begitu.

Aku berjalan di hadapan nya dan berenti di meja kerja aku.Dia pula masuk ke bilik opis nya.
Tak lama kemudian intercom aku berbunyi.

“Warda masuk.”

“Baik bos.”aku lupa yang pagi tue aku belum mengadap dia lagi bagitah agenda dia untuk hari nie.
Bingkas aku bangun dan menuju ke bilik Faez sambil memegang planner.Depan pintu bilik aku siap berdoa dan hembus kiri kanan aku takut dia akan marah aku dan aku pon ketuk pintu biliknya.

“Sorry lambat.”

“Its okay..what agenda for today?”

“Pagi nie pukul 10 bos ada meeting dengan ahli lembaga pengarah bersama Tan Sri, waktu lunch bos ada meeting dengan Dato’ Roslan pasal Projek kat Melaka, Petang boss free.”

Kemain tekun aku membaca planner aku sampai aku tak perasan yang dia dah ada di depan aku.

“Opocot..mak aku”melatah aku bila angkat kepala Nampak dia kat depan mata
.
“Ishh..awak nie asyik melatah je..”

“Yela bos buat saya terkejut mesti lah saya melatah.”

“Hahaha..”dia ketawa lagi.

“Ishh..apa ketawa-ketawa.?”

“Kalakar la awak nie muka cantik tapi kuat melatah.”

“Biar la dah saya dari kecik ag ada latah nak buat macam mana.”

“Dah la saya nak keluar dari saya layan bos punya lawak nie baik saya nuat kerja.”

“Okay-okay sorry..lunch nanti ikut saya pergi jumpa Dato’Roslan.”

“Tak nak la saya..Dato tue dah la gatal suka suki je nak pegang tangan saya.”aku teringat masa mula-mula aku jadi secetary jumpa Dato Roslan dekat restoran area Bangsar Faez minta diri ke tandas dan dia amik kesempatan untuk pegang tangan aku.

Cepat aku bangun dan marah dia. Aku ambil beg dan fail di atas meja dan aku pergi dari situ..sambil berjalan aku wasap Faez mengatakan yang aku kena gerak dlu ada hal lain.
Balik ke opis baru aku cerita dekat Faez apa yang berlaku.Itu pon dia paksa aku untuk cerita kan apa yang berlaku.
................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience