3

Other Series 3067

"Alhamdulillah, selamat datang ke keluarga kecil kami, Fiqar" Encik Muhammad melafazkan ayat tersebut sebaik sahaja melihat Zulfiqar dan Haura menuju ke arahnya.

Zulfiqar tersenyum mendengar kata-kata Encik Muhammad.

"Ha, tunggu apa lagi? Akad nikah sudah, solat sunat sudah, marilah kita ke ruang makan" suara Puan Khadijah.

"Tu lah, lapar dah ni. Tunggu pengantin ni lama sangat" tanpa belapik, Syakir berkata selamba.

"Aduh, ibu! Sakitlah perut Syakir" Syakir mengaduh apabila Puan Raudhah mencubit perutnya akibat geram dengan perlakuan Syakir.

"haha minta maaflah, Syakir ni memang begini. Tak tahulah ikut perangai siapa" Encik Rauf, ayah kepada Zulfiqar dan Syakir cuba menjernihkan suasana.

"haha tak mengapa, biasalah. Budak-budak," Puan Khadijah pula membalas sebelum tertawa dengan telatah keluarga besannya. Sememangnya, Puan Khadijah ini mudah terhibur.

***

Zulfiqar berasa sangat beruntung beristerikan Haura Al Maqsurah ini. Selain orangnya cantik dan bijak, Haura juga pandai menjaga maruah dirinya selaku perempuan muslimah yang sejati.

Pujian demi pujian diterima Zulfiqar dari teman-teman sekuliahnya, mahupun dari teman sekerjanya. Namun, semua pujian itu dibalas dengan senyuman. Bagi Zulfiqar, setiap pujian itu selayaknya dikembalikan kepada Allah. Sudah takdir Ilahi bagi Zulfiqar untuk beristerikan perempuan sejati sebaik Haura.

Keindahan Islam semakin kelihatan apabila majlis pernikahan mereka berdua diadakan secara sederhana sahaja.

Mereka tidak menyewa pakaian dari butik yang mahal. Malah, mereka hanya mengenakan sepasang jubah putih yang dibeli secara atas talian. Harganya juga agak murah, iaitu serendah RM70 sepasang.

Tiada majlis tari-menari. Tiada juga majlis persandingan apatah lagi majlis makan beradab serta acara potong kek.

Majlis mereka berlangsung dengan penuh kesederhanaan. Selepas majlis akad nikah, keduanya diberi masa bagi menunaikan solat sunat dua rakaat sebagai tanda kesyukuran. Kerana Allah telah mempermudahkan urusan pernikahan mereka.

Seterusnya, semua hadirin dipersilakan untuk menikmati juadah yang telah disediakan.

Untung bukan? Pernikahan berlandaskan agama lebih mudah berbanding mengikut adat.

Pernikahan adalah menghalalkan hubungan yang haram. Pernikahan juga perlulah mendapat redha dan keberkatan dari Allah. Kebiasaannya, masyarakat Melayu gemarkan sebuah majlis yang besar dengan undangan yang ramai. Selain itu, baju-baju persalinan yang dipakai oleh pengantin juga sangat mahal harganya. Begitu juga nilai hantaran yang sememangnya bukanlah suatu kewajiban. Hal ini secara tidak langsung mengundang pembaziran. Allah sangat benci akan pembaziran. Maka, keberkatan bagi majlis itu mungkin berkurangan.

Contoh terbesar ialah Rasulullah dan juga para sahabat. Majlis pernikahan mereka sangat mudah dan sangat menepati syariat Islam. Maka, sebagai seorang muslim, kita wajar mencontohi baginda dalam apa jua aspek termasuklah halnya dalam pernikahan.

Bernikah itu mudah. Ianya menjadi susah apabila disertai adat yang semakin merepek dan mengarut. Oleh itu, masyarakat Malaysia khususnya yang beragama Islam, seharusnya sedar akan hal ini. Bernikah perlukan redha dan keberkatan dari Allah. Sekiranya, apa yang berlaku adalah sebuah pembaziran, mungkinkah Allah akan redha dan berkati majlis tersebut?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience