9

Other Series 3067

"Haura Al Maqsurah" Nama Haura dipanggil setelah agak lama menunggu giliran di ruang menunggu.

Haura melangkah masuk ke bilik rawatan sambil ditemani oleh Zulfiqar.

Pemeriksaan dijalankan ke atas Haura oleh seorang doktor sakit puan.

"Tahniah, isteri encik mengandung selama 16 minggu" Ujar doktor itu sambil melakar sebuah senyuman kepada Zulfiqar.

"Allahu akbar" Serentak dengan itu, Zulfiqar membuat sujud syukur tanda kesyukuran ke hadrat Ilahi.

Haura juga tersenyum riang. Dia melanglah untuk mendapatkan suaminya.

"Buat semenatara ni, Puan Haura tak boleh buat kerja-kerja yang berat. Risau keguguran" Doktor itu mengingatkan Haura dan Zulfiqar.

"Baik doc, terima kasih" Zulfiqar mengucapkan terima kasih setelah sesi rawatan selesai dijalankan.

***

"Terima kasih Haura, sebab berikan abang zuriat" Zulfiqar berbicara sebaik sahaja melihat Haura berbaring di atas katil sambil mendengar bacaan ayat-ayat suci al quran.

Haura tersenyum sambil mengelus lembut wajah suaminya.

"Haura tak mengidam nak makan apa-apa ke?" Soal Zulfiqar sambil tangannya mengusap-usap perut sang isteri.

"Tak pun abang. Haura cuma letih saja" balas Haura sambil tersenyum. Bahagianya dia, Allah sahaja yang tahu.

Yalah, dikurniakan suami yang baik, penyayang, kuat beragama. Sesiapa sahaja pasti berbahagia apabila dianugerahkan pasangan yang baik budi pekertinya.

"Esok abang tak bekerja. Abang nak pergi ke Kota Bharu. Ada ijma' Ulama' di sana. Ulama' antarabangsa dijemput hadir. Haura nak ikut tak?" Zulfiqar bertanya kepada isterinya setelah Haura mematikan bacaan ayat-ayat suci Al Quran yang didengarinya tadi.

"Abangkan unit amal. Nanti bosanlah Haura di sana. Duduk sorang-sorang. Tak boleh buat apa-apa" Haura membalas. Bukannya dia tidak mahu mengikut suaminya. Tapi dia pasti berasa bosan sekiranya tiada teman.

"Lah sayang. Nashrul bawa isteri dia sekali. Jadi Haura bolehlah berkenalan dengan isteri dia. Kot-kot boleh jadi kawan baikkan?" Zulfiqar membalas kenyataan Haura.

"Oh, yakah? Bolehlah, nak ikut abang" Haura membalas kata-kata suaminya sambil menarik tangan Zulfiqar dan melabuhkan kepalanya di lengan sasa si suami.

Seketika kemudian, Haura lena diulit mimpi.

'Haih, ya Allah.. Terima kasih atas anugerah yang terindah ini. Haura cantik, sangat memahami diriku ini. Dia juga selalu bersamaku.. Memahami tugasku sebagai pejuang agamaMU, ya Allah.. Berkati umurnya, Rabbuna. Pelihara nyawa yang terkandung di dalam rahimnya, Ya Allah. Pelihara keduanya jika aku tidak lagi bersama' Zulfiqar melafazkan doa itu di dalam hatinya. Dia benar-benar mencintai isterinya. Tiada kata yang mampu mentafsirkan rasa sayangnya buat sang isteri.

***

"Abang, bangunlah." Haura menggerakkan suaminya. Dia telah membersihkan dirinya.

"Subuh dah ke?" Zulfiqar menyoal sambil tangannya menggosok-gosok matanya berulang kali.

"Dahla.. Abang yang tak bangun lagi" Haura mengomel sambil mengemas baju yang akan dibawanya ke program ijma' itu nanti.

"Allahurabbi! Baju unit amal tak iron lagi!!!" Zulfiqar bergegas bangun dan menuju ke bilik air.

"Elok-elok abang. Baju unit amal tu Haura dah iron tadi. Semua dah siap." Haura menenangkan suaminya. Dia tertawa lucu apabila melihat suaminya tergopoh-gapah.

'Hmm lelaki. Suka buat kerja last minute' Haura membebel di dalam hatinya.

***

Setelah selesai mengerjakan kewajiban sebagai hamba Allah, Haura dan Zulfiqar bersiap untuk pergi ke ijma' ulama'.

"Untungnya Muhammad Zulfiqar ni kan?" Zulfiqar mula bersuara sebaik sahaja kereta mereka bergerak menuju ke selatan.

"Untung lagi jadi Haura Al Maqsurah" ujar Haura sambil tersenyum penuh makna.

"Eleh, kenapa pula?" Zulfiqar bertanya tidak puas hati. Baru sahaja dia ingin membuat pickup line bagi menggembirakan hati isterinya. Namun gagal pula.

"Yalah, ada suami yang penyayang. baik bertanggungjawab macam abang" balas Haura sambil tersenyum manja. Lantas, ketawanya meledak kerana terhibur melihat telatah suaminya yang tersipu malu.

"Ish, Haura ni. Malulah abang" Zulfiqar juga ikut ketawa melihat telatah isterinya.

"Hai, anak abi. Buat apa tu" Zulfiqar berbicara seorang diri sambil tangannya dilekapkan ke perut Haura. Haura tersenyum melihat perlakuan suaminya.

"Abang ni, baby baru 16 minggu" Haura bersuara sambil tertawa apabila melihat telatah suaminya itu.

"Alaa, biarlah. Abang nak berborak dengan baby kita" Zulfiqar membalas kata-kata isterinya sambil tangannya masih lagi mengusap-usap lembut perut isterinya.

Pemanduannya berjalan lancar. Tambahan pula, pada hari itu keadaan jalanraya tidak menghadapi sebarang kesesakan lalu lintas.

"Haura.." Zulfiqar bersuara perlahan sebaik sahaja keadaan menjadi sunyi. Keduanya melayan perasaan masing-masing. Zulfiqar fokus kepada pemanduannya manakala Haura pula membaca surah-surah yang dihafalnya.

"Ya saya?" Haura menyahut dengan nada yang lembut. Sahutannya itu mencairkan hati Zulfiqar.

"Aduh, lembutnya suara" Zulfiqar sudah mula mengusik isterinya.

"Abang ni... " ujar Haura dalam nada seakan-akan ingin merajuk.

"Lah, puji isteri sendiri pun tak boleh" Zulfiqar membalas rajukan Haura. Bukannya ingin memujuk, malah membahan pula isyerinya itu. Begitulah sikap Zulfiqar, ada saja perkara yang ingin diusiknya.

"Yalah, boleh je nak kacau" Haura akhirnya mengalah.

"Sayang dia..." ujar Zulfiqar sambil mencuit pipi isterinya.

"Hmm yalah" Haura memandang Zulfiqar sambil tersenyum bahagia.

Haura akhirnya tertidur semasa dalam perjalanan mereka menuju ke Kelantan.

***

"Eh, sayang. Bangun" Zulfiqar menggerakkan Haura yang sedang tidur di kerusi penumpang, di sebelah pemandu.

Haura yang tertidur kemudiannya bangun dan keluar dar kereta. Zulfiqar memimpin Haura untuk masuk ke dalam sebuah dewan besar yang dihias cantik. Di situlah tempat yang akan berlangsungnya program ijma' ulama' Malaysia dengan ulama'-ulama' antarabangsa.

"Abang, mana isteri Nashrul?" Haura menyoal sebaik sahaja memandang ke beberapa ceruk namun tidak melihat kelibat Najwa, isteri kepada Nashrul.

"Haura kenal ke Wawa tu?" Zulfiqar agak hairan kerana dia belum pernah memperkenalkan Najwa dengan isterinya.

"Oh, Haura tak kenal. Abanglah, tak pernah kenalkan Haura dengan kawan-kawan abang" Haura membalas soalan Zulfiqar.

"Apa pula abang? Hauralah.. sikit-sikit malu, sikit-sikit segan" Zulfiqar memulangkan paku buah keras kepada isterinya.

"Assalamualaikum" Zulfiqar dan Haura disapa satu suara yang sangat dikenali oleh Zulfiqar.

"Waalaikumsalam, Nashrul!" Zulfiqar menjawab salam lantas memeluk erat sahabatnya, Nashrul.

"Haura, ni kawan abang, Nashrul.. Nashrul, ni wife aku, Haura" Zulfiqar memperkenalkan sahabatnya kepada Haura.

"Oh, ni la bini mung?" Nashrul bertanya sekadar berbasa basi.

"Horlah, bini aku ah.. Doh, mane bini mung?" ujar Zulfiqar dalam slang Terengganu.

"Hok ni bini akunya" Nashrul memperkenalkan isterinya kepada Zulfiqar.

"Lah Wawa ke ni? Mengandung jugak ke?" Zulfiqar seakan-akan teruja melihat Najwa, isteri kepada Nashrul. "Haura, ni Wawa" Zulfiqar memperkenalkan pula Najwa kepada Haura.

"Oh comey orang rumoh die boh" Najwa memuji isteri Zulfiqar sambil tangannya dihulurkan kepada Haura dengan niat untuk bersalaman.

Haura menyambut salam yang dihulur oleh Najwa sambil tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience