14

Other Series 3067

"Abang, macam mana abang boleh jawab semua hujah dia orang tadi?" soal Haura sebaik sahaja memasuki perut kereta suaminya.

"Abang pun tak tahu. Ilham tu datang dari Allah" Zulfiqar membalas soalan isterinya.

"Bijaknya suami saya" ujar Haura sambil tersenyum gembira. Dia mengeluarkan telefonnya.

"Haa, buat apa telefon tu?" Zulfiqar bertanya sekadar ingin mengalih perhatian isterinya yang mula memujinya.

"Nak selfie" Haura membalas selamba.

Dua tiga keping gambar dirakam bersama suaminya. Itulah pertama kali dia mengambil gambar bersama suaminya. Itu juga merupakan kali pertama dia memakai purdah.

***

"Ustaz, Ustaz Azim panggil" Zulfiqar yang sedang menanda latihan para pelajarnya disapa oleh Ustazah Fatimah.

"Oh, sekejap-sekejap" Zulfiqar membalas sapaan Ustazah Fatimah sambil tangannya ligat bekerja.

Ustazah Fatimah mengangguk dan berlalu pergi.

"Assalamualaikum" Zulfiqar memberi salam sebaik sahaja tiba di bilik guru. Matanya melilau mencari Ustaz Azim.

"Waalaikumsalam. Haa, Fiqar. Sini" Ustaz Azim memanggil Zulfiqar.

"Kenapa?" Zulfiqar bertanya sebaik sahaja tiba di hadapan Ustaz Azim.

"Kau tengok berita? Donald Trump keluarkan statement untuk tawan Baitulmaqdis. Dasar Yahudi laknatullah!" ujar Ustaz Azim dengan nada yang menunjukkan bahawa dia sedang marah.

"Aku tengok.. Tapi, kita nak buat apa? Setakat duduk berdoa je la" Zulfiqar meluahkan kesayuan hatinya.

"Entahlah, aku ada dengar cerita Jumaat depan ada solidarity untuk bebaskan Baitulmaqdis dekat masjid negara" Ustaz Azim membalas luahan hati Zulfiqar.

"Aku tak sure boleh pergi ke tak. Sebab wife aku mengandung sekarang. Almost, six to seven months dah." ujar Zulfiqar yang seakan memahami niat rakannya itu.

"Oh, kau macam tau je apa yang ada dalam kepala aku ni" Ustaz Azim tertawa seraya membalas kata-kata Zulfiqar.

"Aku kenal kau bukan sehari dua. Bertahun dah.. Kalau kau cerita fasal solidarity ni mestilah nak ajak aku join sekali" Zulfiqar mencebik.

"Haha, yalah. Eh, dah habis kelas ni. Jomlah balik" ujar Ustaz Azim sekaligus mengajak Zulfiqar untuk pulang ke rumah.

***

"Abang nak tidurlah Haura.. Sakit sangat kepala ni" Zulfiqar memegang kepalamya sambil kakinya melangkah masuk ke bilik sebelum merebahkan badannya di atas katil.

"Ye ke? Abang main panas ke tadi?" Haura menuju ke arah suaminya. Tangannya mula mengurut-urut kelala suaminya.

"Mana ada abang main panas. Duduk dalam kelas je tadi.. Tak keluar pun.. Stress sikit kot" ujar Zulfiqar sambil matanya ditutup.

Tidak lama kemudian, Zulfiqar terlelap. Haura kembali meneruskan aktivitinya yang tergendala sebentar tadi. Dia melipat kain baju yang telah diangkat dari jemuran sebelum menapak dan menuju ke arah suaminya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience