18

Other Series 3067

*Seminggu berlalu*

Sudah seminggu Haura solat bersendirian. Tiada lagi suami sebagai imam. Selama seminggu itu, Haura tidak menerima sebarang khabar berita dari suaminya. Namun, dia redha dengan segala ketentuan Ilahi. Baginya, dia bertuah kerana Allah memilih suaminya.

Setiap hari, dia akan berada di hadapan televisyen dan menonton berita berkaitan Gaza. Tiada keriasauan yang bertandang di hatinya.

"Kak" Syakir menyapanya sebaik sahaja melihat Haura di ruang tamu rumahnya.

Sejak Zulfiqar menyertai misi kemanusiaan itu, keluarga Zulfiqar memujuk Haura untuk tinggal bersama. Risau sekiranya terjadi apa-apa kepada Haura memandangkan dia sedang sarat.

"ya?" Haura membalas sapaan Syakir.

"Saja je panggil" Syakir tergelak besar sebaik sahaja melihat muka Haura berubah apabila diusik.

"comel kak. Patutlah Fiqar suka" sekali lagi diusiknya Haura. Haura berlagak biasa seperti tiada apa yang berlaku. Dia agak malu apabila diusik walaupun sudah maklum tentang perangai Syakir.

Begitulah Haura setiap hari. Pasti akan berada di hadapan televisyen dan menantikan berita berkaitan Gaza.

Setiap kali selesai menunaikan solat, tidak pernah dilupa untuk mendoakan kesejahteraan suaminya. Dia benar-benar berharap agar Allah melindungi suaminya.

***

Pada suatu malam, selepas menunaikan solat witir Haura mendapat satu mesej dari suaminya.

"Sayang, abang minta maaf sebab tak mesej Haura. Abang ditangkap Israel semasa dalam perjalanan ke Gaza. Kami menaiki bot, waktu tu. Syukurlah, hanya ditawan dan dibebaskan semula selepas kami diperiksa"

Haura tidak terkejut kerana dia telah menduga perkara seperti ini akan berlaku. "Oh, abang ok tak? Haura tak kisah sebab Haura tahu segalanya ditakdirkan dan ianya baik untuk kita. Haura tak pernah lupa doakan abang semoga dipelihara.. fi hifzillah"

Zulfiqar menyeka air matanya. Dia sudah mula merindui isterinya. Namun, cintanya kepada Allah lebih tinggi berbanding cintanya kepada Haura.

"Esok, abang nak jumpa briged Al Qassam." Zulfiqar menyatakan hasratnya kepada isterinya.

"Betulkah? Siapa nak bawa abang?" Haura bertanya. Kali ini dia agak gusar. Bagaimana sekiranya Zulfiqar gugur? Haura tidak dapat membendung air matanya.

" Ada remaja nama Ahmad. Ayah dia merupakan salah seorang tentera Al Qassam. Mula-mula dia tak nak bawa abang ke tempat ayahnya, tapi lepas puas dipujuk, akhirnya dia setuju juga :)"

"Alhamdulillah.. All the best, my imam ;)"

Perbualan mereka terhenti. Haura bersungguh-sungguh bermunajat kepada Allah semoga dipermudahkan urusan suaminya.

***

Malam yang hening telah tiba. Zulfiqar dibawa oleh Ahmad ke tempat persembunyian Al Qassam. Setibanya di sana, dia melihat ramai lelaki berserban merah dan berjubah putih. "Inilah, Al Qassam" Ahmad bersuara sambil tersenyum memandang Zulfiqar.

Ramai anggota Al Qassam yang fokus berzikir dan tidak menyedari kehadirannya. Ada juga yang sedang bersujud, mungkin memohon bantuan Allah. Tidak kurang juga sekumpulan anggota Al Qassam yang membaca Al Quran dengan sangat sempurna. Zulfiqar sempat mengalirkan air mata keharuan.

"Ayah, ini kawan baru Ahmad. Zulfiqar" Ahmad memperkenalkan Zulfiqar kepada ayahnya. Zulfiqar melihat lelaki di hadapannya. Lelaki itu telah pun kehilangan kaki kanan. Dia hanya berjalan dengan menggunakan tongkat.

Zulfiqar menghulurkan tangan seraya mahu bersalaman. Namun, lelaki itu terus memeluknya sambil mengucap syukur.

"Nama saya Abdul Hadi.. Telah lama menyertai anggota Al Qassam.." Abdul Hadi bersuara memecah keheningan malam.

"Nama saya Zulfiqar. Saya dari Malaysia." Zulfiqar tersenyum sekadar memaniskan wajahnya.

"Awak pelajar?" Abdul Hadi cuba berbasa-basi.

"Tidak, saya seorang guru Maahad. Saya ke sini disebabkan satu perkara" Zulfiqar berterus terang.

"Apa dia? Ceritalah jika tidak keberatan" balas Abdul Hadi.

Zulfiqar menceritakan mimpi-mimpi yang dihadapinya berserta petunjuk-petunjuk Allah sebagai jawapan dari istikharahnya.

"SubhanAllah! Allah memilihmu untuk menyertai perjuangan ini. Maka, jadilah kamu orang yang beruntung" Abdul Hadi memuji Zulfiqar dan membuka peluang bagi Zulfiqar untuk menyertai pasukannya.

***

"Bukan begitu" kata-kata Adam mengejutkan Zulfiqar yang cuba menggunakan senapang. Entah bila agaknya Adam berada di situ.

Adam melangkah gagah menuju ke arah Zulfiqar dan mula melatih lelaki itu menggunakan senapang dengan baik, sebagai persediaan untuk pertempuran.

Dari jauh, kelihatan Abdul Hadi tersenyum melihat telatah anak buahnya melatih Zulfiqar.

Abdul Hadi, satu masa dahulu merupakan salah satu nama yang sangat digeruni Israel. Keberaniannya memenggal kepala tentera Israel menyebabkan dunia turut menggeruninya. Namun, setelah kakinya ditembak dengan sebutir peluru beracun, kakinya terpaksa dipotong. Pergerakannya terbatas. Namun, itu tidak menjadi satu alasan bagi Abdul Hadi untuk berhenti berjihad.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience