5

Other Series 3067

Malam itu, Haura dan Zulfiqar menunaikan solat fardhu secara berjemaah. Lazimnya, memang begitu. Mereka sering berjemaah sejak menjadi pasangan yang halal. Selepas menunaikan zolat fardhu maghrib, mereka berdua biasanya berdoa dan mulakan solat hajat secara berjemaah. Berbakikan masa yang ada sementara menunggu Isyak, Haura dan Zulfiqar akan membaca Al Quran bersama-sama.

Begitu juga pada waktu subuh. Mereka akan berjemaah. Selepas berjemaah, keduanya akan membaca mathurat bersama-sama. Begitu juga halnya dengan waktu Zohor, mereka akan membaca surah Al Waqiaah bersama-sama. Setiap hari dan setiap waktu solat, itulah rutin mereka. Indahnya pernikahan berlandaskan Islam dan diwarnai dengan pengabdian kepada Allah. Segalanya dilakukan bersama-sama.

Ada masanya, Haura akan membaca surah yang dihafal bagi diperdengarkan kepada Zulfiqar. Hal ini kerana Zulfiqar adalah Hafizul Quran. Maka, suka baginya mendengar bacaan sang isteri sewaktu memulakan perjalanan ke mana-mana.

Namun, Haura bukanlah manusia yang sempurna. Dia juga merupakan manusia biasa yang sentiasa khilaf. Setiap bacaannya adakalanya salah dan tidak menepati hukum tajwid yang benar. Maka, Zulfiqar cuba menegur Haura agar bacaannya menjadi lebih baik dan sempurna. Hari demi hari, bacaan Haura semakin baik.

Zulfiqar juga bersyukur kerana dipertemukan dengan Haura yang sangat mentaati segala perintahnya sebagai suami.

***

Selesai menunaikan solat sunat selepas Isyak, Haura meminta diri untuk menghias dirinya. Ini kerana, dia telah berjanji untuk makan malam bersama suaminya di luar.

"Alaa, tak payahlah Haura. Haura dah cantik dah, nak berhias untuk apa lagi?" soal Zulfiqar sebaik sahaja Haura menyatakan niatnya.

"Habis tu, takkan Haura nak bertelekong pula semasa dinner dengan Fiqar?" Haura membalas sambil mencebik. .

"Oh, ada benarnya juga. Pergilah, bersiap. Fiqar tunggu di luar, ok?" Zulfiqar membalas persoalan isterinya.

Haura tersenyum lantas mengangguk.

'Alahai, lama pulalah menunggu Haura bersiap. Biasalah, orang perempuan. Bersiap sahaja mengambil masa yang lama. Apalah yang dibuatnya' Zulfiqar bermonolog sambil menghayun langkah kakinya ke luar rumah.

"Hai, Fiqar!" Haura menyapa riang.

"Aik, cepatnya siap?" Zulfiqar agak terkejut kerana sangkaannya meleset. Haura tidak mengambil masa yang lama untuk bersiap.

"Apa? Tak suka Haura pakai macam ni?" Haura bertanya, jujur. Dia kehairanan apabila melihat suaminya hanya memandang dan tidak memuji seperti selalu.

"Ehh, cantiknya Haura malam ni" Zulfiqar seakan mengerti perkara yang bermain di hati isterinya.

"Malam ni saja ke cantik? Sebelum ni, tak cantiklah?" Haura menyoal suaminya dengan senyuman yang diukir agak sinis.

"Ehh, sebelum ni pun cantik saja. Tapi malam ni lagi cantik. Bergetar tulang rusuk Fiqar" Fiqar menyakat isterinya.

"Oh, tengok Haura pun dah bergetar tulang rusuk. Kalau tengok malaikat maut, macam manalah agaknya kan Fiqar?" Haura juga cuba menyakat suaminya.

"Uhh deep!" Zulfiqar membalas. Benar, kenyataan Haura sebentar tadi menusuk ke jantungnya.

"Alaa saja gurau! Haha" Haura ketawa sambil memasuki kereta tanpa menghiraukan suaminya yang terpinga-pinga.

Zulfiqar juga melangkah masuk ke dalam kereta sebaik sahaja melihat Haura telah melangkah meninggalkannya.

***

"Kita nak pergi mana ni?" Zulfiqar disoal oleh Haura sebaik sahaja kereta mereka mula bergerak meredah kegelapan malam.

"Adalah. Mana boleh bagitahu. Rahsia" Zulfiqar menjawab pertanyaan isterinya.

"Fiqar, Haura nak minta maaf sebab gurau kasar tadi" akhirnya, Haura meminta maaf atas keterlanjurannya sebentar tadi.

"Oh, tak mengapa Haura. Biasalah, budak-budak, kan?" Zulfiqar memulangkan paku buah keras kepada Haura.

"Alah, bukannya berbeza jauh pun umur kita!" Haura membalas kenyataan suaminya sambil mencubit lengan suaminya. Geram.

Mereka ketawa bersama-sama.

"Haura, minta tolong sikit, boleh?" Zulfiqar bertanya perlahan.

"boleh, apa dia?" Haura menjawab.

"Bacakan surah Ar Rahman, boleh?" Zulfiqar meminta Haura membaca surah kegemarannya. Dia sangat menggemari suara lunak Haura apabila mengalunkan ayat suci Al Quran.

"Boleh" Haura memulakan bacaannya dengan baik sekali.

***

Sebaik sahaja Haura selesai membaca surah Ar Rahman, mereka pun tiba ke destinasi yang dituju.

"Yeay, sampai! Terima kasih Haura. Bacaan awak lancar dan sedap sekali." Zulfiqar memuji isterinya.

"Aik, dah sampai? Tempat makan apa ni?" Haura kelihatan agak aneh kerana belum pernah dia dibawa makan ke tempat yang bentuknya seperti sekolah.

"yalah, dah sampai. Marilah keluar" Zulfiqar menjawab persoalan isterinya.

Haura kelihatan agak bingung. Namun dilangkah juga kakinya apabila tangannya digenggam dan ditarik oleh suaminya, Zulfiqar.

Mereka disambut oleh lelaki tua yang berjubah sebaik sahaja melangkah ke pintu gerbang. Kelihatannya Fiqar sangat menghormati lelaki itu. Disalam tangan tua itu, dipeluk lalu dicium dahi lelaki tua itu.

"Jadi, inilah Haura Al Maqsurah?" Lelaki itu bertanya kepada Zulfiqar.

"Yalah atok, Zaujah Fiqar." Zulfiqar menjawab sambil tersenyum kepada lelaki tua itu.

Lelaki tua itu menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Haura. Haura memandang suaminya, Fiqar.

"Salamlah, ni atok Fiqar" Zulfiqar memberi izin kepada Haura sekaligus menyelesaikan semua kekeliruan yang melanda isterinya.

Seketika kemudian, atok Zulfiqar melangkah meninggalkan mereka. Zulfiqar juga melangkah bersama Haura.

"Awak, ni tempat makan apa ni? Tak macam kedai makan pun," Haura bertanya kepada Zulfiqar. Dia kelihatan agak takut. Yalah, suasananya gelap. Segala fikiran buruk bermain di kepalanya.

"Ish, siapa cakap nak bawa Haura ke kedai makan? Fiqar cakap nak bawa Haura makan di tempat yang sedap. Itu sahaja" Zulfiqar membalas kenyataan isterinya.

"Marilah" Zulfiqar menarik tangan Haura.

Dari jauh, Haura melihat ramai lelaki yang berjubah putih di suatu tempat. Kawasan di situ juga agak meriah dan terang. Tidak pula dia melihat perempuan walaupun seorang. Namun, dipujuk juga hatinya agar bertenang. Tidak mungkin Zulfiqar berniat buruk tehadapnya.

Lama kelamaan, dia dan Zulfiqar semakin menghampiri kawasan tersebut. Semakin jelas kedengaran sekumpulan qasidah mengalunkan selawat yang memuji zat Tuhan.

"Hmm, jom masuk," Zulfiqar menarik Haura memasuki sebuah dewan yang besar.

Di situ, dilihatnya ramai perempuan. Namun, mereka semua berniqab hitam. Zulfiqar menarik Haura dan diperkenalkan dengan beberapa perempuan di situ.

Tahulah Haura, bahawa tempat itu adalah pondok milik datuk Zulfiqar. Haura teringat bahawa semasa perjalanan tadi, dia menyedari papan tanda yang tertulis "Maahad Tahfiz Darul Taufiq". Rupanya, tempat makan yang dikatakan Zulfiqar sebagai tempat makan yang sedap itu adalah pondok dari datuk Zulfiqar sendiri.

Haura berasa bahagia. Sudah pasti makanan di sini halal. Tidak perlulah Haura merasa was-was. Haura memandang Zulfiqar.

"Ya Haura, inilah pondok atok Fiqar. Sengaja Fiqar bawa Haura ke sini untuk merasai makanan yang dimasak oleh bonda Fiqar" Fiqar menjawab kekusutan yang bermain di kepala isterinya.

"Bonda? Siapa bonda?" Haura bertanya Fiqar. Setahunya, Fiqar memanggil ibunya sebagai 'mak', bukannya bonda.

"Fiqar pun tak tahu nama sebenarnya apa. Tapi, sedari kecil memang Fiqar dididik memanggilnya sebagai bonda. Dah lama bonda bekerja di pondok ni" Fiqar menjawab soalan Haura.

***

Zulfiqar membawa Haura untuk duduk bersama-sama keluarganya di suatu meja. Itulah waktu yang tepat bagi Fiqar untuk memperkenalkan isterinya kepada keluarganya yang tidak berkesempatan untuk hadir semasa majlis akad nikahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience