6

Other Series 3067

"Oh, jadi inilah Haura? cantik. Pandai Fiqar pilih," wanita yang digelar sebagai bonda itu dengan sengaja menyakat Haura dan Zulfiqar.

"Terima kasih, bonda" Zulfiqar membalas usikan itu sambil melirik memandang Haura yang kelihatan tersenyum malu.

"Eh, jomlah kita makan. Tunggu apa lagi?" Puan Raudhah akhirnya bersuara setelah dia hanya tersenyum dan tertawa apabila melihat telatah anak menantunya.

"Ha ah, marilah makan. kesian bonda, masak sedap-sedap untuk kita ni" giliran ayahnya pula bersuara.

Sambil menikmati makanan yang disediakan, Haura terdengar qasidah yang sangat digemarinya. Qasidah itu berjudul 'Cinta dalam istikharah'. Sekumpulan pelajar pondok sedang mengalunkan qasidah tersebut. Haura memandang suaminya. Zulfiqar membalas pandangan Haura seraya menguntum senyuman.

Qasidah itu merupakan qasidah kegemaran Haura Al Maqsurah. Dia sering mengharapkan akan ada lelaki yang sifatnya seperti yang diceritakan dalam lirik qasidah itu. Hajatnya itu dimakbulkan apabila Zulfiqar menghantar lamaran kepadanya. Jelas sekali, Zulfiqar tidak mengajaknya ke jalan zina. Malah, menghantar lamaran bagi menjadikan Haura sebagai seorang permaisuri hidupnya.

Zulfiqar pula sangat terinspirasi sejak pertama kali dia mendengarkan qasidah itu. Lalu, dia berhajat untuk beristikharah bagi melihat siapakah gerangan wanita yang akan menjadi jodohnya.

Petunjuk Allah bukanlah sebuah permainan. Lantas, diberikan petunjuk yang tepat kepada hamba-NYA yang benar-benar berharap akan sebuah petunjuk dari-NYA.

***

"Saya akan menyampaikan sebuah lagu yang berjudul istikharah cinta! Lagu ini khas buat abang kesayangan saya, Muhammad Zulfiqar dan isterinya Haura Al Maqsurah! sila berikan tepukan!" Entah bila agaknya Syakir berada di ruang menyanyi.

Pengumuman yang dibuatnya itu mengejutkan penonton yang hadir. Namun, akhirnya tepukan gemuruh kedengaran. Haura dan Zulfiqar berasa sangat malu. Namun keduanya berlagak biasa sahaja.

Entah dari mana datangnya keberanian Zulfiqar, ditariknya Haura ke ruangan menyanyi itu. Perlakuan mereka menjadi tumpuan hadirin yang hadir. Syakir tetap menyanyi tanpa menghiraukan perilaku abangnya yang semakin menghampiri.

Setelah sampai di hadapan Syakir, Zulfiqar mula mengeluarkan suatu kotak kecil dari poket jubah putihnya.

Sebentuk cincin bertatahkan permata hijau dikeluarkan. Lantas, tangan Haura ditarik. Lalu disarungkan cincin itu di jari kecil Haura. Haura seakan tergamam. lantas air matanya mengalir.

"Ya Allah" itu sahaja perkataan yang keluar dari mulut Haura berulang kali.

Sebaik sahaja Syakir selesai mendendangkan lagunya, Zulfiqar berkata kepada Haura. "Terima kasih kerana ikhlas menerima saya sebagai suami Haura." Tangan Haura dicium.

Laungan takbir kedengaran. Seluruh hadirin memuji zat Tuhan apabila menyaksikan perlakuan Zulfiqar kepada Haura. Haura masih lagi terasa malu. 

Zulfiqar mengambil mikrofon daripada tangan Syakir. Dia bertanya kepada hadirin yang hadir, samada mereka ingin tahu atau tidak bagaimanakah caranya dia mendapatkan Haura hatta tidak pernah kenal walaupun sekali. Hanya tahu namanya sahaja, itupun apabila dia datang ke rumah Haura untuk melamar.

Hadirin yang hadir bersetuju untuk mendengarkan kisah cinta yang terjalin antara Zulfiqar dan juga Haura Al Maqsurah.

"baiklah, saya sangat menggemari Ustaz Azhar Idrus. Saya sering menonton ceramahnya di YouTube.

Kawan-kawan saya pula ramai yang telah bernikah. Mereka juga ada yang telah dikurniakan zuriat. Jadi, saya juga teringin untuk mempunyai seorang isteri. Lalu, saya mendirikan solat sunat istikharah untuk melihat siapakah yang akan menjadi isteri saya. Seminggu berturut-turut saya dirikan solat sunat Istikharah.

Pada suatu malam, saya telah bermimpi didatangi seorang gadis yang cantik seperti isteri saya sekarang. Namun, saya tidak pernah mengenalinya, apatah lagi bersua muka dengannya di alam nyata.

Saya melaksanakan solat hajat pula, hampir setiap malam. Saya memohon kepada Allah, agar diberikan petunjuk-NYA kepada saya.

Sehinggalah pada suatu hari, saya berkesempatan untuk menghadiri ceramah Ustaz Azhar Idrus di Marang, Terengganu.

Tajuk ceramah beliau pada malam itu adalah berkaitan merisik dan melamar. Katanya, jika kita meminati seseorang, kita perlu bertemu ibu bapanya. Meminta izin untuk berkawan dengan anak mereka.

Hendak dijadikan cerita, saya terpandang seorang wanita. Rupanya sama seperti wanita yang hadir di dalam mimpi saya. Saya masih ingat, dia berjubah hijau. Bertudung labuh berwarna putih. Wajahnya tidak ubah seperti Haura Al Maqsurah ini" Zulfiqar berhenti bercerita apabila tangannya digenggam erat oleh Haura. Dia memandang Haura buat seketika. Fahamlah dia bahawa Haura diselubungi rasa malu dan mahu dirinya berhenti bercerita. Namun, Zulfiqar tidak berhenti setakat itu. Malah, dia menyambung kembali ceritanya.

"selesai ceramah, hadirin mulai bersurai. Saya menggunakan masa yang ada bagi mencari wanita berjubah hijau tadi. Namun, saya gagal menemukannya. Yalah, ramai muslimah. Agak sukar bagi saya untuk mencari wanita itu.

Saya mula mengalah dan masuk ke dalam kereta.

Namun, seketika kemudian, saya terpandang wanita itu bersama ibu bapanya menuju ke sebuah kereta. Saya bersiap sedia untuk mengekori keretanya.

Sebaik sahaja sampai di rumahnya, saya meneruskan perjalanan untuk pulang ke rumah. Di rumah, saya berbincang dengan kedua ibu bapa saya tentang hasrat saya yang ingin melamar wanita itu.

Ibu bapa saya bersetuju dan kami ke rumah wanita itu untuk merisik dan melamar. Pada waktu itu, dia memperkenalkan dirinya sebagai Haura. Seorang gadis yang baru sahaja habis belajar di tingkatan 6.

Majlis pernikahan kami berlangsung dengan sangat sederhana.

Syukurlah, saya memiliki seorang isteri yang kuat pegangan agamanya. Mudah dibentuk. Inilah dia, Haura Al Maqsurah. Isteri tercinta saya." Zulfiqar memeluk bahu isterinya seraya menghabiskan sesi penceritaannya.

Laungan takbir sekali lagi kedengaran. Zulfiqar berasa sangat bahagia dengan kehidupannya sekarang. Di sisi kekasih yang pernah hadir di dalam istikharahnya. Benarlah, jodoh tidak pernah salah alamat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience