2

Other Series 3067

"Haura, sudah bersediakah untuk diijab kabulkan pada pagi ini?" soal Encik Muhammad sebaik sahaja melihat puterinya keluar dari bilik dengan mengenakan jubah putih dan tudung yang labuh.

"sudahlah abi," balas Haura sambil tersenyum.

"Alhamdulillah, cantik sungguh anak ummi hari ini. Muka tu dah dikenakan makeup ke belum?" Puan Khadijah datang menyampuk.

"hmm kalau tak makeup, tak bolehkah ummi? Haura tak berminat untuk makeup" Haura membalas soalan umminya.

"ok sahaja. Tapi, setidaknya calitlah sedikit bedak. Agar kelihatan seri pengantin. Tak gitu?" balas Encik Muhammad pula sambil menjeling ke arah Puan Khadijah. Mungkin beliau cuba meminta pendapat dari sang isteri.

"betul tu Haura. Pakailah sedikit bedak. Atau Haura mahu ummi makeup-kan?" Puan Khadijah cuba menawarkan diri untuk mengenakan makeup pada wajah puterinya itu.

"hmm sempat tak ummi? Kita kena sampai di masjid sebelum pukul 8. Haura risau tak sempat sahaja" akhirnya, Haura meluahkan kegusaran yang bermain di fikirannya.

"haish, sekarang baru pukul 6:20. Awal lagi. Lagipun, jarak rumah kita dengan masjid tu bukanlah jauh sangat. Haura dah solat subuh kan?" Encik Muhammad cuba menenangkan Haura yang kelihatan agak gelisah mengenangkan majlis akad nikahnya pada hari itu.

***

"Ya Allah, Fiqar! Kau buat apa lagi tu? Cepatlah bersiap. Orang dah nak pergi masjid ni" Puan Raudhah menegur anaknya yang kelihatan agak leka dengan telefon pintarnya.

"aduh abang. Kejap lagi tengoklah puas-puas wajah kak Haura tu. Tengok dalam handphone sahaja, buat apa? Kejap lagi, dengan sekali lafaz, in shaa Allah, tiada istilah haram untuk menatap wajah Kak Haura tau!" Syakir menyambung bebelan ibunya dengan maksud untuk mengenakan abangnya.

Zulfiqar tersenyum. Malu apabila diusik sebegitu rupa oleh adiknya, Syakir.

Begitulah Syakir. Gemar mengusik abangnya. Syakir ini lebih nakal dan banyak mulut jika dibandingkan dengan abangnya, Zulfiqar. Zulfiqar seorang yang agak pemalu dan pendiam serta suka menyendiri. Mungkin disebabkan sifat dan sikap mereka yang berbeza, Syakir gemar mengusik abangnya. Ianya sudah menjadi satu kewajipan bagi Syakir untuk mengenakan abangnya. Biasalah, hubungan adik beradik perlu diwarnai dengan usik-mengusik. Barulah ceria.

***

Setibanya di masjid, mata Zulfiqar seakan terpaku melihat susuk tubuh bakal isterinya, Haura. Tanpa disedari, mulutnya mengukir sebuah senyuman.

'Ya Allah, cantiknya dia' Zulfiqar menggumam.

"woi! Sabar-sabarlah Fiqar. Malu orang tengok" Faiz, sahabat Zulfiqar menyergahnya seraya menyedarkan Zulfiqar dari sebuah lamunan. Secara tiba-tiba, lamunannya terhenti dan dia tersenyum malu.

''Allahu akbar, apa kau ni?! Terkejut aku" Zulfiqar menyiku perut sahabatnya sebagai balasan.

"Dah, abang tu. Tengok Kak Haura sampai macam tu sekali. Dah-dah, jom masuk masjid. Nanti lagi lambat proses menghalalkan.. Betul tak, Faiz?" sekali lagi Syakir mengejek abangnya.

"Tu la fasal, Kir. Apalah abang kau ni. Harini dah nak akad nikah pun masih termenung memandang bakal isteri. Kalah cerita hindustan kalau macam ni. Setiap lamunan, sepatutnya kita pasang lagu Diwale" Faiz membalas, sengaja menambah perisa untuk mengusik Zulfiqar

***

Msuk sahaja ke dalam masjid, Zulfiqar berasa gementar. Namun, perasaan itu cuba disingkirnya dengan mengalunkan zikir, memuji Yang Esa. Ternyata, caranya itu sungguh berkesan.

'harini, aku akan menjadi suami kepada wanita yang pernah muncul dalam kuliah ilmu itu' Zulfiqar sempat bermonolog sambil sesekali menjeling memandang wajah Haura.

"kau termenung apalagi Fiqar?! Tu pak imam tu cari bakal pengantin. Pergilah, alamak!" Faiz menyiku Zulfiqar yang dilihatnya masih mengelamun entah ke mana.

Zulfiqar tesengih sekali lagi. Apalah masalah dirinya pada hari pernikahannya ini, dia pun tidak tahu. Mungkin berasa teruja kerana bakal menjadi seorang suami. Atau teruja mahu melafazkan akad? Dia sahaja yang tahu.

***

Dengan sekali lafaz, Zulfiqar telah sah menjadi seorang suami bagi Haura Al Maqsurah.

'Alhamdulillah, syukur ya Allah' lafaz syukur itu diungkapkan dari dalam hati Zulfiqar. Setelah ramai yang bersurai, mereka menggunakan masa yang ada untuk berswafoto.

Zulfiqar dan Haura masih tidak berganjak. Zulfiqar memandang ke dalam anak mata Haura. "sekarang Haura sudah sah menjadi isteri Fiqar, milik Fiqar. Selamanya.." Haura tersenyum ketika Zulfiqar melafazkan kata-kata itu.

Zulfiqar mengajak Haura mendirikan solat sunat dua rakaat sebagai tanda kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-NYA, dapatlah mereka mendirikan masjid dengan sempurna.

Haura dan Zulfiqar bergerak menuju ke ruang solat.

"Haip! Haip! Haaa, nak pergi mana tu? Relax la dulu," Syakir menyergah keduanya. Haura terasa sangat malu apabila diusik begitu oleh Syakir.

"Aihh, Syakir! Kami nak dirikan solat sunat, nak follow ke?" Zulfiqar menyoal adiknya.

"oh huhu, tafadhal!" balas Syakir dan berlalu pergi meninggalkan Zulfiqar serta Haura.

***

Selesai menunaikan solat sunat yang diimamkan sendiri oleh Zulfiqar, tangannya dihulur kepada Haura. Haura memandang sepi tangannya itu, tidak bersambut. Malu.

"Haura, I'm your husband right now" Zulfiqar berbicara dengan menggunakan bahasa inggeris. Sengaja mahu menguji isterinya yang mendapat gred tertinggi dalam ujian MUET (Malaysia University English Test).

Haura tertawa melihat kesungguhan suaminya. Namun, masih memandang tangan si suami.

Zulfiqar masih menghulur tangannya meskipun tidak bersambut.

Beberapa minit sudah berlalu. Akhirnya, Haura memberanikan diri untuk menyambut salam Zulfiqar. Diciumnya tangan itu penuh cinta. Tangan yang dimiliki oleh seorang lelaki yang akan memikul tanggungjawab sebagai suaminya.

Tanpa disedari, air matanya mengalir perlahan.

Zulfiqar kelihatan agak kaget, lalu bertanya "Haura, kenapa ni? Maafkan Fiqar kalau Fiqar terlalu memaksa Haura"

Haura tersedu-sedu menahan tangisannya agar tidak terlalu kuat.

"Fiqar, Fiqar kena bertanggungjawab atas Haura. Fiqar kena bimbing Haura. Salah silap Haura, Fiqar kena betulkan. Jangan biarkan tangan Haura menarik Fiqar ke neraka kerana Haura gagal menjadi isteri yang solehah, nanti" lancar sahaja ayat itu keluar dari mulut kecil Haura.

"tak apalah Haura. Haura dah jadi sebahagian dari diri Fiqar. Wajib ke atas Fiqar membimbing Haura. In shaa Allah sehingga ke syurga Allah kelak. Jangan menangis lagi" Zulfiqar cuba menenangkan isteri tercintanya itu. Lantas, dia cuba menghapus air mata yang mengalir di pipi Haura.

Haura berasa sungguh bersyukur  kerana dikurniakan suami yang sungguh lembut tutur bicaranya.

"tapi, Fiqar. Haura tak sempurna, macam perempuan lain. Haura tak pandai bergaya, apatah lagi bersolek. Beginilah sahaja cara Haura. Berjubah, dan bertudung", akhirnya, Haura meluahkan juga kekurangan dirinya.

"lah, itu bukan masalahnya Haura. Itu juga tidak menjamin kebahagiaan. Pada mata Fiqar, Haura dah cukup cantik. Cukuplah cantik di mata Fiqar dan bukannya di mata lelaki lain. Haura milik Fiqar seorang, bukan milik bersama. Harta Fiqar dunia akhirat" Fiqar membalas kata-kata pujukan supaya hati Haura lebih tenang. Haura kembali menguntum senyuman.

"Terima kasih, Fiqar" Fiqar tersenyum seraya membalas ucapan terima kasih dari isterinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience