7

Other Series 3067

Tepat jam 12 tengah malam, majlis pun selesai. Para hadirin ramai yang telah pulang ke rumah, begitu juga dengan Haura dan Zulfiqar.

Semasa di dalam perjalanan untuk pulang ke rumah mereka, Haura menyanyi riang. Zulfiqar hanya tersenyum apabila melihat telatah isterinya itu.

Seketika kemudian, Haura beransur diam dari mendendangkan lagu. Zulfiqar berfikir bahawa Haura telah pun letih menyanyi. Maka, dia membiarkan sahaja Haura melayan perasaannya.

"Haura, awak rasa seronok tak?" Zulfiqar menyoal apabila dia berasa agak bosan setelah suasana sepi.

Namun, tiada jawapan. Zulfiqar melirik anak matanya ke arah isterinya.

"Lah, tidur dah rupanya" Zulfiqar tersenyum sendiri apabila melihat isterinya itu. Mungkin terlalu letih. Zulfiqar pula menyanyi perlahan untuk mengusir kebosanan yang melanda dirinya.

***

"Haura, dah sampai ni. Bangunlah" Zulfiqar menggerakkan tubuh Haura untuk mengejutkan Haura dari tidurnya. Haura dilihat hanya menggerakkan badannya dan menyambung tidur semula. Zulfiqar terus menggerakkan Haura. Haura akhirnya sedar.

"Dah sampai rumah ke?" Haura yang mamai mula bertanya kepada Zulfiqar.

"ya, dah sampai rumah ni" Zulfiqar membalas.

Mereka berdua melangkah masuk ke dalam rumah. Sebaik sahaja selesai membersihkan diri, keduanya mula tidur. Esok, terdapat tanggungjawab baru yang harus dilaksanakan oleh mereka.

***

"Fiqar, bangunlah. Subuh dah ni.. Hari ni awak nak masuk kerja dah. Nanti terlambat" Haura mengejutkan Fiqar. Begitulah rutinnya setiap pagi. Mengejut Zulfiqar dari tidurnya untuk bersama-sama menunaikan solat subuh, berjemaah. Namun, Fiqar tidaklah seperti Haura. Mudah sahaja dirinya bangun dan bersiap untuk mengerjakan tanggungjawab sebagai hamba Allah.

Setelah siap mendirikan solat subuh, Zulfiqar mula bersiap-siap untuk bekerja. Dalam erti kata lain, dia perlu mencari rezeki untuk isi rumahnya.

Sementara Haura di dapur menyiapkan bekalan makanan untuk dibawa suaminya ke tempat kerja. Selain itu, dia juga menyediakan sarapan buat suami kesayangannya itu.

Secara tiba-tiba, Haura merasa dirinya dipeluk dengan kejap. Haura sedikit cemas dan mula meronta-ronta.

"Sanah helwah, Hauraku" Zulfiqar berbisik di telinga Haura. Lalu tergelak apabila melihat kekalutan Haura yang cuba melepaskan diri dari dipeluk oleh suaminya.

"Eii awak ni kenapa Fiqar? Tak malu eh?" Haura mula berasa malu. Lalu Fiqar dimarahnya. Haura tidak ingat bahawa pada hari itu merupakan hari ulang tahun kelahirannya.

"Alaa, awak kan isteri saya" Zulfiqar cuba membela diri. Dia masih lagi tersenyum-senyum memandang wajah Haura yang masih lagi terdapat sisa amarah.

"Apa senyum-senyum?" Haura masih lagi membentak suaminya.

"Ala, senyum tu sedekah. Salah ke nak sedekah dekat isteri sendiri?" Zulfiqar mula mempermainkan isterinya.

"Apa-apa sajalah Fiqar" Haura mula mengatur langkah ke meja makan sambil menatang dulang berisi air teh.

Zulfiqar mengekorinya dari belakang. Tawanya masih lagi tersisa. Seronok rasanya mengenakan isteri sendiri.

"Eii tak payahlah senyum kat saya!" Haura berasa sebal apabila melihat senyuman Zulfiqar. Jelas, lelaki itu mengejeknya.

"Apa?" Zulfiqar bertanya seakan-akan tidak bersalah. Namun, dia tidak dapat menahan tawanya. Lantas, terburai juga gelak ketawanya di hadapan Haura. "Senyum pun tak boleh" Zulfiqar menyambung.

"Eiiii" Haura mencubit2 badan suaminya akibat terlalu geram bila dipermainkan oleh Zulfiqar.

"Wey, sakitlah! Aduhhh" Zulfiqar mengaduh kesakitan apabila tubuhnya menjadi sasaran cubitan Haura. Hilang tawanya namun, senyumannya masih lagi tersisa.

"Haa padan muka awak" jelas kepuasan terpapar pada wajah Haura apabila dia dapat mencubit badan suaminya.

Zulfiqar mula mengambil tempat di hadapan Haura. Dia menjamah nasi goreng yang disediakan oleh isterinya.

"Allahu" Zulfiqar menekan-nekan perutnya.

"Kenapa Fiqar?" Haura kelihatan panik apabila melihat suaminya seakan-akan menanggung kesakitan.

"Tak, awak ni bukan sahaja cantik, comel pula tu. Dahtu, nasi goreng ni sedap. Boleh tak saya nak bawa bekal?" Zulfiqar sekali lagi mengusik isterinya. Suka benar dia mengenakan isterinya itu.

"Ya Allah, stress saya dengan awak ni" Haura mencebik. Dia bangun dan menuju ke bahagian dapur.

"Laa temanlah saya makan" Zulfiqar cuba memujuk Haura untuk menemaninya. Pada fikirannya, Haura merajuk apabila sering diusik olehnya.

"Kejaplah Zulfiqar. saya nak ambik bekas. Nak isi nasi goreng ni. Nak bagi awak bawa bekal. Nanti lapar pula" Haura memberikan penjelasan.

Zulfiqar tersenyum melihat gelagat Haura yang sangat mencuit hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience