16

Other Series 3067

Seminggu berlalu. Seminggu jugalah Zulfiqar menunaikan solat istikharah meminta petunjuk Allah berkaitan mimpinya.

***

"Hmm bakpe mung nok jupe aku" Nashrul bertanya sebaik sahaja air yang dipesannya tiba di meja.

"Wi aku minum dululah" Zulfiqar membalas sambil menyedut airnya.

"Haritu, aku mimpi" Zulfiqar memulakan ceritanya.

"Mimpi?" Nashrul bertanya ingin tahu. "Mimpi mende lagi mung ni? Nok tamboh bini ke?" sambungnya lagi seraya bergurau.

"Ehh dok. Aku mimpi, aku pakai serba putih.. Aku tunggang kuda putih.. Suasana waktu tu cukup bising. Laungan takbir bergema di mana-mana." Zulfiqar berhenti seketika sambil menyedut minumannya.

"Mung reti ke tunggang kuda?" Nashrul bertanya.

"Dok weh. Aku dok reti tunggang kuda. Tapi dalam mimpi tu, aku mahir. Aku pegang pedang. Kuda aku warna putih. Aku pancung ramai orang. Darah menyimbah di mana-mana.. Tangan kiri aku, aku pegang bendera yang tertera kalimah Laa ila ha illallah" Zulfiqar menamatkan ceritanya.

"Aku rasa mimpi mung ni perintah Allahlah" Nashrul menyuarakan pendapatnya.

"perintah apa?" Zulfiqar bertanya kehairanan.

"Allah suruh mung g perang. Aku rasalah. Try istikharah" Nashrul memberi kata putusnya.

"Aku istikharah dah. Sebab tu, aku jumpa mung. Nak istisyarah (perbincangan)" Zulfiqar membalas.

"Oh, kalau gitu mung tunggu petunjuk Allah hok lain la boh" Nashrul memberikan buah fikirannya.

"Masalahnya, Haura sarat mengandung" akhirnya terluah juga kekacauan hatinya.

"Itu bukan masalah boh. Perintah Allah bukanlah satu masalah. Yakinlah, Allah itu ada" Nashrul menenangkan kegalauan hati sahabatnya.

***

Kata-kata Nashrul terngiang-ngiang di telinganya. Zulfiqar bangkit dari pembaringan. Direnung wajah isteri di sebelahnya. Dia bangun dan menuju ke kamar mandi. Solat sunat hajat didirikan sesempurna yang mungkin.

Di sujud terakhirnya, untaian demi untaian doa dipanjatkan ke hadrat Ilahi.

"Ya Allah, aku tak faham apakah erti mimpi tu. Aku merayu, berilah kefahaman kepadaku supaya aku mampu menunaikan perintah-Mu, Ya Allah.. Peliharalah nyawa yang berada di dalam rahim isteriku ya Allah. Jadikan mereka kuat dengan setiap ujian-Mu.. Berikan kami kesabaran dalam menghadapi pelbagai kesulitan" air matanya mengalir lebat. Dia benar-benar memohon petunjuk Ilahi.

Selepas memberi salam, dia menuju ke katil dan cuba untuk melelapkan matanya.

***

"Abang, dah subuh ni" Zulfiqar dikejutkan oleh Haura.

"Hmmm" Zulfiqar membalas malas. Namun, dia bangun juga dan membersihkan diri sebelum mengambil wudhuk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience