4

Other Series 3067

"Fiqar, awak ok ke?" entah mengapa, soalan itu tiba-tiba sahaja terpacul dari mulut kecil Haura. Dia berasa sedikit hairan apabila melihat Zulfiqar asyik termenung sehingga tidak menyedari kehadirnnya.

"Oh, Haura! Saya ok sahaja, mengapa?" Zulfiqar kembali bertanya seraya mematikan lamunannya.

"taklah, saya tengok awak seolah-olah sedang memikirkan sesuatu. Taknak kongsi dengan saya?" Haura cuba berbasa-basi bersama suaminya. Meskipun dirinya masih lagi terasa malu, namun dia cuba memberanikan diri untuk berbual bersama suaminya.

"Eh, sy ok sahaja. Cuma terkenangkan peristiwa-peristiwa lalu, sebelum kita diijabkabulkan" balas Zulfiqar sambil mencuit dagu isterinya. Haura tertawa dengan tindakan suaminya itu. Jelas, wanita itu sedang berbahagia.

"betulkah? Apa yang awak kenangkan? Marilah berkongsi" Haura masih cuba memujuk suaminya untuk bercerita.

"Baiklah. Haura, awak pernah tak terfikir macam mana saya boleh datang ke rumah awak, melamar awak? Awak kenal saya tak waktu tu?" Zulfiqar bertanya.

"Entahlah, Fiqar. Saya tak pernah pun kenal awak. Nama awak pun, saya baru sahaja tahu. Tu pun sewaktu awak datang melamar saya. Macam mana hati awak tergerak untuk melamar saya? Awak kenal saya ke sebelum ni?" Haura bertanya. Sungguh, Haura juga hairan bagaimana Zulfiqar boleh melamarnya sedangkan mereka tidak pernah kenal.

"Saya pun tak tahu dari mana datangnya keberanian untuk melamar awak. Saya hanya mencuba nasib." balas Zulfiqar

"maksud awak?" Haura berasa tidak senang dengan jawapan Zulfiqar yang dilihatnya tidak bersungguh-sungguh menjawab pertanyaan Haura.

"Okey, macam ni Haura. Waktu saya belajar dahulu, rata-rata rakan saya sudah pun bernikah. Ada isteri dan ada juga yang telah mempunyai anak" Zulfiqar mula bercerita.

"Oh, lepas tu?" Haura kelihatan tidak sabar mahu mendengar cerita daripada suaminya.

"Lepas tu? Lepas tu saya cuba mengurat gadis Mesir. Namun di reject. Terpaksalah saya melamar awak" Zulfiqar cuba bergurau. Sengaja ingin melihat riak perubahan isterinya.

"Oh..." Ada nada kecewa pada ungkapan Haura.

"Kesiankan saya ni?" Zulfiqar cuba menyambung kata semata-mata ingin melihat riak cemburu. Namun, hampa. Haura masih selamba meskipun terdapat nada kecewa dalam ungkapannya.

"Awak.. Awak tak cemburukah, Haura?" Zulfiqar bertanya sebaik sahaja melihat Haura diam membatu.

"Tak pun. Sebab takdir Allah, awak menjadi suami saya, bukan suami perempuan Mesir itu" Haura membalas seraya tersenyum. Bijaknya Haura menyembunyikan rasa cemburu yang mula bersarang dalam hatinya.

"nanti kita borak lagi eh. Saya nak ke luar rumah dulu. Nak tengok Jack" ujar Haura meminta diri. Jack merupakan seekor kucing peliharaan Haura. Haura amat menyukai kucing. Mungkin disebabkan dia merupakan anak tunggal, maka dia memilih kucing untuk menemaninya di rumah.

***

"Jack, awak tahu tak? Saya sedang bersedih ni. Fiqar tu.... Fiqar tu dia pilih saya sebab perempuan Mesir tolak dia" akhirnya, air mata Haura tumpah juga.

Berkata Saidina Ali, perempuan mampu menyembunyikan rasa suka bertahun lamanya. Namun, perempuan tidak mampu menyembunyikan rasa cemburu walaupun sesaat.

Kata-kata Haura itu didengari dengan jelas oleh Zulfiqar. Haura tidak menyedari kehadiran suaminya. Kedudukan Zulfiqar agak tersorok. Namun, Zulfiqar masih mampu mendengar segala luahan Haura dengan jelas.

Jack hanya mengeow, seolah-olah mengerti kekecewaan yang melanda Haura.

Zulfiqar berasa serba salah. Lantas, dia menghampiri Haura. Dipeluknya tubuh Haura dari belakang. Haura terkejut, lantas berpalimg dan menampar wajah suaminya. Seketika kemudian, Haura beristighfar. Dia terlupa bahawa Zulfiqar adalah suaminya yang sah dan halal untuk disentuh. Zulfiqar memegang pipinya yang merah akibat ditampar oleh Haura.

"Awak.. Awak, saya minta maaf. Saya.. Saya..," Haura kelihatan agak panik bercampur takut. Keadaan menjadi serba tidak kena.

Zulfiqar tertawa. Geli hati melihat kelakuan Haura yang sangat mencuit hatinya.

"tak apa Haura, saya faham. Saya nak minta maaf" Zulfiqar meminta maaf dari isterinya akibat keceluparan mulutnya bermain kata sehingga menyebabkan Haura berasa cemburu.

Haura masih diam. Dirinya diselubungi rasa bersalah. Berkali-kali dia beristighfar. Perlahan-lahan, wajah suaminya diusap. Dia juga meminta maaf kerana menampar wajah suaminya dengan kuat.

"Hmm awak, malam ni awak tak payah masaklah. Kita makan kat luar. Pakai cantik-cantik tau" Zulfiqar bersuara dengan tujuan ingin menjernihkan semula keadaan.

"Alah, saya tak suka makan kat luar. Saya nak masakkan untuk awak. Saya suka memasak, ianya tak menjadi beban untuk saya pun" Haura cuba membantah.

"Alaa, bolehlah Haura. Malam ni sahaja. Saya nak dinner dengan awak. Saya nak bawak awak pergi satu tempat makan yang paling sedap dalam Malaysia. Dijamin halal," Zulfiqar berusaha memujuk isterinya sambil mengangkat ibu jari sebagai tanda bahawa tempat makan itu benar-benar sedap.

"Hmm baiklah. Jaga mata ok? Awak dah beristeri tau!" Haura mengingatkan suaminya. Jelas, dia masih cemburu.

"Haha iya, bidadariku. Awak sahaja yang ada dalam hati saya sekarang walaupun saya berkuasa untuk beristeri empat" Zulfiqar sempat berseloroh.

"Hmm lelaki. Tak cukup satu. Gatal. Bencilah Fiqar ni" Haura kembali merajuk. Hatinya geram dengan usikan suaminya. Yalah, mula-mula digelar bidadari, selepas itu mengingatkan pula tentang keistimewaan lelaki yang boleh beristeri empat. Hati manalah yang tidak bengang.

"alaa, Fiqar gurau sahaja. Taklah, Fiqar ada Haura seorang sahaja. Tak naklah benci-benci. Tak baik. Janganlah merajuk lagi. Makin comel pula bila Haura Al Maqsurah binti Muhammad, isteri kepada Muhammad Zulfiqar bin Abdul Rauf ni bila merajuk," Zulfiqar cuba memujuk buah hatinya.

"Sweet talker!" Haura membalas. Dia ingin tertawa, tapi cuba disembunyikan. "Taknak keluar malam ni. Fiqar dinner la dengan Jack. Haura malas" Haura menyambung rajuknya.

"Alaa, orang perempuan ni asyik merajuk sahaja. Susah pula mahu memujuk. Tak sweet la dinner dengan Jack. Jack pun nak dating dengan kucing jiran sebelah malam ni" Zulfiqar masih cuba memujuk isterinya.

"Eiiii Fiqar ni! Ok la. Malam nanti kita keluar dinner tau" Haura tertawa juga akhirnya.

"baik Hauraku" Zulfiqar tersenyum melihat gelagat manja isterinya. Mudah sahaja proses memujuk Haura. Belum pun 5 minit, Haura sudah pun mampu mengukir senyuman.

"Dah pukul 6:30 la Fiqar. Haura naik dululah. Nak pilih baju. Maklumlah, first time nak keluar meeting" Haura meminta izin untuk naik ke rumah.

"meeting?" Zulfiqar bertanya, pelik.

"Alaa, saja.. Maksud Haura, datinglah, Fiqar" Haura tertawa lucu apabila melihat kekeliruan yang melanda suaminya.

Zulfiqar tersenyum dan memandang Haura yang berlalu ke dalam rumah.

'Manja rupanya Haura ni. Syukurlah, aku beristerikan perempuan yang comel, baik agamanya, mudah dibentuk. Ya Allah, sungguh. Aku bahagia. Dia juga mampu menerima kekuranganku yang hanya menyediakan rumah kecil ini untuk kami berdua. Tiada mesin basuh seperti orang lain. Tiada televisyen, seperti keluarga lain. Namun, dia masih mampu menerimaku dan sangat mentaatiku. Ku harap, segalanya bukanlah lakonan semata-mata. Ya Allah, pelihara hubungan kami' Zulfiqar bermonolog sendiri. Tanpa diserinya, air mata kesyukurannya mengalir di pipi. Dia benar-benar berharap bahawa Hauralah jodohnya yang paling tepat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience