8

Other Series 3067

"Assalamualaikum, semua!" Zulfiqar memberi salam sebaik sahaja kakinya melangkah masuk ke dalam kelas 3 Muhammad.

3 Muhammad menempatkan sekumpulan kanak-kanak yang berusia 9 tahun di sebuah pondok pengajian Islam.

"Ustaz, ustaz. Nama ustaz siapa?" Seorang kanak-kanak lelaki bertanyakan namanya.

"Haa, nama ustaz Muhammad Zulfiqar. Panggil ustaz Fiqar. Nama awak pula?" Fiqar cuba menjalankan proses suai kenal memandangkan itu merupakan hari pertamanya mengajar di kelas 3 Muhammad.

Zulfiqar mengajarkan subject Sirah. Dia menceritakan sirah-sirah perjuangan Rasulullah. Segala peperangan yang disertai oleh Rasulullah cuba dikupas dengan baik oleh Zulfiqar. Para pelajarnya mendengar segala yang diceritakan oleh Zulfiqar. Mereka tertarik dengan sirah yang disampaikan oleh Zulfiqar.

"Huishhhh, jahatnya Abu Lahab" Salah seorang pelajarnya, Azril memberikan komen berdasarkan cerita yang disampaikan.

"Ha, dia memang jahat sebab dia nak bunuh Rasulullah. Kita pun akan jadi jahat kalau melawan Rasulullah" Zulfiqar membalas kata-kata Azril.

"Aik, ustaz?" Amalia pula tertanya-tanya kebingungan.

"Haa, kenapa Alia?" Zulfiqar kembali bertanya kepada Alia.

"Rasulullah kan dah wafat. Macam mana kita nak lawan Rasulullah?" Amalia mengutarakan kekeliruan yang melanda dirinya.

"Lawan ni banyak cara, Alia. Zaman Rasulullah dan para sahabat, golongan kuffar akan berperang dan menyerang Rasulullah. Zaman sekarang, kalau tinggal solat, tinggal puasa, dedahkan aurat, kiranya kita melawan Rasulullah.. Berdosa besarlah kita" Zulfiqar menjelaskan kekeliruan pelajarnya.

"Oh, kalau kita pukul anak kucing pun maksudnya kita lawan Rasulullah ke ustaz?" Zakwan bertanya.

"Yalah, Rasulullah sayang kucing. Kita kenalah sayang kucing juga. Betul tak ustaz?" Amir menjawab soalan yang diutarakan oleh Zakwan.

"Haa, pandai Amir. Betullah tu. Ok baiklah, semua dah faham. Boleh kita buat latihan?" Zulfiqar cuba menghentikan perbualan dengan para pelajarnya.

"Boleh!" Para pelajarnya menjawab serentak.

***

"Haa, macam mana mengajar hari ni? Seronok?" Haura menyoal sambil menyambut beg yang dibawa suaminya.

"Seronok. Tapi letih jugalah bermain dengan budak-budak ni" Zulfiqar membalas. Dia mempunyai masa setengah jam lagi untuk berehat sebelum menunaikan solat Zohor berjemaah dengan isteri kesayangannya.

"Haura, saya nak tanya sikit" Zulfiqar meminta izin untuk bertanya sesuatu kepada isterinya.

"Ya?" Haura menghentikan langkahnya yang baru diatur untuk ke dapur.

"Awak panggil saya abang, boleh?"Zulfiqar sebenarnya sudah lama menginginkan dirinya dipanggil begitu oleh Haura.

"Oh, boleh je awak" Haura membalas.

"Ala, taknak awak" Zulfiqar bersuara seakan-akan sedang merajuk.

"Silap, silap. Boleh abang" Haura tersenyum apabila menyebut perkataan 'abang'. Manakala Zulfiqar tertawa apabila melihat isterinya seakan-akan malu untuk menyebut perkataan itu.

"Abang laparlah Haura. Jom makan dulu. Lepastu kita solat" Zulfiqar mengekori isterinya ke dapur.

Haura mendiamkan diri. Dia menyenduk nasi ke dalam pinggan suaminya.

"Wahh, sedapnya. Awak masak semua ni?" Zulfiqar seakan teruja apabila melihat ayam bakar yang terhidang di atas meja.

"Yalah. Ayam ni awak beli semalam. Saya risau kalau tak masak, busuk pula nanti" ujar Haura.

"This is my favourite" Zulfiqar membalas sambil menadah tangan membaca doa. Lalu mereka makan bersama-sama.

***

Selesai menunaikan solat zohor berjemaah, Haura membantu suaminya menyiapkan soalan-soalan untuk diberikan kepada para pelajar pada keesokan harinya.

"Abang, students abang tu semuanya budak-budak ke?" Haura menyoal dengan niat untuk berbual sahaja.

"Yalah sayang. Umur 7 hingga 9 tahun. Seronok mengajar dorang ni. Banyak sangat soalan. Lagi-lagi kalau bercerita tentang sirah Rasulullah.. Bila abang tanya, siapa nak jadi macam Salman Al Farisi, hampir semua angkat tangan. Haha seronok" Zulfiqar membalas soalan suaminya.

"Eiii bestnya. Mesti comel-comelkan abang?" Haura bertanya lagi. Haura sangat meminati anak-anak kecil.

"Mestilah comel" Zulfiqar menyokong tekaan isterinya.

***

Dua tahun telah berlalu.

"Uwerkkkkkkkkk" Haura muntah pada waktu malam. Zulfiqar yang sedang tidur berasa risau akan kesihatan isterinya. Dia menemani isterinya yang berada di tandas.

"Haura, sayang... Awak ok tak ni. Jom pergi hospital" Zulfiqar memegang bahu isterinya.

"Taklah abang, sikit saja ni" Haura membalas kata-kata suaminya. Dia cuba menghilangkan kegusaran yang mula bersarang di hati suaminya.

"Hurmm sayang. Esok abang cuti, kita pergi hospital tau" Zulfiqar menarik isterinya dan masuk semula ke dalam bilik. Diseka air mata isterinya.

Keduanya tidur semula, namun tidak nyenyak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience