13

Other Series 3067

"Assalamualaikum" Zulfiqar memberi salam sebaik sahaja tiba di rumahnya. Tidak lama kemudian, Haura muncul untuk membuka pintu seraya menjawab salamnya.

"Abang nak solat dulu ke makan dulu?" Haura menyoal suaminya.

"Abang nak solat dululah.." balas Zulfiqar sambil membuka kasutnya sebelum masuk ke dalam rumah.

Haura menutup pintu sebaik sahaja suaminya menaiki tangga untuk membersihkan diri dan menunaikan solat zohor.

Makanan yang dimasak telah pun siap dihidangkan. Sementara menanti suaminya untuk turun bagi menjamu selera, Haura mendengar bacaan-bacaan ayat suci Al Quran sekaligus menguji hafalannya.

"Jom, Haura" Zulfiqar mengajak Haura untuk bersama-sama menikmati makan tengahari sebaik sahaja bacaan surah Al Rahman yang didengari Haura berakhir.

Haura membalas ajakan suaminya dengan menghadiahkan seulas senyuman.

"Abang nak Haura suapkan, boleh tak?" Zulfiqar bertanya, sengaja menguji isterinya.

"Eh, dah nak jadi ayah pun mengada lagi?" Haura membalas soalan suaminya. Sengaja mengelak

"Perempuan boleh masuk syurga mana-mana je selagi dia taat Allah, Rasul dan?" Zulfiqar memulangkan paku buah keras kepada Haura sambil keningnya diangkat.

"Baiklah, baiklah. Abang nak makan lauk yang mana?" Haura membalas apabila menyedari bahawa dirinya mungkin akan tergolong dalam golongan isteri yang derhaka.

"Semualah yang isteri abang masak" Zulfiqar membalas sambil tersenyum kemenangan.

"Eleh, kejap Haura ambil pinggan" ujar Haura dan mula bangun untuk mengambil pinggan.

"Laa tak payahlah.. Gunalah pinggan Haura" Zulfiqar menghalang dengan nada merengek.

"Kenapa? Takkan nak share?" bidas Haura.

"Lah, kenapa tak boleh share? Bukan orang lain, suami sendiri kan? Takkan geli kot dengan abang? Hurmmm" Zulfiqar seakan-akan merajuk dengan perlakuan Haura.

"Ok, Haura ambik sudu untuk abang?" Haura bersuara lembut untuk memujuk hati suaminya yang mungkin terasa dengan keterlanjurannya.

"Taknak sudu. Nak tangan Haura.. Makan guna tangan tu sunnah, tau sayang?" Zulfiqar kembali mengusik isterinya sambil mengenyit matanya apabila menyebut perkataan sayang itu. Suka hatinya melihat Haura yang tidak tentu arah apabila diusik begitu.

"Tapi, tu guna tangan sendiri, bukan tangan orang" sempat juga Haura membidas kenyataan Zulfiqar.

"Haha!" Zulfiqar tertawa besar apabila melihat perubahan pada raut wajah isterinya. Dalam malu-malu, sempat juga dia membidas kenyataan Zulfiqar. Namun, dia tetap duduk dan menyuapkan rezeki Allah itu kepada suaminya.

***

"Are you ready, abang?" Haura bertanya Zulfiqar sebaik sahaja mereka selesai menunaikan solat Asar berjemaah.

"Ready apa?" Zulfiqar bertanya kebingungan.

"Alaa tadi, abang cakap nak suruh Haura drive pergi Masjid An-Nuur" Haura mencebik apabila suaminya seolah-olah terlupa akan persetujuan mereka.

"Ala, abang tak ready la.. Haura bawa kereta nanti sampai ke syurga terus. Tak sempat singgah Masjid An-Nuur" Zulfiqar ketawa sebaik sahaja melihat Haura yang tersentak dengan kenyataannya itu.

"Abang, saya tengah mengandung ni. Abang suka pula buat saya macam ni. Abang tak faham ke perasaan ibu mengandung?" Haura tiba-tiba menangis. Entah mengapa, hatinya begitu terluka dengan gurauan suaminya.

"Ala, abang gurau je" Zulfiqar cuba memujuk walaupun dia tidak pandai.

"Bencilah abang" Haura mula membuka telekungnya. "Tak nak ikut!" sambungnya lagi.

"Alaa, jangan merajuk. Abang dah iron baju Haura pakej dengan tudung sekali. Tiba-tiba taknak ikut abang pula?" Zulfiqar masih cuba mengayat isterinya.

"Baju apa abang iron?" Haura seakan tertarik apabila Zulfiqar memberitahu bahawa dia telah siap menggosok baju isterinya.

"Tengoklah sendiri. Taknak kawan Haura" ujar Zulfiqar sambil mengejek rajuk isterinya.

Haura melangkah ke almari pakaiannya. Dia melihat baju mengandung yang baru dibeli suaminya dan sehelai selendang beserta sehelai purdah.

"Ni ke abang?" Haura menyoal suaminya dengan nada teruja. Dia sangat menyukai warna jubah itu, hijau zamrud. "Cantik" sambungnya lagi.

"Alah, kalau orang cantik pakai apa pun cantik" Haura terdiam sebaik sahaja Zulfiqar membalas soalannya. "Ya, yang tu la. Cepatlah siap, takkan nak suruh abang siapkan kot?" sambungnya lagi. Sengaja menyiram minyak di bara hati isterinya.

Haura mencebik dan mula bersiap.

"Manalah Haura ni. Takkan lama sangat bersiap" Zulfiqar berkata-kata sendiri setelah 30 minit telah berlalu. Dia mendaki tangga dan memasuki biliknya.

"Ya Allah, Hauraaaaaaa! Termenung apa lagi?" Zulfiqar seakan-akan geram dengan sikap Haura yang masih duduk membatu walaupun telah siap mengenakan tudung.

"Abanglah, kenapa taknak pujuk Haura?" ujar Haura. Air matanya mula mengalir.

'Aduh, kerenah orang mengandung memang macam ni agaknya' Zulfiqar tersenyum. Tidak jadi ingin memarahi isterinya. Lantas, dia menyusun langkah mendekati isterinya. Tangan isterinya dipegang dan dicium penuh kasih. "Sayang, malam ni abang ada ceramah. Kita pergi eh? Esok lepas kelas, kita shopping barang baby. Deal?" sambungnya lagi.

Haura tersenyum. Dia membelai wajah Zulfiqar dan mengangguk tanda bersetuju. Zulfiqar juga ikut tersenyum memerhati gelagat isterinya.

***

"Assalamualaikum, ustaz!" Zulfiqar dan Haura disapa oleh seorang remaja sebaik sahaja tiba di perkarangan Masjid An-Nuur.

"Waalaikumsalam" balas Zulfiqar sambil tangannya dihulur seraya bersalam.

"Nama saya Aiddin. Ada masalah sikit ustaz dengan Masjid An Nuur ni. Sound system ada masalah. Jadi pihak penganjur minta ustaz buat di dewan sana. Boleh ustaz?" ujar remaja itu seraya menyatakan tujuannya.

"Boleh, boleh. Tak ada masalah" Zulfiqar tersenyum sebelum remaja itu meminta diri untuk memasuki masjid bagi melaungkan azan maghrib.

***

Setelah selesai menunaikan solat maghrib, Haura dan Zulfiqar bergerak menuju ke kereta. Mereka kemudiannya ke dewan yang dimaksudkan oleh remaja tadi.

Dari jauh, kelihatan ramai golongan remaja sedang bersiap sedia untuk mendengar ceramah. Tidak kurang juga golongan muslimah yang duduk secara berbaris menunggu ceramah yang bakal disampaikan oleh Zulfiqar.

"Assalamualaikum w.b.t. Nama saya Zulfiqar. Di sana isteri saya, yang memakai jubah hijau tu. Bolehlah berkenalan. Tapi, perempuan jelah, lelaki jangan nak mengada" Zulfiqar memulakan ucapannya, sempat juga dia bergurau. Ucapannya disambut dengan gelak tawa daripada hadirin yang hadir.

"Baiklah, malam ni saya akan mengupas cerita tentang dajjal al masih..

Dajjal ni seorang lelaki. Macam mana dia boleh lahir? Haa ni saya nak cerita ni.. Mak dia jin betina, ayah dia manusia.. Mereka berzina, maka lahirlah dajjal..

Ciri-ciri dajjal antaranya ialah, mata kirinya kecut macam kismis. Mata kanan buta.. Dia tinggi.. Rambutnya kerinting. Kalau tengok dari belakang, sebiji macam pokok yang rendang.. Di dahinya ada perkataan 'kafir' dalam tulisan jawi. Kaf, fa, ra, kafir. Perkataan 'kafir' ni boleh dibaca oleh orang yang tak mampu membaca jawi.

Dajjal sekarang dikurung di sebuah pulau.. Ini hadis, perawinya Fatimah. Pada satu hari, ada seorang Nasrani bertemu Rasulullah, namanya Tamim ad Dari. Tamim ni pelayar dan dia berlayar dengan kawan-kawan dia. Kapal yang mereka naiki itu menghadapi laut yang bergelora menyebabkan kapalnya terumbang ambing dan akhirnya terdampar di sebuah pulau.

Di pulau itu, mereka berjalan-jalan sebelum ditegur oleh seekor haiwan yang memperkenalkan dirinya sebagai 'Al jassasah'. Al jassasah ni berbulu lebat sehinga tak tahu mana kepala dan mana ekornya. Dia mengaku, dia adalah haiwan yang diutus Allah untuk menjaga dajjal yang dikurung dalam gua

Tamim Ad Dari dan kawan-kawan dia pun pergilah ke gua yang dimaksudkan oleh Al Jassasah. Terkejutnya mereka bukan kepalang apabila melihat lelaki yang cukup hodoh. Maka, berlakulah soal jawab antara Tamim ad Dari dengan Dajjal" Zulfiqar memandang wajah-wajah di hadapannya. Mereka kelihatan berminat akan topik yang dibawanya.

"Ustaz, saya dari agama Kristian. Boleh saya tanya soalan?" secara tiba-tiba ada seorang lelaki bangun dan mengajukan soalan kepada Zulfiqar.

"silakan" Zulfiqar membalas.

"Kenapa Nabi Muhammad dianggap Rasul akhir zaman sedangkan Nabi Isa yang turun dan bunuh dajjal? Jelas, Islam terpesong. Hanya Kristian rahmat untuk semua" pemuda itu dengan bangganya menghina Islam.

"Awak anak bongsu atau anak sulong?" Zulfiqar menyoal pemuda itu dengan wajahnya yang masih tenang.

"Sulong, ustaz. Jawablah soalan saya tu kalau Islam memang agama yang benar" pemuda itu mula tertawa mengejek.

Haura berdoa supaya Allah menganugerahkan ilham kepada suaminya untuk membela Islam.

"Kalau adik awak mati, adakah awak akan menjadi anak bongsu?" Zulfiqar bertanya semula tanpa menjawab soalan pemuda itu.

"Apa pula? Saya anak sulong, saya tetap jadi anak sulong walaupun adik bongsu saya mati" pemuda itu masih tertawa mengejek.

"ya! Itulah jawapannya. Walaupun Muhammad telah wafat ianya tetap menjadi Rasul akhir zaman. Nabi Isa hanya membawa syariat Muhammad" Zulfiqar membidas kenyataan pemuda itu.

"Dalam Al Quran, Nama Nabi Muhammad diulang sebanyak 5 kali sahaja, tapi Nabi kami (Isa) diulang sebanyak 25 kali. Jelas, Al Quran juga memuliakan Nabi Musa lebih dari Muhammad!" dengan ketidakpuasan hati, lelaki itu mula mengajukan soalan yang lain dengan niat mahu menaikkan amarah Zulfiqar.

"Wahh, syabas!" ujar Zulfiqar sambil menepuk tangannya. "kamu kaji Al Quran dengan sangat detail. Sudah pasti kamu juga mengkaji Bible. Tetapi, dalam Bible nama syaitan lebih banyak diulang daripada Nabi Isa. Adakah syaitan lebih mulia dari Nabi Isa?" sambungnya lagi.

Kelihatan pemuda Kristian itu terdiam dan membuang pandangannya ke arah lain.

"Baik, macam mana pula dengan ini. Saya sembah barang yang saya nampak, macam patung. Tapi orang Islam sembah Allah yang mereka sendiri tak nampak. Macam mana tu ustaz? Allah sebenarnya ada ke tak?" bangkit pula pemuda cina. Mungkin agamanya, Buddha.

"Macam mana dengan keadaan ini. Seorang yang berambut panjang dan tak pernah berusaha mencari tukang gunting rambut, menyalahkan tukang gunting kerana baginya tukang gunting rambut itu tidak wujud. Awak setuju dengan kenyataan si rambut panjang itu?" ujar Zulfiqar sambil tersenyum.

"Lelaki yang berambut panjang tu yang gila! Sepatutnya dia cari tukang gunting rambut.. Tukang gunting rambut tu wujud, tapi lelaki tu yang tak cari.. Memang tak jumpalah, cerita dia!! Saya tanya lain, bukan fasal tukang gunting rambut!" berang dengan jawapan Zulfiqar, lelaki itu mula naik angin.

"Ya, manusia yang tidak mencari Allah adalah manusia yang gila. Tak pernah cari Allah, tiba-tiba cakap Allah tu tak wujud. Gila kan?" Zulfiqar membidas kenyataan lelaki itu. Masih tenang wajahnya.

Lelaki cina dan pemuda Kristian itu mula bangun dan meninggalkan kuliah maghrib yang disampaikan oleh Zulfiqar.

Bangkit pemuda Islam yang berserban. Dia mengangkat tangannya sejurus bertakbir "Allahu akbar!". Laungannya disambut oleh hadirin yang hadir. Laungan takbir gegak gempita menghiasi dewan. Zulfiqar tersenyum kesyukuran. Benar, wajah-wajah pemuda di hadapannya adalah golongan yang bertanggungjawab meneruskan perjuangan Rasulullah dalam meningkatkan martabat Islam dalam Malaysia pada hari ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience