15

Other Series 3067

"Ustaz!" dari jauh, kelihatan Amir berlari anak menuju ke arah Zulfiqar.

Zulfiqar tersenyum menanti kehadiran pelajarnya. Haura yang berada di sebelahnya turut tersenyum sambil menanti kehadiran Amir.

"Kenapa?" Zulfiqar mula bertanya sebaik sahaja Amir berada di hadapannya.

"Ustaz, betul ke Baitulmaqdis tu kota suci umat Islam?" Amir bertanya.

"Betul, kenapa?" Zulfiqar hanya melayan pertanyaan anak muridnya. Haura tersenyum melihat telatah Amir.

"Oh, sekarang Yahudi nak ambik Baitulmaqdis kan ustaz? Abah saya cerita semalam" Amir mengutarakan pendapatnya.

"Amir, jom kita duduk sana" Haura mencelah dan menuding jari ke arah sebuah kerusi yang terdapat di situ.

"Ha, Amir pergi dulu. Nanti ustaz pergi juga. Ustaz nak beli keropok kejap. Boleh?" Zulfiqar bertanya sambil memandang wajah polos kanak-kanak itu.

"Boleh" Amir membalas perlahan.

"Haura pun pergilah dengan Amir" ujar Zulfiqar yang faham akan keadaan isterinya yang sedang sarat mengandung.

Haura senyum seraya membalas ujaran Zulfiqar. Dia menarik tangan Amir dan menuju ke kerusi yang dimaksudkannya tadi.

***

"Nama awak Amir ke?" soal Haura sengaja memancing perhatian Amir untuk berbual.

"A ah ustazah. Nama saya Amir. Umur saya sembilan tahun. Saya sayang ulamak" Amir membalas soalan Haura dengan ramah. "Ustazah, kalau Ustaz Fiqar mati, macam mana?" sambungnya lagi.

"Ha? Kenapa Amir tanya macam tu?" Haura tersentak.

"Saja. Saya nak jadi tentera Al Qassam bila dah besar nanti. Saya nak bebaskan orang-orang Palestine. Nak jadi tentera Imam Mahdi. Nak perang" Amir membalas soalan Haura, bersahaja.

"Aih, borak apa ni?" sampuk Zulfiqar sebaik sahaja tiba di situ.

"Haa, sambung ustaz" tanpa menghiraukan soalan Zulfiqar, Amir bertanya mengenai tujuan asalnya.

"Sambung apa?" Zulfiqar bertanya kehairanan.

"Betul ke Yahudi nak ambik Baitulmaqdis?" Amir bertanya sekaligus mengingatkan Zulfiqar tentang soalannya.

"Ya, Amir. Sekarang, tentera-tentera zionis Israel cuba rampas Baitulmaqdis dari orang-orang Islam" Zulfiqar membalas.

"Oh, besar nanti saya nak jadi Al Qassam. Nak perang juga ustaz. Boleh ke ustaz?" Amir bertanya dan meminta pendapat ustaznya. Haura tersenyum melihat telatah Amir.

"Eh, mestilah boleh. Amir berani ke?" Zulfiqar bertanya seraya menguji anak muridnya itu.

"Beranilah. Kalau mati kan syahid. Boleh jumpa Allah.. Seronoknya!" Amir membalas dengan penuh semangat sambil menepuk tangannya berkali-kali.
Perbuatan Amir itu menghiburkan Haura dan Zulfiqar. Mereka tertawa serentak.

"Comel" ujar Haura sambil mencubit pipi Amir.

"Eh, dah pukul 6 ni. Saya balik dulu ustaz" Amir menghulur tangannya untuk pulang ke rumah.

"Eh, ustaz hantar. Jom" Zulfiqar mengajak Amir untuk pulang bersamanya. Risau pula membiarkan Amir keseorangan pulang ke rumah.

***

Pada malam itu, Zulfiqar bermimpi seolah-olah dia berada di medan peperangan. Dia memakai serba putih dan menunggang kuda putih. Di tangannya terdapat sebilah pedang. Dia bergerak pantas memenggal kepala-kepala pasukan lawan. Serentak dengan itu, dia menjulang panji yang tertera kalimah tauhid.

"Abang!" Haura mengejutkan suaminya sebaik sahaja azan Subuh mula dilaungkan.

"Hmmm subuh ke?" Zulfiqar menyoal Haura.

"Yalah, Subuh" Haura membalas sambil melangkah ke kamar mandi untuk membersihkan diri sebelum mengambil wudhuk.

Zulfiqar meraup mukanya beberapa kali. "Petanda apakah ini ya Allah?" ujarnya perlahan sebelum turun dari katil.

***

Sebaik sahaja selesai menunaikan solat subuh bersama, Zulfiqar mendakap Haura seeratnya. Haura yang kebingungan hanya membiarkan perlakuan Zulfiqar tanpa sepatah kata.

"Sayang, jaga anak kita baik-baik.. Bila lahir nanti, abang nak letak nama dia Muhammad Mujahiddin bin Muhammad Zulfiqar" Zulfiqar bersuara sambil mencium dahi isterinya penuh kasih.

"Ala, Haura nak letak nama Salman" Haura membalas.

Zulfiqar tersenyum seraya membalas pendapat Haura.

***

Hari itu, Zulfiqar tidak bekerja. Dia meluangkan masa bersama isterinya. Sekadar mahu melupakan mimpi yang dihadapinya pagi tadi.

"Kenapa abang termenung?" soal Haura selepas mengambil tempat di sebelah Zulfiqar.

"Tak, abang terfikir fasal Handzalah" Zulfiqar menipu.

"Hadzalah? Siapa tu?" Haura menyoal semula. Tak pernah pula dia dikenalkan dengan rakan suaminya yang bernama Handzalah.

"Handzalah, sahabat Rasulullah" Zulfiqar membalas.

"Hmm kenapa?" Haura masih tidak dapat menangkap perkara yang sedang bermain di fikiran suaminya.

"Diakan baru bernikah. Lepas tu, berlaku peperangan. Dia keluar berperang dan syahid." Zulfiqar bercerita ringkas.

"Pastu? Kenapa?" Haura bertanya lagi.

"Kalau abang yang syahid, Haura macam mana?" akhirnya Zulfiqar berterus terang.

"Abang syahid? Haura ok. Sebab abang kembali kepada Allah tanpa hisab dan tunggu Haura kat sana" Haura membalas dan kepalanya diletakkan di dada suaminya sambil tangannya membelai jari-jemari suaminya.

Zulfiqar membelai rambut isterinya.

Dia yakin bahawa Allah sedang menyampaikan sesuatu kepadanya melalui mimpi itu. Cuma, dia tidak tahu apakah yang cuba disampaikan.

"Sayang, jom makan" Zulfiqar bersuara apabila berdiam diri beberapa ketika.

"La Haura tak masak lagi" Haura bersuara dengan nada yang serba salah.

"Tak payahlah masak. Kita makan kat luar" Zulfiqar mengajak isterinya untuk makan di luar sahaja. Lagipun, dia tidak sampai hati melihat isterinya yang sedang sarat itu ke dapur dan memasak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience