12

Other Series 3067

Tepat jam 5:30 petang, program ijmak ulamak berakhir dengan baik dan cemerlang. Tibalah masa bagi hadirin untuk beransur pulang ke rumah masing-masing. Jelas terpapar kepuasan pada wajah Haura dan Zulfiqar sebaik sahaja memasuki kereta.

"Esok, abang ada program di Masjid An Nuur. Haura nak ikut tak?" Zulfiqar memulakan perbualan sebaik sahaja kereta dihidupkan.

Wajah Zulfiqar ditatap sambil tersenyum sebelum bersuara, "tak naklah. Abang pergilah"

"Tak nak? Sure? Nak duduk rumah sorang-sorang je ke? Tak takut?" Zulfiqar cuba mengusik Haura dengan menakut-nakutkan perempuan itu.

"Tak takut pun. Tapi, esok pukul berapa abang pergi masjid tu?" Haura bertanya sekadar menginginkan kepastian.

"Pukul 6 lebih kot. Sebab program tu start lepas maghrib" Zulfiqar membalas sambil matanya difokuskan kepada pemanduannya.

"Oh, program apa tu?" Haura bertanya kehairanan.

"Kuliah Maghrib. Orang jemput, abang kena pergilah" ujar Zulfiqar ringkas.

"Oh, Haura nak ikut kalau macam tu" Haura menyatakan hasratnya sebaik sahaja dia mengetahui bahawa program itu akan bermula pada waktu malam. Risau juga sekiranya dia bersendirian di rumah. Tambahan pula dia sedang hamil.

"Ok" Zulfiqar membalas ringkas.

Begitulah kitaran hidupnya. Setiap hari isnin sehingga jumaat, dia perlu mengajar di maahad. Pada sebelah malamnya pula, dia akan menghadiri jemputan kuliah di masjid-masjid berdekatan dengan kawasan rumahnya. Namun, dia bersyukur dengan kehidupannya. Baginya, itu mungkin satu peluang untuk menyebarkan dakwah Islamiah.

Dikerlingnya Haura di sebelah. 'Hmm tidur pun cantik' desisnya di dalam hati.

***
"Ustaz! Ustaz!" Zulfiqar disapa oleh seorang kanak-kanak lelaki sebaik sahaja dia melangkahkan kakinya ke dalam bilik darjah berkenaan.

"Ya, Zaid" Zulfiqar menjawab panggilannya sambil melemparkan senyuman.

"Kejap lagi, ustaz ceritakan fasal Al Qassam boleh?" pintanya seakan berharap.

Zulfiqar tersenyum lagi. Lalu bertanya "Zaid kenal Al Qassam?"

"Tak, tapi saya tahu Al Qassam tu tentera" Zaid membalas soalan Zulfiqar.

"Ok, ustaz cerita. Zaid duduk tempat dulu" Zulfiqar mengarah.

Suka benar Zulfiqar apabila Zaid memintanya untuk bercerita tentang Al Qassam.

"Ustaz!!" Aina seakan berteriak memanggilnya.

"Haa kenapa tu Aina?" Soal Zulfiqar sebelum dia mengeluarkan latihan-latihan untuk diberi kepada para pelajarnya.

"Zaid cakap ustaz nak cerita fasal tentera Rasulullah, Al Qassam tu. Cepatlah ustaz. Cerita" Huzaifah memotong percakapan Aina seraya menjawab soalan Zulfiqar.

"Ya, sabar. Siapkan latihan ni dulu. Lepastu ustaz ceritakan" Zulfiqar membalas.

"Ok!" arahan Zulfiqar disambut baik oleh para pelajarnya.

15 minit berlalu dan Zulfiqar masih mempunyai 45 minit lagi untuk bercerita kepada para pelajarnya tentang Al Qassam. Para pelajarnya telah pun menyiapkan latihan yang diberi. Dia segera menyimpan latihan-latihan yang diserahkan kepadanya di dalam beg. Di rumah, dia akan menanda semua latihan itu.

"Ok, semua duduk diam-diam. Kalau tak diam, ustaz tak nak cerita" Zulfiqar bermain dengan emosi para pelajarnya. Kesemuanya duduk di tempat masing-masing sambil menunggu cerita yang dijanji Zulfiqar. Zulfiqar tersenyum kemenangan.

"Ok, Al Qassam ni mujahiddin" Zulfiqar memulakan penceritaannya.

"Mujahiddin tu ape ustaz?" Amir bertanya ingin tahu.

"Weh, kau diam la. Biar ustaz je bercakap" Azim memarahi Amir kerana telah mengganggu fokusnya.

"Eh, jangan gaduh. Lempang kang" Zaid selaku ketua kelas cuba mengawal keadaan. Dia memang terkenal dengan sikapnya yang garang. Secara automatik, kelas kembali sunyi dan mereka mula memberi fokus yang baik kepada Zulfiqar.

"Aduh, korang ni" Zulfiqar tertawa geli hati apabila melihat gelagat para pelajarnya.

"Mujahiddin tu pejuang agama. Pejuang agama ni bukan setakat tentera, tapi pendakwah juga digelar pejuang. Al Qassam memilih untuk berperang demi mempertahankan Islam.

Al Qassam ditubuhkan oleh Izzuddin. Izzuddin ni suatu ketika dahulu ialah pemuda Palestine yang dah kehilangan mak ayah. Mak ayah dia kena bunuh dengan tentera Israel depan mata dia. Dia terpaksa berpura-pura mati supaya tentera Israel tak bunuh dia. Dia ambik darah mak ayah dia, dan lumurkan ke anggota badannya supaya tentera Israel berfikir bahawa dia telah mati" Zulfiqar berhenti bercerita. Diperhati wajah-wajah suci di hadapannya.

"Lepas tu, Izzuddin kumpul semua pemuda Palestine. Mereka berlatih menembak. Bila dah hebat, mereka membentuk satu kumpulan mujahiddin. Nama kumpulan dia, Briged Izzuddin.. Bila Izzuddin syahid, kumpulan itu ditukar nama kepada Al Qassam. Waktu malam, mereka bangun untuk bertahajud"

"Err ustaz," Huzaifah pula ingin bertanya.

"Tahajud tu bangun dari tidur lepas tu solat malamlah. Dah jangan kacau ustaz cerita" Zaid membalas sebelum Huzaifah sempat melontarkan soalannya.

"Pandai Zaid. Boleh jadi panglima perang macam Zaid Al Haritsah, sahabat Rasulullah" Zulfiqar memberi responnya. Jelas terpapar pengetahuan agama yang luas dari dalam diri Zaid.

"Hmm sambung ustaz" Amir pula memberi pandangannya. Bosan rasanya bila ustaz kesayangannya itu sibuk memuji Zaid.

"Ha, waktu malam Al Qassam akan bertahajud. Mereka berdoa bersungguh-sungguh supaya Allah membantu perjuangan mereka memerangi Yahudi, Zionis laknatullah. Ramai baby dibunuh dengan kejam oleh tentera Israel. Ramai perempuan dan atok nenek di sana dibunuh dengan zalim. Al Qassam berdoa sehingga mereka menangis. Mereka yakin bahawa Allah bersama mereka. Ada tentera Al Qassam yang hilang kaki sebab dipotong tentera Israel. Tapi, dia tetap bersemangat berjuang untuk bebaskan Palestine dari tentera Israel" Zulfiqar menamatkan ceritanya tentang Al Qassam.

Tiba-tiba Huzaifah berlari lalu memeluk Zulfiqar dengan eratnya.

"Aik, kenapa ni Huzaifah" Zulfiqar bertanya terpinga-pinga.

"Ustaz pernah cakap, setiap Islam tu bersaudara. Orang Islam di Palestine tu saudara kita kan ustaz" Huzaifah bersuara dengan esak tangisnya.

Zaid dan Amir pun melangkah ke arah Zulfiqar. Lalu tubuh Zulfiqar didakap erat oleh mereka.

"Mereka saudara kita Huzai" Amir membalas soalan Huzaifah sambil menahan tangisnya.

Zulfiqar kehilangan kata-kata. Hatinya dirundung pilu. Para pelajarnya yang lain mula berkerumun kepadanya dan tubuhnya didakap erat. Zulfiqar cuba mengumpul kekuatan untuk bersuara. Cuba berlagak tabah dan kuat di hadapan para pelajarnya.

"Siapa nak jadi mujahid dan mujahidah?" Zulfiqar bertanya cuba meniupkan semangat juang dalam diri pelajarnya.

"Saya!!" Sekali lagi, pertanyaannya disambut baik oleh para pelajarnya.

"Kalau nak jadi mujahid atau mujahidah, kena jaga solat. Jangan tinggal solat" Zulfiqar menasihati para pelajarnya. Dia tidak mampu mengawal tangisannya. Air matanya mula menitik.

"Takbir!" Zaid melaungkan ucapan keramat itu.

"Allahu akbar!"
"Allahu akbar"

Laungannya disambut dengan takbir oleh sahabat-sahabat sekelasnya.

Loceng berbunyi menandakan waktunya telah habis. Zulfiqar merenggangkan pelukannya dengan para pelajarnya.

"Ustaz, saya janji saya akan sertai Al Qassam satu hari nanti" Huzaifah berikrar sambil tangannya diangkat menunjukkan bahawa dia benar-benar berikrar.

Zulfiqar tersenyum sambil tangannya membelai lembut rambut Huzaifah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience