11

Other Series 3067

"Haura, dah makan ke ni?" Zulfiqar datang menyapa Haura yang sedang ralit berbual dengan Najwa.

Haura melihat suaminya yang dibasahi peluh. Begitulah tugasnya sebagai unit amal. Apabila ada majlis agama seperti kuliah, ijma' ulamak dan sebagainya, tenaga unit amal sangat diperlukan untuk mengawal lalu lintas. Selain itu, unit amal juga bertanggungjawab untuk menyiapkan tempat bagi sesebuah program yang akan dijalankan.

Haura mengeluarkan sapu tangan yang dibawa bersama. Lantas, wajah suaminya yang dibasahi keringat dilap penuh kasih.

"Belum makan lagi" Haura membalas soalan suaminya.

Najwa yang melihat insiden itu tersenyum penuh makna.

"Eh, ni Nashrul bagi pitih ke mung" Zulfiqar mengeluarkan not RM50 lalu diberikan kepada Najwa. "Dia kabo, ikut mung nok beli mende pun" sambungnya lagi.

"Abang dah makan ke?" Haura bertanya sebaik sahaja Zulfiqar mengambil tempat di sebelahnya.

"Belum lagi. Kejap lagi baru nak makan. Haura makanlah dulu dengan Wawa ni" Zulfiqar membalas soalan Haura sambil tangannya mengambil botol air yang dihulur Haura. Setelah air yang dibekalkan itu diteguk, Zulfiqar mula melangkah meninggalkan Haura dan Najwa. Dia menyertai unit amal semula.

"Kita makanlah dulu" Najwa mengajak Haura untuk menikmati makanan yang disediakan di gerai-gerai berdekatan.

Haura hanya mengangguk tanda bersetuju dengan pendapat Najwa.

***

Selepas selesai menunaikan solat Zohor di dewan besar yang mampu menempatkan 200 ribu manusia, Haura dan Zulfiqar mengambil tempat masing-masing untuk mendengar ucapan-ucapan dari President yang memimpin majlis ijmak ulamak itu.

"Mereka yang menganggap perjuangan ini kolot, perjuangan ini main-main, wajib diperangi! Kita berjuang bukan kerana inginkan kemenangan, tapi kerana Allah! Wajib ke atas kita sebagai orang Islam untuk menegakkan syiar Islam atas bumi Malaysia pada hari ini!" begitulah ketegasan pemimpin Islam yang memimpin majlis ijma' ulamak pada hari itu.

"Allahu akbar" laungan takbir kedengaran di setiap penjuru dewan. Laungan itu menandakan bahawa kata-kata pemimpin itu disambut dengan baik oleh anak buahnya.

Mikrofon bertukar tangan. Dari tangan pemimpin itu kepada tangan pengacara majlis.

"Sekarang, dijemput pula Ketua Unit Amal Dewan Pemuda untuk berucap" begitulah kata-kata pengacara itu sebaik sahaja menerima mikrofon.

Zulfiqar dengan langkah yang gagah diatur menaiki pentas. Haura agak terkejut kerana dia hanya menyangka bahawa Zulfiqar adalah ahli unit amal yang biasa tanpa sebarang jawatan. Berkali-kali Haura melafazkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana telah dianugerahkan lelaki yang sangat berwibawa sebagai suaminya. Bukan sahaja sebagai pemimpin keluarga, tetapi sebagai pemimpin jemaah Islam dalam organisasi yang agak besar pada hari itu.

"Assalamualaikum w.b.t, terima kasih kepada saudara pengacara majlis.

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana pada hari ini saya diberikan kesihatan yang baik untuk berucap di atas pentas ini. Malu jugalah kerana saya hanyalah seorang anak muda yang cuba menyumbang tenaga dan idea untuk jemaah Islam ini. Tidaklah setanding dengan ulamak-ulamak yang berada di atas pentas ini.

Tiada apa yang ingin disampaikan kerana semuanya telah disebut oleh Tuan President kita.

Cuma, saya suka menegaskan bahawa Islam pada hari ini tiada bezanya dengan Islam pada zaman Rasulullah. Ianya masih sama, masih berpandukan Al Quran dan Al Hadis. Masalah yang menyebabkan negara-negara Islam dihentam dengan teruk oleh golongan kuffar adalah disebabkan orang Islam itu sendiri. Kita boleh lihat remaja-remaja Islam pada hari ini yang melahirkan ramai anak luar nikah. Berzina tanpa rasa bersalah. Kes-kes kecurian dan bermacam-macam lagi maksiat melanda ummat zaman ini kerana kurangnya penghayatan kepada agama.

Sudah sampai masanya, kita mengkaji setiap inci ayat-ayat Allah.

Tidak dapat dinafikan bahawa politik adalah sebuah permainan yang kotor. Namun kekotoran politik yang berlandaskan nafsu, maksiat, dan sebagainya boleh dibersihkan sekiranya kita jadikan Al Quran, As sunnah, Al Qias wal ijmak sebagai panduan dan rujukan.

Berjuanglah sahabatku.. Berjuanglah unit amal kerana Allah Azza Wa Jalla semata-mata. Ikhlaskanlah diri kita menjadi benteng mempertahankan ulamak. Ulamak warasatul Anbiya'. Mereka pewaris Nabi.. Lindungi mereka dari panah-panah fitnah. Berdakwahlah dengan pelbagai cara. Bergerak bebaslah di atas bumi Allah demi penyebaran Islam. Demi membentuk sahsiah dalam diri remaja hari ini. Mereka perlu didedahkan dengan kepentingan berpegang teguh kepada Al Quran dan As Sunnah.

Bak kata Arwah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, pemuda adalah batu bata bagi gerakan Islam. Sekiranya, batu bata itu kukuh binaannya, maka Islam tidak akan menghadapi masalah untuk dijadikan sebagai cara hidup oleh masyarakat Malaysia.

Sekian sahaja ucapan saya. Yang baik itu semuanya dari Allah, dan yang buruk itu semuanya dari saya sendiri.

TAKBIR!!" Zulfiqar menamatkan ucapannya yang spontan itu.

"Allahu akbar"
"Allahu akbar"
"Allahu akbar"

Laungan takbir bergema lagi sekaligus menyemarakkan api perjuangan hadirin dan hadirat pada hari itu.

Secara tiba-tiba Haura merasa sayu dan hiba. Bangga juga rasanya apabila melihat imamnya itu berada di atas pentas, berhadapan dengan ribuan ummat Islam, dan berhujah dengan petahnya.

"Ya Allah, pelihara hubungan ini" Haura berdoa di dalam hati sambil matanya menyoroti sosok tubuh suaminya yang mengatur langkah menuju ke arahnya. Tanpa disedari, air matanya mengalir.

"Haura, kenapa menangis ni?" Zulfiqar bertanya sebaik sahaja dia berada di sisi isterinya.

"Taklah, sebak je" ujar Haura sambil kepalanya diletakkan di dada suaminya. Zulfiqar memeluk bahu Haura seraya menenangkan perasaan wanita itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience