10

Other Series 3067

"Dah, jomlah pergi dekat jemaah" Nashrul mengajak Zulfiqar untuk beredar dan sertai anggota unit amal yang lain.

Nashrul mengangguk dan berlalu pergi bersama sahabatnya, Nashrul. Sementara itu, Najwa dan Haura pula memulakan sesi perkenalan.

"Nama awak Haura ya?" Najwa memulakan perbualan.

"Ya, kak. Nama saya Haura.. Akak pula?" Haura pula bertanya sekadar berbasa-basi. Dia sebenarnya masih malu untuk berbual dengan Najwa.

"Nama akak, Najwa Shahira. Panggil Kak Wa pun boleh. Dah lama ke kenal dengan Fiqar?" soal Najwa sekadar ingin tahu.

"Oh, nama saya Haura Al Maqsurah. Panggil je Haura. Sebenarnya, saya tak pernah kenal pun Fiqar tu. Dia datang merisik saya lepas saya habis study" Haura menjelaskan sambil tersenyum.

"Baru habis study la kiranya? Umur Haura berapa tahun waktu nikah dengan Fiqar tu?" Najwa kelihatan agak teruja dan melemparkan sebaris senyuman kepada Haura.

"Ya Kak Wa. Umur saya waktu tu 20. Tiba-tiba dia datang merisik. Saya pelik juga. Yalah, tak pernah kenal, tak pernah jumpa. Istikharahlah saya minta petunjuk Allah." Haura menceritakan keadaannya dua tahun yang lepas. "Akak kenal ke Fiqar?" Sambungnya lagi.

"Eh apa pula tak kenal. Kenal sangatlah Fiqar tu. Dia jenis tak pandai bergaul dengan perempuan" Najwa membalas soalan Haura dengan menceritakan serba sedikit tentang Zulfiqar.

"Oh, macam mana boleh kenal dia, kak?" Haura bertanya ingin tahu.

"Masa sekolah menengah dulu, kami satu kelas. Akak, Fiqar dengan Nashrul tu sebaya.. Tak sangka pula bila akak dapat sambung belajar dekat Mesir, Fiqar dengan Nashrul pun dapat juga. Lama dah kami berkawan. Cuma waktu Haura bernikah dengan dia dulu, akak dengan suami tak sempat pergi. Kami buat umrah waktu tu" Najwa mula rancak bercerita.

"Oh, masa majlis dekat Maahad Tahfiz Darul Taufiq tu akak datanglah?" Haura mula berminat untuk berbual dengan rakan barunya, Najwa.

"Tak juga. Waktu tu akak keguguran. Tak larat nak bergerak. Nak sangat jumpa Haura. Tapi, tu la.. Banyak sangat kekangan dan masalah. Hari ni baru berkesempatan jumpa Haura" Najwa menjelaskan keadaan sebenar.

"Akak ambik bidang apa masa belajar dekat Mesir?" Haura mengubah topik perbualan. Dia tidak mahu Najwa terus bercerita tentang keguguran yang dialaminya beberapa tahun lepas.

"Samalah dengan Fiqar. Usuluddin" Najwa membalas singkat. "Eh, Haura kerja ke" soal Najwa lagi dengan tujuan ingin menghidupkan suasana.

"Tak, Fiqar suruh Haura duduk rumah je.. Start dari hari pertama kahwin sampai hari ni, duduk rumah je kak." Haura membalas sambil tersenyum sekadar memaniskan mukanya.

"Oh, takpalah kalau macam tu. Isteri tempatnya memang di sisi suami. Dengar dan taatlah apa yang Fiqar suruh tu" sempat juga Najwa menasihati Haura. Dia juga faham keadaan Haura yang mungkin berasa bosan apabila berada di rumah seorang diri sementara Fiqar pula sibuk bertugas di maahad.

"Yalah kak" ujar Haura mengalah. Sempat juga dia tersenyum memandang Najwa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience