BAB 11

Fantasy Completed 10501

“Min! Mujur kau sampai juga.” Abang Man segera mendapatkan Ustaz Rahimin yang baru tiba di tapak perkhemahan.

“Ya, sebaik dapat pesanan Man, aku terus berkejar ke sini. Apa yang dah berlaku?” Soal Ustaz Rahimin sambil melilar matanya memerhati wajah muram mereka yang berada di situ.

“Terlalu panjang untuk diceritakan. Tapi, yang penting sekarang dua ahli sudah hilang ke dunia lain. Dunia bunian…” Ujar abang Man. Dia memerhati riak tenang di wajah Ustaz Rahimin yang sedikit pun tidak berkocak. “Yang hilang adalah Hakim dan…. Ariana.” Perlahan suara abang Man. Ustaz Rahimin tersentak.

“Ariana?” Dia menelan liur. “Kau pasti Aman?” Kejutan yang diterima membuat ustaz Rahimin menyebut nama penuh abang Man. Lelaki itu kelihatan mengangguk. “Subhanallah… Inilah takdir Allah.” Ustaz Rahimin memuji Allah. Peristiwa sepuluh tahun lalu menjengah mindanya dan Aman atau dikenali abang Man. “Dia kenal kau, Man?” Soal Ustaz Rahimin lagi. Kali ni Aman menggeleng. Mungkin kerana panggilan orang sekeliling tidak kira lapisan umur menggelarkan dia sebagai abang Man yang membuatkan gadis itu tidak mengenalinya atau mungkin dia sudah tiada dalam kotak ingatan gadis itu.

“Kita mulakan.” Ustaz Rahimin menepuk lembut bahu rakannya. Abang Man pantas mengangguk. Mereka tiada masa untuk dibuang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience