BAB 20

Fantasy Completed 10501

“Mama! Kuih hangus…” Adu Ariana dengan muka cemberut. Artika segera mengangkat kuali yang sudah berasap itu lalu diletakkan ke dalam singki. Hairi yang kebetulan masuk ke dapur ketawa besar melihat kuih karipap yang sudah rentung itu.

“Anak papa ni goreng karipap ke batang kayu?” Usiknya sebelum ketawanya lepas lagi. Artika turut ketawa.

“Nasib baik mama ada. Kalau tak, terbakar dapur ni.” Ketawa kedua-dua ibu bapanya meletus lagi ditemani hilaian halus dari tepi pintu dapur. Ariana mencerlung ke arah benda yang kelihatan separuh sahaja tubuhnya manakala separuh lagi terlindung di sebalik dinding. Wajah itu ditutupi rambut yang panjang. Ariana sudah memeluk tubuh. ‘Kurang ajar punya syaitan. Kau ketawakan aku. Siap kau.’ Marah ariana dalam hati sebelum mulutnya terkumat-kamit membaca potongan ayat al-Quran dan benda itu hilang begitu sahaja bersama jeritan kesakitan.

Jeritan kesakitan meletus lagi. Tapi kali ini jeritan itu keluar dari mulut Ariana. Kesakitan kerana pipinya dicubit oleh Hairi. “Apa anak dara membebel sorang-sorang.” Tegur Hairi dengan nada marah yang dibuat-buat. Ariana mencebik.

Gurauan mereka terhenti saat mendengar suara orang memberi salam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience