BAB 19

Fantasy Completed 10501

“Ariana!” Fariha memeluk tubuh Ariana sebaik sahaja gadis itu muncul dari sebalik kabus. Ariana memerhati rakan-rakannya yang masih di tikar sejadah. Kesemuanya bangkit dan mengelilinginya dan Hakim. Gamat kawasan itu dengan pertanyaan tanpa henti dari rakan-rakannya. Selama beberapa hari Ariana dan Hakim di dunia bunian, selama itulah rakan-rakannya kekal di situ berdoa dan terus berdoa.

“Ariana.” Ariana menoleh ke arah abang Man sebaik mendengar namanya dipanggil. Matanya tertancap pada seraut wajah tenang di sebelah abang Man. “Kenalkan. Ini ustaz Rahimin.” Ujar abang Man. Ariana mula merasa sesuatu. Dia seperti pernah melihat wajah itu. Seketika dia merenung wajah abang Man dan Ustaz Rahimin silih berganti.

“Aman? Rahimin?” Kenangan sepuluh tahun lalu mendarat di mindanya. Abang Man dan ustaz Rahimin tersenyum nipis lalu menganggukkan kepala mereka. Mata Ariana melilar pula pada tikar-tikar sejadah yang terbentang menghadap kiblat. “Suara ramai-ramai tu…” Ingatannya beralih pula pada suara-suara takbir yang menemaninya saat dia melemparkan keris putih itu ke arah puteri sulung. Bebola matanya kembali terarah pada dua lelaki itu.

“Itu suara kami, Ariana.” Ustaz Rahimin bersuara. “Mungkin awak tak perasan, tapi sepanjang pertempuran itu, kami turut berjuang di sisi awak. Doalah senjata yang kami bekalkan.” Ujarnya lagi. Ariana mengangguk lama. Barulah dia faham dari mana keris putih itu datang dan dari mana tenaga tiba-tiba meresap masuk ke tubuhnya. Pusaran air itu petunjuk dari Allah. Petunjuk yang membawanya ke arah senjata yang dibekalkan rakan-rakannya iaitu doa yang terzahir dalam bentuk sebilah keris putih di dunia sana bagi mengiringinya dalam pertempuran. Betapa besarnya kuasa Allah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience