BAB 17

Fantasy Completed 10501

Ariana termenung di pangkin di luar rumah Tuk Pujangga. Dia tersentak saat ada suara menegurnya lembut. “Assalamualaikum….” Ariana berpaling ke kanan. Kelihatan Arjuna berdiri tidak jauh darinya.

“Waalaikumussalam….” Arjuna meneliti Ariana yang mengenakan kurung putih dan selendang putih. Persalinan penduduk dunia bunian. Dia tersenyum manis.

“Bagaimana dengan Hakim?” Soalnya berbasa-basi.

“Sudah semakin sembuh. Mereka akan pulang sebaik Hakim sembuh sepenuhnya dari penangan kuasa hitam. Tak sangka bahawa puteri berkalung dan berkeris hitam itu merupakan puteri sulung. Malah dia memegang nyawa enam puteri yang lain. Pantas sahaja kuasanya luar biasa dan mereka semua tumpas saat Ariana mencabut nyawa puteri sulung itu.” Ujar Sari yang muncul tiba-tiba di sebalik pintu rumah. Dia turun ke tanah lalu duduk di sebelah Ariana. Ariana mengukir senyuman manis. Arjuna mengerutkan dahi. Ada riak tidak selesa di wajah bersihnya.

“Kau mahu pulang?” Soal Arjuna lagi. Sari menahan tawa. Hanya perkataan pulang itu yang lekat di kotak ingatan pemuda itu. Ariana hanya mengangguk perlahan dengan senyuman nipis di bibir. “Bagaimana dengan aku?” Soal Arjuna lagi. Ariana dan Sari berpandangan. Ariana menunduk. Tahu sangat perasaan pemuda itu padanya. Dia dapat membaca dari renungan lelaki itu.

“Kau di sini dan aku di sana. Dunia kita berbeza. Kita bukan makhluk yang sama. Aku suka kalau kau ingin menjadi sahabatku tapi untuk menyambut huluran cintamu, sama sekali tidak.” Ujar Ariana tegas.

“Andai sahaja aku manusia….” Keluh Arjuna.

“Tdak baik mengeluh Arjuna. Masih ramai gadis rupawan di perkampunganmu.” Ariana menegur.

“Tapi, kalau sahaja aku manusia…” Arjuna masih tidak berhenti. Ariana menghela nafas sedalamnya.

“Ya, mungkin kalau kau manusia, aku akan menjadi hawamu. Tapi ingat Arjuna! Kita berbeza!” Arjuna kelihatan tersenyum lebar. Akhirnya pecah tawanya membuat Ariana dilanda persoalan. Ariana mengalihkan pula pandangannya pada Sari yang hanya tersenyum penuh makna.

“Suatu hari nanti kau akan faham Ariana.” Sampuk Sari sambil menepuk-nepuk perlahan paha adik segurunya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience