BAB 13

Fantasy Completed 10501

“Tahukah Ariana….” Belum sempat Sari menghabiskan bicaranya, Ariana yang duduk di tunggul kayu bersebelahan Sari memintas.

“Tak tahu.” Ariana kemudiannya tertawa kecil saat bahunya ditepuk lembut oleh Sari. Matanya yang merenung wajah jelita Sari kembali melihat Ratna Seri Dewi yang turut menguntum senyuman di hadapan mereka. Mereka melepaskan lelah mereka di tunggul kayu itu sebaik habis latihan mereka tadi.

“Iyalah, kakak mahu ceritalah ni.” Balas Sari yang selesa menggelarkan dirinya sebagai kakak. Ariana mengangguk lalu meneguk air embun yang dihulurkan Dewi Seri Ratna menggunakan sehelai daun lebar. Terasa dingin air itu membasahi tekak. Hilang penatnya sebentar. “Di dunia kami, sungguh kami gentar akan kehadiran manusia.”

Terjungkit sebelah kening Ariana mendengarnya. “Gentar? Mengapa?” Soalnya kehairanan.

“Kerananya, manusia adalah ciptaan Allah yang paling sempurna. Jika ada manusia yang tersesat di dunia kami maka kekuatannya melebihi apa yang dia sendiri jangka.” Sari menarik tangan Ariana. “Itulah ketentuan Allah. Atas izinnya, seorang manusia sahaja mampu mendatangkan ancaman besar ke dunia kami.” Katanya lagi.

Ariana mengangguk kagum sebelum matanya memandang dada langit yang sudah semakin terang. Dia sememangnya berguru dengan Ratna Seri Dewi beberapa jam selepas Isya’. Waktu itu dia akan menyelinap keluar dari rumahnya tanpa di kesani ibu bapanya. Dia akan berguru dan berjemaah subuh bersama Ratna Seri Dewi dan Sari sebelum berlatih lagi dan akhirnya pulang sebelum matahari terbit.

“Eh… Sudah terang. Ariana pulang dulu.” Ujar Ariana sebelum bersalaman dengan kedua-dua insan yang berlainan dunia dengannya namun sudah dianggap seperti keluarganya sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience