BAB 18

Fantasy Completed 10501

Saat perpisahan sudah tiba. Ariana melindungi rasa sebak di sebalik senyumannya. Tangan Sari dan Cempaka di genggam erat. Baru dia tahu bahawa Sari dan Cempaka merupakan adik-beradik. Kedua-duanya adalah cucu Tuk Pujangga. Hanya Sari membawa diri berguru dengan Ratna Seri Dewi. Merantau demi ilmu. Itulah takdir kurniaan-Nya. Indah sekali.

“Mungkinkah kita akan bertemu lagi?” Soal ariana.

“Andai ada jodoh, pasti kita bertemu lagi.” Sari merenung anak mata Ariana. Dia tahu apa yang ada di fikiran gadis itu. “Biarlah guru mengubat hatinya yang lara. Masa akan mengurangkan kesakitannya. Tapi, yakinlah bahawa tiada dendam di sebalik kesedihannya. Dia bersedih layaknya seorang ibu.” Sari menguntum senyuman melihat anggukan Ariana. “Silaturrahim yang terbina ini takkan mudah putus. Percayalah…” Ujarnya lagi.

Ariana mendapatkan Hakim yang sedang bersalaman dengan Tuk Pujangga dan anak-anak murid Tuk Pujangga itu. Mereka berbalas senyuman. Ariana sempat melihat Arjuna yang tersenyum ke arahnya sebelum pandangan mereka dilindungi kabus tebal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience