BAB 22

Fantasy Completed 10501

Arjuna memeluk pinggang isterinya dari belakang. “Apa ni? Lepas…” Marah Ariana sambil menolak tangan sasa Arjuna. Arjuna ketawa mengekek.

Dia kembali duduk di meja makan. Geli hatinya melihat Ariana yang sudah berpeluh-peluh cuba menyiapkan gulai ayam yang nampak…. Hmmm…. Tak sedap langsung. Patutnya gulai tu berwarna kuning, macam mana boleh jadi warna coklat?

“Hah?!” Arjuna tersentak mendengar suara jeritan Ariana. Dia bingkas mendapatkan isterinya yang sebelah tangan memegang senduk, sebelah lagi memegang satu balang.

“Kenapa sayang?” Soalnya cemas. Ariana sudah membuat muka mahu menangis membuatkan Arjuna bertambah cemas.

“Serbuk kunyit tertukar dengan serbuk kari.” Adu Ariana sambil menunjukkan balang di tangannya dan periuk di dapur. Arjuna tahan ketawa melihat reaksi isterinya itu.

“Patutlah coklat.” Akhirnya pecah ketawanya. Ariana sudah hampir mengetuk kepala suaminya itu dengan senduk di tangannya, tapi Arjuna lebih tangkas mengelak. “Amboi, isteri abang! Ilmu bertempur punya hebat. Sekali ilmu memasak, isyk! Isyk! Isyk…” Usik Arjuna lagi. Dia menarik tangan isterinya setelah menutup api dapur.

Mereka duduk di meja dapur. Arjuna tersenyum melihat isterinya yang masih mencuka. Telatah ariana yang terkadang manja mencuit hatinya. Sejak dua bulan mereka bergelar suami isteri, berbagai sifat comel dan manja isterinya telah dia lihat.

“Apa abang ni? Termenung pula. Dekat alam bunian dah ke?” Ariana menepuk bahu suaminya.

Arjuna ketawa perlahan. Pipi gebu isterinya dikucup. “Terima kasih tunaikan janji sayang untuk jadi Hawa abang andai abang manusia walaupun abang bukan anak raja.” Sempat lagi dia mengusik isterinya. Ariana tersenyum sebelum mengerutkan dahinya.

“Yelah! Mati-mati kena tipu dengan abang. Apasal abang tak beritahu awal-awal yang abang manusia, bukan bunian?”

“Abang ingat sayang dah tahu. Abang tahu je Ariana manusia.” Ariana mencebik.

“Memanglah abang tahu. Ariana punya pakaian pun lain. Abang? Nampak macam bunian je.” Arjuna ketawa lagi.

“Nak buat macam mana. Abang dah berguru dengan Tuk Pujangga dari kecil lagi. Alam bunian tu dah macam rumah kedua abang. Tu yang abang pun dah jadi macam bunian.” Kini giliran Ariana tertawa halus. Mereka punya kisah hidup yang sama tapi tak serupa. Kedua-duanya punya keistimewaan yang sama. Mereka berguru dengan makhluk dari dunia yang sama. Bunian.

Arjuna mengucup kedua-dua belah mata isterinya. Kerana keistimewaan yang mereka ada, mereka dipertemukan. Arjuna bersyukur seikhlas hatinya. “Sayang… Jom pergi honeymoon.” Ariana sudah berlapis dahinya.

“Mana?”

“Mana lagi kalau bukan di alam bunian.” Mereka berbalas senyuman. Ariana mengangguk. Hingga kini mereka masih berhubung dengan penduduk perkampungan bunian itu. Malah hubungan Ariana dan rakan-rakannya terjalin dengan baik selepas kejadian itu. Termasuk persahabatannya dengan abang Man dan Ustaz Rahimin. Benar kata Sari, silaturrahim yang terbina ini takkan mudah putus. Hubungan yang terjalin melalui mata miliknya dan Arjuna. Jalinan tanpa batas hijab. Saat yang lain melihat dunia sebagai alam mereka, di satu sudut yang lain ada dunia lain berselubung di sebalik mata kita.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience