BAB 5

Fantasy Completed 10501

Hakim melangkah keluar dari khemahnya sambil menggosok matanya berkali-kali. Eryl yang memintanya menemaninya membuang air sudah menarik-narik baju Hakim yang masih mamai. Hakim hanya mampu mengeluh dengan sikap Eryl yang penakut itu.

Eryl menghilang ke dalam semak berhampiran sungai manakala Hakim yang menunggu sudah bertinggung di tebing sungai. Sesekali kepalanya tersengguk menahan rasa mengantuk yang semakin kuat.

‘Ooooo…. Ooooo….’ Mata Hakim yang tadinya layu menjadi bulat. Dia mengamati suara gemersik yang menyapa telinganya. Dup! Dup! Dup! Dia dapat mendengar bunyi jantungnya sendiri. Tidak salah lagi! Itu adalah suara merdu beberapa gadis yang menyanyikan irama melankolik yang dia belum pernah dengari. Suara gemersik itu sungguh indah kedengaran di halwa telinganya ditambah pula bunyi sungai mengalir yang seolah menjadi alat muzik alam menemani suara-suara itu. Hakim terpesona.

Dia mula melangkah menyusuri tebing sungai itu, mahu mencari arah datangnya suara-suara itu. Sampai sahaja Hakim di kawasan air terjun, dia bagai dipukau. Di bawah sinaran purnama penuh, dia menyaksikan tujuh orang gadis berdiri di atas batu-batuan di tengah sungai sambil mengalunkan lenggok tubuh dan tangan dengan gemalai mengikuti rentak nyanyian mereka. Pakaian mereka kelihatan seperti pakaian puteri jawa yang berhias indah sekali. Hanya, mereka membelakanginya. Hakim terus-terusan memerhati. Dia benar-benar terpukau.

Lelaki itu juga melangkah lebih dekat dan…. Prakk! Bunyi ranting dipijak menghentikan suara-suara itu mendadak. Pergerakan gadis-gadis itu turut terhenti. Hakim pula bagai terjaga dari mimpi yang panjang. Dia menelan liur. Peluh sejuk membasahi tubuhnya. Jantungnya sudah bergerak tidak sekata. Dia tahu apa yang di depan matanya kini. Mulutnya terkumat-kamit membaca ayat kursi sambil hatinya tidak berhenti berdoa agar gadis-gadis di depannya itu tidak berpaling. Ikutkan logik akalnya, dia sudah mahu membuka langkah seribu tapi tubuhnya seolah-olah melawan kehendaknya. Akhirnya…

Zap! Ketujuh-tujuh gadis itu berpaling serentak. Hakim dapat melihat jelas wajah mereka yang terlalu buruk dan membengis di hadapannya. Tanpa amaran, tubuhnya rebah menyembah bumi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience