“Ya?” sahut Tasha.
Kenapa kau masih hidup?
“Tak tahu”
Ibu kau dah gila. Dah kena campak dalam hospital gila. Tak lama lagi kau akan jadi macam dia…
“Daripada aku masuk tempat tu. Lebih baik aku mati”
Dari dulu lagi kau cakap nak mati tapi setiap percubaan kau gagal.
“Mungkin sebab aku tak mahu mati lagi”
Tasha, kau tak layak hidup. Selama kau hidup, pernah kau bahagiakan orang disekeliling kau?
“Tak”
Then, you don’t deserve anything…
Tasha meraup rambutnya yang panjang itu ke belakang. Sejak dari semalam dia duduk di beranda dan berhalusinasi. Sepanjang waktu itu jugalah ‘suara’ yang wujud dalam fikirannya selama bertahun-tahun menemani dan berbual dengannya. Walaupun suara itu tidak pernah menenangkannya tapi dia tidak mahu suara itu diam kerana selama bertahun, hanya suara itu yang menemaninya. Lagipun apa yang suara itu katakan padanya semuanya benar. Dia lebih percayakan suara itu daripada orang sekelilingnya.
…..
Iphone milik Kris tidak berhenti mengeluarkan bunyi hinggakan Kris terpaksa juga bangun dan menjawab panggilan itu.
“Hello? Nak apa call aku pagi-pagi ni?…. Ohw, yalahlah. Nanti aku sampai…” Kris mematikan panggilan. Dengan mata yang masih terpejam itu, tangannya tergagau-gagau mencari Tasha tapi tiada sesiapa di sebelah. Matanya terbuka luas, mukanya sudah pucat.
“Ta… Tasha…” Kris panik. Dia bangun dengan cepat dan terus meluru keluar dari kamar untuk mencari Tasha tapi Tasha tiada dimana-mana. Tasha tiada di dalam rumah itu. Dia mula fikir yang bukan-bukan.
Tasha tinggalkan aku ke? Tasha pergi dari sini, tinggalkan aku sendirian? Kris cuba untuk tidak berfikir seperti itu tapi setiap langkah yang diaturnya, jantungnya berdegup kencang. Kris menyentuh dadanya yang mula terasa sakit.
“Tenang Kris tenang…” ujar Kris tapi dia tidak mampu menipu dirinya sendiri. Kris menyentuh tombol pintu tapi sakit di dadanya membuatkan dia rebah dihadapan pintu itu.
“Kris!!!” teriak Tasha. Dia baru saja pulang dari berjogging, dia masuk melalui pintu belakang. Ketika itulah dia ternampak Kris yang sudah terduduk dihadapan pintu depan. Kris tidak mendengar suara Tasha, dia merasakan sakit yang teramat sangat di dadanya hinggakan sukar untuk dia bernafas. Tasha memeluk Kris.
“Kris, tarik nafas. Hembus perlahan-lahan…..” Tasha mengusap belakang Kris. Kris memejamkan matanya, dia melakukan apa yang disuruh oleh Tasha.Selepas beberapa saat barulah keadaan kembali normal, Kris menyandarkan kepalanya dibahu Tasha. Kedua-dua tangannya merangkul pinggang Tasha yang ramping itu.
“Tasha, please don’t leave me…”rayu Kris, suaranya serak. Tasha tahu pasti Kris sudah menangis kala ini cuma Tasha tak nampak muka Kris kerana Kris melindung muka pada bahu Tasha.
“Aku takkan pernah tinggalkan kau” ujar Tasha sekadar untuk menyedapkan hati Kris.Kris memeluk Tasha erat.Tasha membiarkan Kris merasakan kehangatan dari pelukannya sedangkan dia tidak merasakan apa-apa daripada sentuhan Kris.
Kris, aku takkan tinggalkan kau. Kalau aku lari, kau akan rasa sedih dan sunyi seperti yang aku rasakan sekarang ini. Aku tak mahu kau derita seperti aku. Jadi, apa pilihan yang aku ada Kris? Aku tiada pilihan lain selain terus berada disamping kau…. I will never leave you…
…..
Tasha sudah sedia untuk sesi bergambar untuk cover magazine. Susuk tubuhnya yang kurus dan ramping itu membuatkan gambar tampak cantik jika diambil dari mana-mana sisi. Dia sering ditanya apakah tips untuk menjaga tubuh badannya, Tasha tidak mampu memberi jawapan kerana yang sebenarnya dia menderita penyakit anorexia. Sejak dia menjadi model, dia ketagih untuk mendapatkan susuk tubuh yang cantik dan menarik jadi dia mula tidak makan dan bersenam dengan gigih. Jika bukan disebabkan oleh Kris yang selalu menyokongnya untuk kesembuhannya pasti dia sudah mati kerana penyakit itu. Walaupun kini dia semakin sembuh tapi dia selalu jugak merasa tidak yakin dengan tubuh badannya.
“Natasha, awak berehatlah dulu. Nanti kita sambung lagi” jurugambar yang mengambil gambar Tasha memberitahu pada Tasha. Tasha akur, dia menyandarkan kepalanya pada kusyen dan cuba untuk merehatkan matanya.
“Saja nak curi tulang ya? Sesuka hati saja nak tidur kat sini”
Tasha mengulas senyuman nipis. Dia kenal suara itu. Suara yang garau itu milik Kris Yong. Jadi, Tasha tetap memejamkan matanya. Dia siap memeluk lengan Kris dan bersandar di bahu Kris.
“Kris, Sha mengantuk” Tasha bersuara manja.
“Bangun, bangun” Kris menunjal dahi Tasha. Tapi Tasha tetap berdegil.
“Tak mahu” bentaknya.
“Bangun laaa”
“Tak. Ma. Hu” Tasha tetap memejamkan mata. Nak tunjuk perangai degil sikit.
“Baik bangun kalau tidak nanti I kiss you”
Share this novel