Asal lak dia buat diari? Mamat ni la, macam perempuan betul. Tak pasal-pasal rahsia aku terbongkar lagi. Terbongkar di tangan lelaki spesies macam Shad lak tu. Bukan macam Shad dah, memang macam macam Shad. Dah namapun kembar.
“Kenapa dia buat diari? Rasanya tak perlu kut”
“Aku tak tahu sama ada nak cerita tak kat kau pasal ni tapi memandangkan Shad tahu banyak benda pasal kau, aku rasa nak bagi adil aku kenalah cerita sikit pasal dia kat kau. Sebenarnya Shad pengidap Leukimia. Barah tu dah merebak ke seluruh sel badan dia. Setiap kali dia buat terapi, dia jadi lemah dan dia tak mampu nak ingat semula secebis daripada memori dia. Dia tak mahu buat kemoterapi sebab dia tak mahu lupa pada semua orang tapi ibu pujuk dia. Ibu bagi dia diari ni dan tulis semuanya jadi bila dia lupa, dia hanya perlu baca diari ni dan ingat semula. Kemudian barulah Shad nak sambung rawatan dia. Sejak dari hari itulah dia mula buat diari” cerita Shay.
Tasha tergamam. Kisah yang diceritakan oleh Shay bagaikan batu yang menghempap hatinya.
“Aku tak tahu apa yang kau hadapi Tasha tapi bagi Shad, jika esoknya dia mampu membuka mata dan bernafas adalah satu anugerah. Setiap masa bagi dia adalah berharga. Kau mungkin rasa hidup kau tak bermakna tapi kau kena buka minda kau, ramai lagi yang tak diberi pilihan seperti kau. Kau boleh pilih sama ada kau nak teruskan hidup dengan bahagia ataupun hidup menderita dan akhirnya mati sama ada bunuh diri ataupun sebab sakit tua tapi orang macam Shad, dia tak ada banyak pilihan. Kalau dia nak hidup pun, dia tak banyak masa”
“Aku dah lama hidup mendengar suara dalam fikiran aku. Suara itu selalu tidak bersetuju dengan aku. Suara itu menghina aku, dia cakap aku tak layak hidup dan hanya patut mati…”
“Kenapa kau percayakan suara itu?”
“Bila aku tak ada sesiapa, hanya suara itu yang menemani aku kala aku kesunyian dan kesedihan. Walaupun dia selalu menghina aku tapi sekurang-kurangnya dia jujur. Dia bercakap benar. Bukannya seperti orang lain yang selalu tipu aku”
“Tasha, kau kena lawan kehendak suara itu. Kau tak perlukan sesiapa untuk judge kau, kau boleh judge diri kau sendiri Sha. Sebelum kau fikir tentang orang lain, kau perlu fikirkan tentang diri kau dulu. Adakah kau sayangkan diri kau? Kalau kau sayangkan diri kau, kau takkan dengar suara itu, kau takkan ikut kata suara itu supaya sakitkan diri kau. Kalau suara itu kata kau tak layak untuk hidup, kau sepatutnya pertahankan diri kau. Kau perlu lakukan semua itu sebab kau sayangkan diri kau, kau berhak untuk hidup…”
“Dr. Shay” Dr. Maya memanggil Shay. Shay memandang pada Tasha sekilas sebelum dia bangun dan mendekati Dr. Maya. Mereka berdua berjalan ke bilik Dr. Maya, nak berbincang sesuatu barangkali. Tasha memikirkan kata-kata Shay sebentar tadi. Diari milik Shad yang terkuak di atas meja dipandang. Tasha menarik diari dan dia membaca setiap helaian dalam diari itu.
Secara tidak sengaja Tasha terbaca sesuatu. Ketika itu juga dia mendapat mesej daripada Kris.
From : Kris
To : Tasha
Tasha, aku nak balik LA.
Tasha memandang pada mesej itu. Kemudian dia memandang pada diari Shad. Dia terbaca catatan Shad sebelum Shad bergerak ke LA untuk menemui Kris iaitu beberapa minggu yang lalu.
Sebelum aku mati, aku nak tengok semua ahli keluarga aku berkumpul sekali. Papa, ibu, Shay, Sarah dan jugak Kris. Sebelum aku mati, aku berbaik dengan Kris. Dalam keluarga aku, Kris abang sulung tapi sebab dia tak ada, akulah yang terpaksa pikul tanggungjawab abang itu. Aku nak sekali dalam seumur hidup aku, aku nak rasa ada seorang abang…
Tasha terus berlari menahan teksi. Dia perlu menghalang Kris.
Setiap hari papa akan termenung di atas sejadah selepas saja selesai solat Subuh. Dia akan baca Yasiin dan terselit gambar mummy dan Kris dalam Yasiin itu. Papa beritahu yang dia sudah lama maafkan mummy dan baginya, hidupnya akan lengkap kalau Kris ada disampingnya. Setiap hari papa asyik cerita tentang Kris, bertapa dia merindui Kris dan telatah Kris. Aku membesar dengan mendengar papa ceritakan bertapa sayangnya dia pada Kris. Aku tak cemburu tapi aku gembira sebab aku ada seorang abang. Bila aku dapat tahu yang abang aku sakit dan menderita masalah mental kerana trauma, aku jadi sedih sebab aku tak ada di samping dia di saat dia amat perlukan aku. Jadi, aku bertekad. Aku akan bawa dia pulang ke Malaysia dan satukan kami sekeluarga. Aku tak ada banyak masa jadi aku harap ALLAH akan panjang umur aku hinggalah permintaan aku yang terakhir ini termakbul.
Muhammad Arshad bin Aiman Yong.
Tasha berlari masuk ke dalam KLIA sebaik saja sampai. Tidak mudah nak mencari Kris, Tasha sampaikan sudah hampir-hampir berputus asa. Dia duduk di atas bangku, nafasnya termengah-mengah dan dadanya berombak.
“Aku cuma nak tolong Shad. Aku nak tolong Shad tapi aku rasa tak berguna sangat” Tasha memukul kepalanya sendiri, sebal dengan dirinya yang langsung tidak berguna.
“Hoi, duduk apa kat sini?” jerit Shay tepi telinga Tasha. Tasha terkejut, hampir-hampir dia melompat.
“Shay?”Tasha kalih ke tepi. Dia melihat Shay yang berdiri di tepinya dengan senyuman seolah-olah dialah hero yang datang untuk menyelamat.
“Kau rasa dia kat mana?”
“Siapa?”
“Kris la”
“Itulah, aku duk cari daripada tadi lagi” jawab Tasha. Shay duduk disebelah Tasha. Kedua-dua mereka bersandar pada penyandar. Tiba-tiba teriakkan seorang gadis membuatkan kedua-dua mereka berdiri tegak.
“Itu suara…..” Tasha memandang pada Shay. Shay juga memandang pada Tasha. “Sarah” sambung Shay. Selepas itu mereka itu berlari ke arah suara jeritan itu.
“Kau tahu Shad sakit. He’s dying” jerit Sarah. Dia bengang dengan sikap Kris. Dia tahu Kris benci pada keluarganya tapi Shad sudah bersungguh-sungguh untuk menyatukan keluarga mereka, nak tak nak terpaksalah dia mengejar Kris. Dia tak mahu kecewakan Shad.
Share this novel