BAB 2

Romance Completed 6936

Lantas Tasha bangun. Kris ketawa perlahan, dia kemudiannya menyentuh bahu Tasha dan memaksa Tasha untuk tidur di atas ribanya.

“Tidurlah atas riba, nanti sakit pula leher kalau sandar kat bahu”

Tasha tidak membantah, dia meletakkan kepalanya di atas riba Kris. Dia mendengar Kris menyanyikan lagu untuknya, dia tak faham sebab Kris menyanyi dalam bahasa Mandarin. Memang Tasha juga berketurunan Cina tapi dia dibesarkan di Scotland oleh ibunya yang merupakan wanita berbangsa Inggeris,lain pula dengan Kris. Kris dibesarkan oleh ibunya yang merupakan gadis kacukan Cina dan Korea. Ayah Kris pula merupakan lelaki Cina yang kini sudah memeluk Islam selepas dia berkahwin dengan seorang perempuan Islam. Ya, ibu dan ayah Kris sudah bercerai. Disebabkan penceraian ibu dan ayahnya, Kris mula menagih kasih dari Tasha.

Lama Tasha melelapkan mata. Dia nampak seperti tidur tapi sebenarnya dia sedar. Sepanjang waktu itu dia merasakan jari-jemari Kris bermain-main dengan rambutnya, suara Kris tidak henti-henti mengalunkan lagu yang merdu itu. Kris sangat baik dan lemah lembut tapi kenapa Tasha tidak mampu mencintai Kris sepertimana Kris mencintai dirinya?

“Sir, persembahan colletion sir dah nak tamat. Sudah tiba giliran sir untuk naik ke atas pentas” panggil pembantu Kris. Kris mengangguk sekali, dia mengulas senyuman nipis. Tasha terus bangun.

“Pergi Kris. Jangan biar mereka tertunggu” ujar Tasha. Kris diam seketika, dia menyentuh dagu Tasha.

“Malam ni ada makan-makan untuk meraikan kejayaan collection aku kali ini. Kau bersiaplah cantik-cantik, jadi partner aku malam ni”

“Of course love” jawab Tasha. Kris mendekat, dia menarik leher Tasha supaya dekat dengannya lalu dia mengucup bibir Tasha sebelum dia meninggalkan Tasha terpinga-pinga sendirian disitu. Tasha tidak suka apabila dia dicium oleh Kris kerana dia merasakan Kris tidak layak untuknya. Kerana selama ini dia hanya berpura-pura mencintai Kris.

Perasaan cinta sudah tidak wujud lagi dalam hati Tasha. Dia sudah hilang harapan untuk meneruskan kehidupan. Baginya ada suara yang berbisik dalam fikirannya memberitahu bertapa dia tidak diperlukan dalam dunia ini. Dia mula mendengar suara-suara ini ketika dia berusia sembilan tahun.

Sejak kecil, Tasha tidak pernah merasa kasih dari seorang ayah kerana ayahnya mati dalam nahas jalan raya. Tasha satu-satunya anak Lee Zi Tao, keluarga Encik Lee ingin mengambil Tasha dari ibunya. Jadi ibunya telah membawa Tasha ke Scotland jauh dari keluarga Encik Lee. Namun tindakannya itu merupakan satu kesilapan besar. Puan Cheryl mengidap tekanan jiwa kerana kehilangan suaminya. Dia selalu memukul Tasha dan memarahi Tasha.

Tanpa dia sedar, perilakunya itu membuatkan Tasha mula berubah sikap. Dia murung, berhalusinasi dan mula mendengar bisikan dalam kepalanya. Penyakit Tasha berlanjutan hinggalah umurnya mencecah 16 tahun. Ketika itu, Puan Cheryl sudah meroyan dan terus dimasukkan ke hospital gila. Tasha pula pulang ke China dan tinggal bersama keluarga Encik Lee.

Tasha sudah hilang harapan untuk hidup. Dia mendengar suara menyuruhnya untuk mencederakan dirinya. Dia menjadi tertekan jika dia tidak menoreh tangan walaupun untuk sehari. Setiap hari dia akan mencari pelbagai cara untuk menyakiti dirinya. Semua itu berterusan hinggalah Tasha bertemu dengan seorang wanita, ibu kepada Kris Yong. Pada hari itu segalanya berubah…

“Janji dengan aunty yang Natasha akan sentiada ada disamping Kris”

“I promise”

Disebabkan janji yang termenterai, kini Tasha terikat. Walaupun dia rasa nak mati tapi dia tetap perlu hidup kerana janji yang dibuatnya. Sampai bila dia mampu bertahan? Dia benar-benar nak mati, dia sudah tidak mahu hidup. Jiwanya terseksa. Anorexia? Dia bukannya anorexia tapi itu cumalah alasan dia untuk menyeksa dirinya sendiri. Kenapa dia buat begitu? Kerana suara itu berkata padanya….

‘You don’t deserve anything’ sesaatpun suara itu tidak pernah berhenti membisikkan kata-kata itu padanya dan Tasha tidak punya kekuatan untuk menidakkan perkara itu. Suara itu sudah bertahun menemaninya, dia percayakan apa saja yang dikatakan oleh suara itu.

…..

Tasha bersiap untuk ke majlis makan malam yang diadakan untuk meraikan kejayaan Kris pada malam itu. Dia memandang dirinya yang sudah cantik mengenakan gaun labuh merah jambu itu. Walaupun dia nampak cantik tapi dia tidak percaya pada cermin itu. Suara dalam fikirannya memberitahu yang rupanya langsung tidak mempesonakan, tubuhnya pula menjijiknya.

Tasha mengetap bibir, menahan dirinya daripada melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Jika diikutkan hati, dia sudah lama mengambil pisau dan menoreh tangannya.

“Tasha…” Kris muncul di dalam kamar Tasha.

“Jom kita pergi” ajak Kris, dia menarik tangan Tasha. Kris tidak pernah bersuara dihadapan Tasha kerana takut Tasha tersinggung tapi Tasha terlalu kurus. Kris hampir-hampir kehilangan Tasha dahulu, dia tidak mahu kehilangan Tasha lagi. Anorexia, kenapa perlu wujud penyakit seperti itu? Kris semakin bimbang melihat keadaan Tasha sekarang ini.

Kris memandu kereta sport miliknya tapi bumbung kereta tidak dibuka seperti biasa. Dia tahu tubuh Tasha tidak tahan sejuk.

“Tasha, you know it right?” tiba-tiba Kris bersuara, memecah kesunyikan yang sejak dari tadi membelenggu kedua-dua mereka.

“What?”

“You’re beautiful”

Tasha tersentak. Dia melihat pada cermin sisi kereta. Dia nampak pantulan wajahnya pada cermin itu. Ketika itu suara itu menghasut mindanya lagi.

Kenapa harus menipu Kris? Kau tak sayangkan aku ke Kris? Kalau kau sayangkan aku kenapa kau perlu tipu aku? Aku tahu Kris, aku jijik…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience