BAB 7

Romance Completed 6936

“Aku betul-betul tak sihat” jawab Shad.

“Jangan tipu. Kau juga adalah masalah dengan pemakanan kau kan?”

“Kau fikir aku macam kau ke? Haha, jangan mengarutlah” Shad menepis tangan Tasha daripada memegang bahunya.

“Kau minta diri ke tandas sebab nak muntahkan makanan yang kau makan tadikan?” tanya Shad yang sudah duduk bersandar pada dinding, mukanya tampak letih.

“Aku tak belum lagi muntahkan apa yang aku makan tadi” jawab Tasha.

“Tapi kau tetap nak buat macam tu” balas Shad. Tasha diam, dia duduk disebelah Shad tanpa bersuara lagi. Kedua-dua mereka diam. “Tasha” Shad bersuara.

“Penyakit kau tak ada penawar Sha”

“Aku bukannya nak nampak cantik. Aku bukan nak kurus. Bagi aku, aku buat semua ini untuk seksa diri aku sendiri”

“Ke…kenapa?” tanya Shad kaget.

“Sebab aku tak layak untuk rasa bahagia”

“Apa yang buat kau fikir begitu?”

“Ada suara dalam fikiran aku” Tasha menunjal pelipisnya. “Sewaktu aku kecil, suara ini selalu teman aku. Masa aku dapat rawatan dulu, doktor tu cakap suara itu akan hilang kalau aku sembuh. Aku tak mahu sembuh. Kalau aku sembuh, aku tak ada kawan lagi. Bagi aku, suara aku itulah kawan aku. Bila aku sunyi, suara ini bercakap dengan aku dan bila aku sedih, suara ini yang selalu aku dengari. Suara ini beritahu aku yang aku tak layak bahagia dan hidup gembira. Suara itu buat aku rasa sedih, jadi aku nak dia pergi untuk seketika. Suara itu hanya akan pergi bila fikiran aku penuh dengan perkara lain. Bila aku toreh tangan aku, sakit yang aku rasa itu menghalau suara yang aku dengari. Bila aku fikirkan tentang kalori dan makanan, aku terlupa seketika bertapa hinanya aku. Jadi, kau faham tak kenapa aku buat semua ni?” Tasha kini memandang muka Shad. Shad memandangnya dengan mata yang berkaca-kaca. Tiba-tiba tangan Shad melingkari bahu Tasha. Shad memeluk Tasha erat, rambut Tasha diusap perlahan. Tasha terkelu, dia mengeraskan badannya.Waktu seakan-akan berhenti.

Shad tidak tahu mengapa dia terlalu beremosi. Dia ingin memeluk Tasha dan melindungi gadis itu. Ketika dia memeluk Tasha, dia sendiri tidak tahu apa yang hendak dikata untuk menyenangkan hati itu tapi yang pasti dia ingin sekali melindungi Tasha.

“Aku minta maaf” ujar Shad setelah sekian lama berdiam diri.

“Untuk apa?” tanya Tasha.

“Sebab peluk kau”

“Kalau macam tu.. Rasanya boleh dah kau lepaskan aku”

“Sekejap. Sekejap lagi”

“O..ok”

“Kau dengar tak lagi suara tu? Suara tu ada cakap apa-apa lagi tak pada kau?”

Tasha langsung terlupa akan suara itu. Suara itu sudah meninggalkannya untuk beberapa hari ini. Kali terakhir dia mendengar suara itu adalah pada malam dia menoreh pergelangan tangannya itu. Dia juga tidak tahu mengapa, mungkin kerana fikirannya kusut memikirkan Kris dan juga lelaki baru yang hadir dalam hidupnya itu.

“Tak. Dah lama dia tak muncul” beritahu Tasha.

Tasha mendengar Shad melepaskan nafas lega. Tangan Shad masih lagi mengusap belakang kepalanya. Sentuhan itu membuatkan dia merasa sesuatu dalam hatinya. Untuk pertama kali sejak dia jatuh sakit, dia merasakan dirinya tidak perlu bergantung pada suara yang sering menemaninya. Mungkin kerana sebab itulah dia tidak lagi mendengar suara itu dalam fikirannya.

Shad meleraikan pelukan itu, dia memandang muka Tasha dengan pandangan yang serius.

“Dengar sini Tasha, kalau suara itu muncul lagi kau carilah aku. Kau tak perlukan suara itu, aku cuma perlukan aku saja. Aku akan sentiasa ada disamping kau” beritahu Shad dengan nada yang serius.

Tasha mengulas senyuman tawar. Dia tak percayakan kata-kata Shad, Shad berkata begitu kerana kasihan padanya saja.

“Jom la. Kris tengah tunggu kita” Tasha ingin bangun tapi tangannya ditarik oleh Shad.

“Aku cakap begitu sebab aku rasa sesuatu bila bersama kau. Kau buat aku rasa sesuatu, sesuatu macam.. ‘aku perlu lindungi kau’.. Bila aku dengar cerita kau, aku lagi bimbang. Bukan sebab aku kasihankan kau atau apa tapi sebab aku risaukan kau. Aku tak mahu apa-apa jadi pada kau. Perasaan apa ini? Normal ka kalau kita risaukan seseorang itu lebih dari diri kita sendiri? Nak kata cinta… aku rasa masih terlalu awal untuk itu.. Aku tak tahu apa dan siapa kau bagi aku tapi yang pasti aku peduli tentang kau. Jangan fikir yang aku cakap macam tu sebab aku kasihan pada kau. Aku juga tak suka orang berkawan dengan aku sebab kasihan aku” jelas Shad.

“Well, terima kasih sebab ambil berat” Tasha mengulas senyuman ikhlas. Shad turut mengukirkan senyuman tatkala matanya merakam senyuman Tasha yang cantik itu. Dia ingin menyimpan kecantikan itu dalam ingatannya. Tapi sampai bila memori itu mampu bertahan? Apabila persoalan itu muncul di benak fikirannya, senyumannya pudar.

“Jom la. Kris dah lama menunggu kita” Tasha sudah berjalan dulu dihadapan Shad. Shad mengikut Tasha dari belakang.

“Tasha” Kris mengerutkan dahinya apabila melihat Tasha dan Shad datang bersama. Dia mempamerkan pandangan yang mencurigakan pada Shad. Shad buat-buat tak faham, dia berpura-pura sibuk hendak membayar bil mereka.

“Tak payah bayar. Aku dah bayarkan tadi. Ahh, Shad… Aku dan Tasha ada benda yang nak buat. Kami nak gerak dulu” beritahu Kris, sepertinya ingin cepat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience