BAB 3

Romance Completed 6936

“Aku tahu Kris. Aku cantik, kalau tidak macammanalah aku jadi model” jawab Tasha tenang. Suara dalam fikirannya hanya ketawa seolah-olah mengejeknya.

Kris mengulas senyuman lebar. Dia sudah berpuas hati mendengar jawapan dari Tasha. Mereka sampai di restoren itu. Kedatangan Kris amatlah dialu-alukan. Tasha sebagai pasangan Kris turut disambut dengan mesra. Semua orang memuji kecantikan Tasha yang semula jadi. Sememangnya model Natasha Kim sangat menawan. Dia dipuji kerana memilik wajah yang menarik, walaupun nampak seperti gadis Asia namun Natasha putih dan menawan seperti wanita Inggeris. Dengan ketinggian Tasha dan juga susuk tubuhnya yang mengiurkan, Tasha cukup dikenali dalam dunia hiburan sebagai model dengan bayaran yang tinggi.

Walaupun seringkali menerima pujian namun Tasha tidak pernah percaya apa apa yang dikatakan oleh orang lain. Dia hanya percayakan suara dalam mindanya. Pada malam itu, setiap kali dia dipuji, suara itu akan mentertawakannya. Dia terus bertahan hinggalah akhirnya dia tewas, dia termakan juga dengan semua kata-kata suara itu.

Apabila Kris tiada disampingnya, dia menggunakan kesempatan itu untuk melarikan diri. Dia berfikir seketika mana tempat yang harus dituju. Tandas perempuan? Tidak, tidak.. pasti ada orang disitu dan mereka mungkin mengenalinya. Tasha terus berjalan hinggalah dia sampai di bilik peralatan. Tiada sesiapa disitu. Tasha duduk di atas lantai, disebalik almari. Dia mengeluarkan pisau lipat yang disimpan di dalam beg sandangnya.

Tanpa berfikir panjang, dia menoreh pergelangan tangannya. Selalunya dia akan menoreh pahanya kerana susah untuk dikesan oleh orang lain tapi kali ini kerana terlalu ikut perasaannya, dia menoreh pergelangan tangannya. Pisau itu ditekan lagi. Kesakitannya mengalahkan suara yang semakin kuat menghasutnya. Kesakitannya membuatkan suara itu semakin diam, semakin hilang dan akhirnya suara itu tidak kedengaran lagi.

Ketika itu jugalah ada tangan yang menarik pisau lipat itu dari genggaman Tasha. Tasha terkilan, dia berdoa dalam hati yang orang itu bukan Kris. Doanya mungkin termakbul kerana orang itu bukan Kris tapi dia ada masalah besar yang lain sebab orang tu bukannya Kris.

Oh My God!!!!!!!!!!!!!!! Teriak hati Tasha.

“Kau fikir apa yang kau buat ni?” tanya lelaki itu. Sepasang mata hazel itu merenung tajam muka Tasha. Tasha menepis tangan lelaki itu, dia bangun dan melarikan diri. Dia berjalan keluar dari bilik itu dan naik tangga untuk menyertai tetamu yang lain tapi lelaki yang ditemuinya ketika di dalam bilik peralatan itu sempat mengejarnya. Lelaki itu menarik Tasha dan menolak tubuh Tasha kuat menghentam dinding. Tasha terkunci dalam kurungan yang dibuat oleh lelaki itu.

“Kau cuba cederakan diri kau? Jangan cakap yang kau tak sengaja letakkan pisau itu dipergelangan tangan kau dan toreh…”

“Aku pasti kau stalk aku, kalau tidak kau takkan jumpa aku kat sini. Aku bagi kau amaran, kalau kau sebarkan hal ini pada pihak media, aku akan saman kau”

Lelaki itu memandang Tasha tanpa berkelip.

“Aku tak stalk kaupun. Kenal kaupun tak” jawab lelaki itu, matanya dikecilkan kerana merasakan dirinya ditipu. Memang benar apa yang dikatanya, dia tidak mengenali perempuan itu. Kebetulan saja dia melalui hadapan bilik peralatan itu dan ternampak Tasha. Dia pelik sebab tak sepatutnya ada sesiapa yang merayau di bilik peralatan pada waktu itu dan dia terus mengikut Tasha.

Dia tak kenal aku? Desis Tasha dalam hati. Dahinya dikerutnya. Mana mungkin lelaki itu tidak mengenalinya, dia adalah Natasha Kim. Model yang cukup terkenal, bahkan dia girlfriend lelaki yang diraikan pada oleh semua tetamu pada malam ini.

“Kau tak kenal aku?”

Lelaki itu mengangguk.

“Shad. It’s that you?” suara Kris tiba-tiba menerjah. Tasha kaget, dia segera menyembunyikan tangannya dibelakang punggungnya, dia tidak mahu Kris nampak apa yang telah dia lakukan. Pada malam ini sepatutnya Kris diraikan, dia tidak mahu disebabkannya Kris membatalkan majlis itu.

“Hi Kris” Shad kalih memandang pada Kris, dia mengulas senyuman di atas bibirnya yang merah delima itu.

Kris nampak tidak gembira bersua dengan Shad.

“Apa kau buat kat sini?”

“Aku datang sini sebab urusan perniagaan. Kebetulan aku ada terbaca kat magazine tentang fesyen show kau, jadi aku datanglah sini untuk jumpa kau”

“Ada apa kau nak jumpa aku?”

“Aku cuma rindu nak jumpa dengan abang aku” jawab Shad.

“Aku… Aku jumpa dengan kau lepas ni, ada sibuk sikit sebab ada ramai tetamu”

“Aku faham. Kau pergilah dulu layan tetamu kau”

“By the way, this is my girlfriend. Natasha Kim…” Kris kenalkan Tasha pada Shad. Tasha terkelu, dia memandang pada lelaki dihadapannya itu. Dia tidak pernah tahu yang Kris mempunyai sedara lain. Jika dipandang sekali memang kedua-dua mereka agak sama dari segi ketinggian, susuk tubuh, warna kulit dan juga mata sepet yang dimiliki oleh kedua-dua lelaki itu. Persis kembar tapi jika nak dibandingkan antara Kris dan Shad, Shad nampak jauh lebih muda disebabkan mukanya yang kecil.

“Ohhh..” Shad mengerling pada Tasha. Tasha mengelak daripada bertemu mata dengan Shad. Shad sudah tahu rahsianya. Bagaimana kalau Shad bagitau pada Kris?

“She’s beautiful” hanya itu yang keluar dari mulut Shad. Tasha menantikan apa lagi yang hendak dikatakan oleh Shad tapi hanya setakut itu sahaja. Titik.

“Aku tunggu kau kat luar saja. Lepas kau selesai, datanglah jumpa aku” Shad terus berlalu pergi.

Tasha dan Kris sama-sama memandang Shad keluar.

“Abang kau?” tanya Tasha serta merta apabila Shad sudah keluar. Kris mengangguk, dia mengambil segelas wain yang dihidangkan oleh pelayan.

“Kau tahu tentang papa aku. Dia kahwin dengan perempuan beragama Islam. Mereka ada tiga orang anak. Shad dan Shay, kembar dan anak bongsu mereka Sarah. Shad dan Shay beza umur tiga tahun dari aku”

“Maknanya mereka sama umur dengan aku” sampuk Tasha.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience