BAB 4

Romance Completed 6744

“Aku tak pernah anggap mereka semua adik-beradik aku. Mak mereka penyebab mummy ditinggalkan papa. Aku tak kisah dia nak kahwin lain ke, nak masuk agama lain ke tapi apa yang aku benci adalah…. papa tinggalkan mummy ketika mummy sakit tenat… Sewaktu mummy meninggalpun papa tak datang..” Kris menghabiskan wain sekali gus. Sakit hati dia memikirkan hal itu.

“Papa tinggalkan aku. Mummy tinggalkan aku. Semua orang tinggalkan aku….” tiba-tiba Kris berkata begitu. Kris memandang pada Tasha. “Kalau kau juga tinggalkan aku, aku akan bunuh diri…”

“Kris…” Tasha ingin mengatakan sesuatu pada Kris tapi Kris terus meninggalkannya sendirian. Tasa menarik nafas panjang, dia bersandar pada dinding dan memandang pada tangannya yang sudah berdarah teruk itu. Tasha cepat-cepat meninggalkan tempat itu kerana takut luka ditangannya dilihat oleh orang lain. Dia terus berjalan hingga tiba tangga menuju ke atas bumbung di restoren itu. Pintu menuju ke bumbung tidak berkunci, jadi Tasha terus naik ke bumbung.

Sampai di situ dia terus duduk di tempat yang disediakan. Dia tak perasan akan Shad yang sedang duduk di bangku berdekatan dengannya.

“Kenapa kau toreh tangan kau?” tanya Shad.

Tasha kaget. Dia melihat Shad yang duduk disebelahnya. Perlahan-lahan lelaki itu bangun dan mendekati Tasha.

“Tolong jangan beritahu pasal ni kat Kris” pinta Tasha.

“Aku tanya kau. Kenapa kau sanggup buat macam tu pada diri kau sendiri?”

“Aku bukannya sengaja”

“Seriously? Tak sengaja?” Shad ketawa tak percaya.

Tasha memejamkan matanya, tidak sanggup bertentangan mata dengan Shad. Tangan kirinya menggenggam erat pergelangan tangan kanannnya yang ditorehnya sebentar tadi.

“Ini kali pertama aku lakukannya.Aku janji tidak akan buat lagi. Jadi tolong jangan sebut lagi tentang hal ini” bohong Tasha. Sekali sekala menipu apa salahnya. Lagipun, bukannya lelaki itu tahu tentang masa silamnya.

“Buka mata” arah Shad. Tasha membuka matanya, dia tidak tahu mengapa dia patuh akan arahan yang dikeluarkan oleh Shad tapi kerana dia tidak mahu Shad mengadu pada Kris tentang hal itu, oleh itu dia mengikut rentak Shad.Sebaik saja dia membuka matanya, dia melihat Shad menghulurkan sesuatu padanya.

“Baik letak ubat. Nanti sayanglah kalau tangan yang cantik itu berparut. Kau model, nanti jadi model tak laku pula” Shad menghulurkan kotak kecemasan pada Tasha.

Tasha mengambil kotak kecemasan itu, tangannya mengigil disebabkan kesejukan. Melihat keadaan Tasha yang seperti itu, Shad dengan rela hatinya membantu Tasha. Dia duduk disebelah Tasha dan mengubati luka di pergelangan tangan Tasha. Dia bersihkan darah, kemudian letak ubat sebelum menampalkan plaster.

“Aku tak tahu kenapa kau buat semua ni. Tapi kalau fikir dalam dunia dah tak sesiapa yang perduli tentang kau, kau contact la aku. Aku mungkin bukan sesiapa bagi kau tapi anggaplah aku kisah tentang kau” Shad menggariskan senyuman.

Mimpi jelah. Malam ini adalah kali pertama dan terakhir aku jumpa aku. Aku berdoa kita tak akan berjumpa lagi lepas ni. Getus Tasha dalam hati.

“Semua orang ada masalah. Tapi setiap masalah itu adalah jalan penyelesaiannya sendiri. Jangan ambil jalan mudah” nasihat lelaki itu lagi.

Tasha tidak mempedulikan apa yang dikatakan oleh Shad, dia melemparkan pandangannya pada langit malam. Langit malam tampak mempesonakan dengan bintang yang bertaburan di atasnya.

Shad siap membalut luka di tangan Tasha. Dia ingin berlalu pergi tapi Tasha menarik lengan bajunya. Shad memberhentikan langkahnya.

“Kenapa kau sanggup sakiti Kris? Kris tak mahu ada kaitan lagi dengan family kau terutamanya dengan ayah kau. Sejak mummy dia meninggal, Kris tak ada tempat nak bergantung harap. Hanya aku yang berikan dia apa yang dia mahukan, cinta dan kasih sayang walaupun apa yang beri pada dia hanya palsu dan lakonan tapi itu yang mampu bagi dia harapan. Dia semakin sembuh dari penyakit murung dan trauma dia tapi setiap hari dia berharap yang aku ada disamping dia. Bila aku jauh, dia panik dan mula cederakan diri dia sendiri. Sekarang aku dah tak boleh lari. Aku tak mahu sakitkan Kris sepertimana yang mak ayah kau buat pada dia. Tapi untuk aku, aku terpaksa lalui hari-hari yang menyakitkan. Hanya ini yang aku mampu lakukan untuk hidup. Kau nampak aku buat tadi, itulah yang aku lakukan untuk hidup”

Shad nampak terkejut. Dia diam seketika sebelum berpaling memandang Tasha.

“Ibu aku bukan penyebab kematian mummy”

“Ibu kau rampas ayah Kris. Ibu kau sebab ayah Kris tinggalkan mummy Kris dan dia”

“Papa tak pernah tinggalkan mummy. Papa tak pernah tinggalkan Kris. Sewaktu mummy mati, kami sekeluarga pergi melawat tapi keluarga mummy tak benarkan kami tengok mummy. papapun mereka tak bagi. Nak jumpa Kris, lagilah mereka tak benarkan. Papa tetap berkeras nak jumpa Kris tapi Kris dah tak ada lagi kat China. Jejak Kris hilang macam tu je..”

Selepas mummy meninggal, Kris dan aku pindah ke LA. Kami tinggal di LA hinggalah hari ini.. ujar Tasha pada dirinya sendiri.

“Dua tahun lepas,kebetulan aku terbaca tentang Kris dalam magazine. Aku terus beritahu papa dan papa ambil tahu tentang Kris. Kami sekeluarga datang untuk jenguk Kris tapi setiap kali kami datang, Kris enggan jumpa kami”

“Habis itu kenapa kau datang lagi ke sini? Dia cuma nak sedapkan hati kau je tadi cakap yang dia akan jumpa kau tapi lepas saja majlis ni tamat, dia akan terus lari balik..”

“Tak. Aku akan jumpa dia. Aku mesti jumpa dia…” potong Shad. Matanya membuntang ketika dia bersungguh-sungguh memberitahu Tasha perkara itu.

Tasha bangun, dia tidak mahu bercakap lagi dengan lelaki itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience