BAB 13

Romance Completed 6936

“Buat apa aku nak ikut?”

“Kata nak jadi isteri aku. Nanti aku nak kau hantarkan makanan. Jom la kita keluar makan sekali. Kat depan syarikat ada kedai best punya. Kau tunggu la situ semetara aku siapkan kerja sekejap” pujuk Shad dengan bersungguh-sungguh. Tasha berpura-pura fikir sebentar, saja nak acah-acah Shad.

“Aku bukannya ada kerjapun kat sini. Tak salah kut kalau aku ikut kau”

“Eleh, nak ikut tu bagitau je la”

“Yalah, memang aku nak ikut” Tasha beralah. Shad tersengih. Dia dan Tasha kemudian berjalan ke arah kereta Shad. Shad membuka pintu untuk Tasha. Sepanjang perjalanan mereka bersembang dan bergelak tawa. Bagi Tasha, saat-saat bersama Shad membuatkan dia semakin gembira. Dia ingin menghabiskan cutinya di Malaysia bersama Shad, bukan sahaja cuti, dia ingin habiskan hayatnya bersama Shad. Dia cuba beritahu pada Shad tapi apabila dia mula cakap pasal perasaan ,Shad sepertinya mengelak daripada membincangkan mengenainya.

“Okay, kita dah sampai. Kau tunggu kat restoren tu dulu. Aku naik atas dan sain beberapa dokumen” Shad turun dari ketera, begitu juga dengan Tasha.

“Cepat sikit ya” laung Tasha apabila Shad sudah menjauh.

“Of course” jawab Shad, dia melambai pada Tasha sebelum berlari masuk ke dalam Valqis Company. Tasha menunggu Shad. Menunggu punya menunggu, akhirnya sudah tiga jam berlalu tapi Shad masih tidak muncul. Katanya nak pergi tandatangan dokumen je tapi bukan main lama. Kerana sudah tidak tahan menunggu lama, Tasha terus naik ke pejabat Shad. Dengan bantuan beberapa pekerja, dia dengan selamatnya tiba di hadapan bilik Shad. Dia mengetuk pintu, nak bagi privasi sikit tapi Shad tak menyahut. Akhirnya Tasha main redah je.

“Shad…”panggil Tasha. Dia melihat Shad tiada disitu tapi dia dapat mendengar suara sayup-sayup meminta tolong. Tasha bergerak mengikut nalurinya. Sedang tidak sengaja dia terpijak seseorang. Dia terjerit kecil.

“Shad!!” teriak Tasha. Terkejut dia melihat Shad terbaring di atas lantai. Tasha memangku kepala Shad di atas ribanya.

“Shad, apa yang berlaku?” tanya Tasha bimbang.

“Sakit..” keluh Shad. Suaranya hanya kedengaran lemah dan tidak berdaya.

“Aku call ambulans ya” Tasha cemas. Tangannya menggigil ketika mencuba untuk menelefon ambulans. Melihat bertapa takutnya Tasha, Shad menggunakan tenaga yang bersisa untuk menenangkan Tasha. Dia mengusap lengan Tasha perlahan.

“Tolong jangan takut sangat. Aku tak apa-apa” ujar Shad.

“Macammana kalau apa-apa berlaku?”

Shad ketawa perlahan tapi tawanya hanya sampai satu oktaf saja. Tubuhnya terasa sakit teramat sangat sampaikan dia tidak berdaya untuk membuka mata. Nafasnya turun naik dan air matanya mengalir kerana sakit menjalar ke seluruh tubuhnya.

Ketika itu telefon Shad berdering. Tasha terus mengangkat panggilan itu apabila dia nampak nama Shay tertera di skrin telefon itu.

“Oii Shad, kau buat apa?” sergah Shay.

“Kau… Kau kembar Shad kan”

“Yalah. Tasha ke ni?”

“Shad sakit. Apa yang patut aku buat sekarang?”

Shay diam seketika.

“Kau dan dia kat mana sekarang?”

“Tempat kerja Shad”

“Ok, Tasha. Tenang. Dengar cakap aku ya… Dalam pejabat Shad ada almari. Kau pakaikan dia baju tebal dan bawa dia ke hospital. Aku hantar kat kau alamat hospital tempat dia selalu terima rawatan”

Tasha patuh. Dia mengambil t-shirt, sweater dari dalam almari. Dia membuka kemeja Shad yang basah, kemudian memakai Shad dengan t-shirt dan sweater. Tasha mengambil sneaker milik Shad, dipakaikan pada Shad.

“Jom kita pergi. Kau boleh jalan?” tanya Tasha. Shad mengangguk kepalanya, dia mencuba untuk berdiri tapi percubaannya gagal. Dia mencuba sekali lagi dan dia berjaya tapi Tasha yang payah nak imbangkan sebab Shad bersandar terus padanya. Sampai di kereta, Tasha meletakkan Shad perlahan-lahan ke tempat duduk dibelakang. Kemudian dia memecut laju ke hospital yang dihantar alamat padanya oleh Shay. Nasib baiklah hospital itu dekat sahaja.

Sampai di hospital, Shad terus digegaskan ke wad ICU. Tasha berkeras ingin menemani Shad tapi dia tidak dibenarkan untuk masuk ke dalam wad itu.

Shay muncul tepat pada waktunya, dia terus menahan Tasha supaya pihak hospital dapat menjalankan tugas dengan lancar.Tasha geram dengan Shay, dia tanya pasal Shad tapi Shay diam saja. Dia jadi sebal dan terus mendiamkan diri. Shay membawa Tasha ke kafeteria. Dia beli makanan kerana dia rasa lapar, dia belikan sandwich untuk Tasha tapi Tasha tak sentuhpun makanan yang diberi.

“Kenapa kau tak makan? Kau risaukan Shad?”

“Aku tak lapar”

“Anorexia. Cutting. Self-harm… Kenapa kau buat semua tu?” tanya Shay tiba-tiba.

“Macammana kau tahu?”

“Aku dengan Shad kembar. Apa yang dia tahu, akupun tahu” provok Shay.

Impossible, dengus Tasha dalam hati.

“Haha.. Kau percaya sangat cakap aku. Well, Shad sebenarnya tak boleh simpan rahsia dari aku. Aku simpan diari dia. Selepas je dia tulis something, aku akan baca diari dia”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience