BAB 15

Romance Completed 6936

“Sarah?” Kris tampak terkejut melihat Sarah.

“Aku tahu kau masih bencikan ibu dan papa tapi boleh tak sekali ini saja, tolong bertahan dengan mereka”

“Aku tak bencikan aunty Aisya ataupun papa.Aku tak bencikan kauorang”

“Habis tu?”

“Aku just rasa tak adil sebab bertahun aku percaya yang aku sendirian sedangkan papa sentiasa menyayangi aku. Aku rasa marah pada diri sendiri sebab aku terlepas segala kebahagiaan itu. Selepas mummy meninggal, aku ada Tasha tapi aku terlalu takut Tasha tinggalkan seperti papa tinggalkan sampaikan aku sakit jiwa. Tapi sekarang sebab aku dah tahu papa sentiasa sayangkan aku, jadi aku tak rasa tertekan lagi. Aku tak perlukan Tasha ataupun ubat lagi untuk jiwa aku. Aku tahu aku tak sendirian… Hanya itu yang aku mahu, aku mahu tahu yang aku tak sendirian dalam dunia ni”

“Kau tak boleh terima kami? Ibu, Shad, Shay dan aku?”

“Bukan aku tak terima just aku fikir aku tak layak” jawab Kris, matanya sudah merah dan titisan air mata mula membasahi pipinya.

“Selama ini aku bencikan aunty Aisya, Shad, Shay dan kau tanpa aku tahu yang kau orang sayangkan aku. Aku ego selama ini sebab aku butakan hati aku dengan dendam dan benci. Memang aku nak, aku nak sangat hidup dengan kau orang but I don’t deserve this…”

“Aku nak hidup Kris” Tasha bersuara. Kris memandang Tasha yang muncul tiba-tiba bersama Shay.

“Aku nak hidup. Ini kali pertama aku rasa seperti ini. Suara itu dah tak mampu nak lawan kehendak aku yang satu ini. Aku teringin sangat nak ketawa dan bergembir, aku tak mahu hidup macam dulu lagi… I don’t need someone to tell me that I don’t deserve anything because it me who decide to be happy or not…”

“Tasha…”

“Ini pilihan kau Kris. Kebahagian tak mencari kita tapi kita yang mencari kebahagiaan itu” ujar Tasha. Kris mengangguk, matanya semakin merah dan wajahnya sudah basah dengan air mata.

“Shad ada Leukimia. Dia dah makin teruk. Dia sekarang kat ICU”

Kris tampak terkejut. Dia tidak pernah tahu yang Shad sakit. Ketika Sarah memberitahunya seketika tadi, dia fikir Sarah hanya main-main.

“Ni diari Shad, kau bacalah” Tasha memberikan diari itu pada Kris.

…..

“Shad”

Shad membuka mata. Dia hendak memanggil lelaki dihadapannya itu tapi dia tidak berdaya, dia hanya mampu mengulas senyuman nipis.

Kris….

“Shad, kau masih lemah. Kau tidurlah dulu. Nanti lepas kau dah kuat, kita bersembang ya. Aku tak akan pergi. Aku akan stay sampailah kau sedar” Kris berbisik di telinga Shad apabila melihat Shad cuba untuk berkomunikasi dengannya.

Setelah mendengar Kris berkata begitu, Shad berasa lega. Dia memejamkan mata dan akhirnya dibuai alam mimpi.

Kris mengulas senyuman. Ketika Shad cuba untuk berkomunikasi dengannya, mesin EKG yang mengesan vital Shad tiba-tiba mengeluarkan bunyi yang nyaring. Dia cepat-cepat menenangkan Shad dan selepas Shad tertidur semula, barulah mesin itu berhenti mengeluarkan bunyi yang nyaring. Doktor yang merawat Shad memberitahu bahawa keadaan Shad sudah stabil setelah dua hari Shad berada di bawah pemerhatian.

“Dua hari dia tak sedarkan diri. Lepas dia bangun, dia cari kau bukannya aku” Shay bersandar pada dinding. Dari suaranya ketika bertutur seolah-olah dia tidak berpuas hati. Kris yang sedang membetulkan selimut yang menutupi tubuh Shad hanya ketawa perlahan.

“Malam ni kau tidur sini ka?” tanya Sarah yang baru sudah memotong buah. Kris mengangguk, dia duduk di atas kerusi yang disediakan. Shay duduk disebelah Kris, dia membelek majalah hiburan dari luar negara.

Kris perasan akan muka Shay yang pucat.

“Kau demam?”

“Biasa je”

Kris menyentuh dahi Shay. Panas, memang benarlah Shay demam.

“Kalau Shad sakit, akupun rasa sakit. Perkara biasalah tu”

“Tapi bila Shay sakit, dia macam budak-budak” Sarah menyampuk.

“Mana ada” bantah Shay.

“Tak percaya, tengoklah sat lagi” ujar Sarah. Shay menjelirkan lidah pada adik perempuannya itu. Kris mengulas senyuman manis hingga menampakkan lesung pipit di pipinya. Sarah ternampak akan senyuman abang tirinya itu. Ketika itu terpesona, dia akui yang muka Kris sama semakin dengan muka Shad dan Shay. Sudahlah tiga-tiga sama tinggi, dah macam kembar tiga dah.

“Abang Kris” panggil Sarah. Kris pula yang kaget, pertama kali Sarah memanggilnya sebegitu.

“Tolong jaga dua orang sakit ni ya. Sarah balik dulu”

Kris tersenyum lagi.

“Apa susahnya?” jawab Kris, dia duduk sambil membaca majalah.

Pada malam itu…

“Shay,

Pada malam itu…

“Kris, kepala aku sakit” adu Shay.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience