“Sarah, knock it off. Tak malu ke dengan tetamu kita. Sudah, sudahlah. Ini urusan papa dan Kris, biar mereka yang uruskan. Kita jangan masuk campur” tegas Shay.
“Malam ni Tasha tidur bilik Sarah. Bila tetamu yang ada abang tak sempat suruh Chik bersihkan” setelah memberi arahan pada Sarah, Shay kalih mengadap Tasha.
“Kau berehat la dulu. Semoga mimpi yang indah-indah” ujar Shay. Shad memandang pada Tasha, dia mengulas senyuman tawar untuk Tasha sebelum masuk ke kamarnya. Shay melakukan perkara yang sama, cuma dia berjalan agak jauh kerana kamarnya terletak di tingkat tiga.
Tasha mengikut Sarah. Bilik Sarah hanyalah disebelah bilik Shad. Masuk saja ke dalam bilik, Tasha meminta kebenaran untuk membersihkan diri. Selesai mandi, dia mengeringkan rambutnya sebelum berbaring disebelah Sarah di atas katil yang sama. Mereka berdua tidak bercakap sepatahpun.
Tasha membelakangi Sarah. Begitu juga dengan Sarah. Walaupun Tasha tak nampak muka Sarah tapi dia tahu Sarah masih belum tidur.
“Aku nak cakap sikit…”
Sarah diam.
“Aku dah lama hidup dengan Kris. Sewaktu dia ditinggalkan, umurnya hanyalah tiga tahun. Dia tak tahu apa-apa, bahkan dia tak ingat. Yang selalu cerita tentang ayah dia pada dia hanyalah datuk dan neneknya”
“Itulah apa yang papa cuba buat tadi” Sarah akhirnya bersuara “Papa nak jelaskan pada dia tapi dia tak mahu dengar” ujar Sarah lagi. Tasha diam seketika.
“Sarah, kau tak faham. Kau langsung tak faham apa-apa. Kris tu seorang yang lemah dan lembut hatinya. Dia jadi garang dan kurang ajar sebab dia nak tutup kelemahan dia depan ayah kau. Dia sebenarnya tahu yang apa yang datuk dan nenek dia cerita pada dia tentang ayah dia tu semua tidak benar. Dia tahu yang penceraian ayah dan mummy dia tu ada sebab lain tapi dia tak mahu tahu semua tu..”
“Kenapa?”
“Some people won’t allow you to speak because they know you won’t lie and they can’t handle the truth” ujar Tasha. Sarah diam, apa yang dikatakan oleh Tasha melekat dalam fikirannya.
…..
Kris terjaga dari tidurnya, dia melihat Tasha duduk di tepi katilnya.
“Tasha, kau buat apa dalam bilik ni?”
“Kenapa? Tak boleh ke?”
“Bukan begitu tapi sekarang ni kita kat rumah papa. Cara hidup kat sini berbeza daripada kita”
“Apa yang berbeza?” tanya Tasya, dia memang tidak tahu apa-apa tentang cara hidup orang Islam.
“Kita ni bukannya suami isteri. Jadi, tak elok kalau berdua-duaan kat tempat yang tertutup macam bilik ni” beritahu Kris.
“Oh… Aku masuk bilik sebab risaukan kau. Kau tak turun sarapanpun. Lagipun, aku takut kalau apa-apa jadi pada kau. Nanti kalau kau tak nampak aku, kau akan panik pula” jelas Tasha.
“Aku fikir macam tu jugak tapi mungkin sebab aku ada di rumah papa, jadi aku rasa selamat. Mungkin…” Kris diam seketika, dia memandang tangannya yang kosong itu.
Sebab kau dah berada di tempat yang paling kau inginkan sejak kau kecil. Kau ingin berada disamping ayah kau. Mungkin sebab itu kau dah tak rasa cemas kalau kau berjauhan dari kau. Kerana orang yang paling kau dahagakan kasih sayang itu adalah papa kau, bukannya aku.. desis hati kecil Tasha.
“Semua orang nak pergi berkelah tepi tasik. Diorang suruh aku kejutkan kau dan kita gerak sama-sama nanti” beritahu Tasha.
Kris masih membisu.
“Kris, pergilah jumpa dengan ayah kau dan tanya dia. Kau pasti tak mahu kehilangan dia. Dia ayah kau Kris, darah dia mengalir dalam tubuh badan kau. Bahkan, kau miliki ketampanan dia. Tengok wajah” Tasha menyentuh pipi Kris.
“Saling tak tumpah seperti wajah ayahnya? Hubungan ayah dan anak takkan mudah terputus. Kau tak nampakkan muka ayah kau semalam? Bertapa kecewanya dia bila kau cakap nak putuskan hubungan kau dan dia?”
“Aku tahu, apa yang aku cakap itu memang kasar tapi aku masih marah pada dia. Dia tinggalkan…”
“Kau percaya cakap datuk dan nenek kau pasal ayah kau? Kau pasti ke diaorang bercakap benar? Sekarang ayah kau ada depan mata kau, lebih baik kau tanya pada ayah kau sendiri pasal tu. Kau dengarlah dengan mata kepala kau sendiri. Aku tahu, dalam hati kau yakin yang ayah kau takkan menipu”
Kris memandang muka Tasha, dia mengulas senyuman nipis.
“Sejak bila kau pandai memberi nasihat Tasha? Kalau kau selalu macam ni, kau boleh jadi pakar kaunseling”
Tasha mengambil bantal lalu dibaling ke muka Kris.
“Pergilah bersiap. Aku tunggu kau kat bawah” jerit Tasha, dia sudah berjalan ke arah pintu. Dia melepaskan lelah, kemudian dia bersandar pada pintu bilik. Sebenarnya dia banyak berfikir sebelum Kris bangun. Susah payah dia merangka ayat untuk dikatakan pada Kris.
“Apapun, berjaya pujuk Kris” Tasha menjerit perlahan. Dia masuk ke dalam bilik Sarah, pintu bilik ditutup. Sebaik saja dia menutup pintu bilik, dia terpaku dihadapan pintu bilik apabila dia bertembung dengan Shad. Shad dengan muka tidak bersalahnya berjalan dihadapan Tasha dengan hanya membalut tuala pada tubuhnya.
“Arrrggghhh” teriak Tasha.
Shad terkejut, sebenarnya dia tak perasanpun Tasha ada disitu.
“Ehh?! Kau buat apa kat sini?” teriak Tasha.
Share this novel