“Kris minta maaf pa. Kris salah faham pada papa selama ini” Kris merangkul tubuh ayahnya. Encik Aiman memeluk Kris erat, dikucup ubun-ubun anaknya itu.
“Anak papa dah kembali ke pangkuan papa” ucapnya perlahan dengan penuh kesyukuran. Dia bersyukur pada Ilahi kerana kembalikan padanya haknya.
Puan Aisya, Shad, Shay, Sarah dan Tasha memandang pada Encik Aiman dan Kris dengan penuh syukur. Shad tiba-tiba menyentuh bahu Tasha.
“Terima kasih sebab tolong aku. Semua ini takkan terjadi tanpa bantuan kau” bisik Shad. Tasha mengangguk perlahan,dia mempamerkan senyuman. Mata Shad berkaca-kaca tapi bibirnya mengukirkan senyuman.
“Don’t cry” Tasha menggerakkan bibirnya.
“I won’t cry. It just onion” balas Shad.
Tasha ketawa perlahan. Dia suka melihat Shad, tambahan pula sekarang ini. Hatinya rasa berbunga riang.
…..
Shay sedang mencuci pinggan, dia ingin menolong ibunya. Ketika itu Tasha muncul di dapur.
“Baru bangun ke?” tanya Shay pada gadis itu. Tasha mengerling pada Shay, pada mulanya dia sangkakan lelaki itu adalah Shad tapi melihat daripada cara pemakaian Shay yang agak bergaya, dia sudah tahu identiti lelaki itu.
“Kau tak join kitaorang sarapan” ujar Shad, dia kalih memandang Tasha.
“Aku diet. Aku model, kenalah jaga badan” jawab Tasha.
“Kau dah cantik. Kalaulah aku jadi suami kau, aku akan haramkan kau diet. Aku suka kau macam sekarang ni, kalau berisi sikit badan tu lagi cantik”
“Apa kau merepek ni? Sudahlah” Tasha ingin mengambil air suam tapi Shay menukar minumannya dengan susu.
“Minum susu ni. Low fat. It is good for you” ujar Shay. Tasha mengerutkan dahi, dia ingin membuang saja susu itu tapi Shay masih memandangnya. Tasha kuatkan semangatnya, dia memaksa tekaknya untuk menelan susu itu. Selepas dia menghabiskan susu dalam gelas itu, barulah Shay kembali menyambung kerjanya membasuh pinggan mangkup.
“Kalau kau tak de kerja, pergilah duduk di taman”
“Shad mana?”
“Semua ada kat taman” jawab Shay.
Tasha mengangguk kepalanya. Dia keluar dari rumah, dari jauh dia sudah nampak akan Shad yang sedang duduk atas bangku sambil mengambil gambar menggunakan kamera nikon. Kris pula sedang bermain chess dengan Sarah.
Tasha suka melihat Shad. Walaupun penampilan Shad tidak semegah Shay yang jauh lebih bergaya dan tampan tapi Tasha suka melihat Shad. Shad kaya dengan senyuman, bahkan senyumannya lebih manis dari gula-gula dan rasanya Tasha sudah tertawan dengan senyuman milik lelaki itu. Matanya tidak berkelip sekalipun ketika dia melihat lelaki itu.
“Tasha..” Shad perasan yang Tasha berdiri dihadapan pintu, dia terus memanggil Tasha. Tasha patuh, dia duduk di tepi Shad.
Pada waktu itu Puan Aisya pula sedang menemani suaminya bersiar-siar di taman itu. Sudah lama Encik Aiman terperuk dalam rumah, dia ingin menghirup udara segar. Selepas bersarapan, dia terus meminta Puan Aisya menemaninya di taman.
“Abang janganlah banyak bergerak. Nanti tak sembuh jugak kaki tu” marah Puan Aisya. Encik Aiman hanya ketawa mendengar bebelan isterinya.
“Abang nak jalan. Boleh Aisya tolong abang?” pinta Encik Aiman. Puan Aisya seperti tak mahu mengikut cakap suaminya kerana bimbang akan kesihatan suaminya tapi tak sampai hati pula dia ingin menolak permintaan suaminya itu. Dia meninggalkan kerjanya dan terus bergerak disamping suaminya. Encik Aiman merangkul bahu isterinya sementara Puan Aisya merangkul pinggang Encik Aiman.
Tasha duduk disebelah Shad. Shad masih lagi memerhatikan ibu dan ayahnya.
“Ini apa yang ibu buat pada ayah. Dia tunjukkan pada erti kesetiaan dan kasih sayang yang tiada penghujungnya” Shad melihat gambar-gambar yang diambilnya.
“Aku cemburukan cinta mereka. Aku juga ingin merasakan cinta itu” ujar Shad.
“Suatu hari nanti kau pasti akan merasakannya”
“Haha.. Maybe not” Shad ketawa tanpa sebab.
“Why not?” tanya Tasha.
Shad tak menjawab pula. Dia terus mengambil gambar ibu dan ayahnya, tapi tiba-tiba lensa kameranya ditalakan pada Tasha. Dia mengambil gambar Tasha. Nasib baik la Tasha model, sempat juga dah posing.
“Tetiba je ambil gambar aku. Mahal tau ambil gambar aku”
“Lupa lak orang tu model terkenal. Itu kat LA tapi kat Malaysia, kau jadi isteri aku je la” Shad menyiku lengan Tasha.
“Boleh jadi isteri kau tapi first kau kena tahu la yang aku ni tak reti memasak, tak reti mengemas, tak pandai….”
“Chop,chop… Serabut kepala aku dengar. Cancel la pelawaan aku tadi”
Tasha ketawa perlahan.
Telefon Shad tiba-tiba berbunyi. Shad menjawab panggilan itu dengan pantas.
“Assalammualaikum…. Haa, dah lama dah balik dari LA. Nape ek?…. Ohw, baiklah… Sekejap lagi saya singgih… Baiklah… Waalaikummussalam” Shad mematikan panggilan itu. Dia mengemas barang-barangnya.
“Nak pergi mana?”
“Pejabat jap. Nak ikut?”
Share this novel